"Masalah adalah peluang untuk anda menyerlahkan kepada diri sendiri bagaimana kebolehan anda menyelesaikan masalah itu" -Allahyarham Datuk Razali Ismail, Wira IPGM-

Polemik yang tak sudah

>> Monday, December 29, 2008

cuti sekolah lagi beberapa hari akan berakhir dan penggal persekolahan 2009 akan bermula, tapi akhir-akhir ini didada akhbar sekarang berkecamuk dengan isu PPSMI yang tak habis-habis dibincangkan walaupun sidang meja bulat PPSMI telah habis bersidang pada awal disember lalu.

Gapena selaku sebuah gabungan sasterawan dan ahli akademik yang memperjuangkan bahasa Melayu telah menghangatkan lagi suasana apabila mengeluarkan kenyataan untuk menyaman kerajaan sekiranya PPSMI terus dilaksanakan. Pendirian Gapena ini dikatakan selaras dengan Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan perlu digunakan dalam urusan-urusan rasmi. Ramai juga tokoh-tokoh yang berpendapat pengajaran bahasa Inggeris itu yang perlu diperbaiki agar kita tidak ketinggalan dalam dunia tanpa sempadan. Ade pula yang berpendapat supaya matapelajaran yang lebih banyak menggunakan kemahiran menulis dan membaca seperti sastera atau sejarah yang patut diajar dalam bahasa Inggeris. Tapi ia dilihat agak ganjil untuk belajar sastera sendiri menggunakan bahasa lain atau menyelusuri sejarah menggunakan bahasa asing

Apakah hasil dari persidangan meja bulat nanti akan merubah lanskap pendidikan negara? kita nantikan kerana hingga ke saat ini tiada keputusan lagi yang telah dibuat, sekaligus PPSMI terus dijalankan seperti biasa.

Read more...

BUKU UMUM PISMP IPGM

>> Wednesday, December 24, 2008

Buku umum atau rangka kursus 5 1/2 tahun sudah pun dikeluarkan dan sedia untuk dimuat turun oleh warga PISMP IPGM IPBA khasnya dan warga PISMP IPG malaysia amnya.
Buku ini meneyediakan maklumat terperinci untuk semua kursus yang ditawarkan oleh PISMP IPGM termasuk jam kredit, tempoh pengajian, objektif, kehendak praktikum dan banyak lagi.
sila klik pada gambar di sebelah kanan blog untuk memuatturun buku umum.
semoga penyediaan buku umum ini akan memberi manafaat kepada anda dalam merangka perjalanan yang bakal mendatang dalam kursus perguruan kita ini.
selamat maju jaya!

Read more...

DATUK RAZALI ISMAIL - Perginya Seorang Patriot

>> Friday, November 28, 2008

oleh sapix sangkunang,

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Itulah yang berlaku dalam arena pendidikan hari ini. Tarikh 28 November 2008 adalah satu tarikh yang bakal diingati oleh seluruh warga pendidikan di Malaysia. Tarikh di mana kita kehilangan seorang wira yang hampir seluruh hidupnya diabadikan untuk kemajuan dunia pendidikan di Malaysia- Datuk Razali bin Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.
Secara peribadi, sangkunang amat sedih dengan pemergian Allahyarham yang sangkunang sifatkan terlalu awal kerana arwah baru sahaja menduduki kerusi penting di kementerian dalam perjuangannya membela dan memajukan pendidikan di Malaysia. Namun, sudah jadi adat dunia setiap dari kita pasti akan kembali kepada-Nya.
Allahyarham merupakan idola sangkunang. Sesiapa yang mengenali sangakunang pasti maklum tentang hal ini. Sangkunang sudah mula mengenali Allahyarham semasa beliau menjadi Pengarah Pelajaran Terengganu lagi. Perjalanan karier pendidikannya merupakan faktor utama membuatkan sangkunang tertarik. Bagi sangkunang, beliau adalah orang yang tepat pada posisi yang tepat. Beliau adalah pemimpin kementerian yang berjiwa guru dan amat rapat dengan warga pendidik dan juga bakal pendidik. Masih lagi sangkunang ingat, ketika baru sahaja diangkat menjadi Timbalan Menteri Pelajaran, beliau membuat lawatan ke Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa untuk bertemu mata dengan warga Institut Pendidikan Guru Malaysia. Dalam ucapannya, beliau menggunakan persembahan power point, satu teknik yang tidak digunakan oleh ahli politik mahupun menteri yang lain. Apabila ditanya mengapa beliau beliau berbuat demikian, Allahyarham menjawab “saya bukan menteri, saya adalah guru. Guru mesti melakukan yang terbaik untuk memberi kefahaman dalam penyampaian”...
Satu perkara yang menimbulkan kekaguman terhadap arwah ialah keupayaannya memberi ucapan berkenaan pendidikan tanpa menggunakan teks. Kali terakhir sangkunang bertemu arwah ialah pada 19 November 2008, ketika beliau merasmikan satu sidang konvokesyen J-QAF peringkat kebangsaan di Putrajaya dimana arwah berucap tanpa menggunakan teks dan sangkunang terperasan satu perkara. Apabila Allahyarham Datuk Razali Ismail memberi ucapan, semua hadirin dalam dewan khusyuk memberi perhatian dan sanak saudara yang berada di luar dewan turut khusyuk memberi perhatian kepada skrin televisyen yang menunjukkan arwah sedang memberi ucapan. Ada yang berdiri, ada yang duduk, tua muda termasuk para petugas berkerumun berdekatan skrin untuk sama-sama mengikuti ucapan arwah yang sangat bermakna. Situasi yang sama sekali berbeza apabila orang lain memberi ucapan pada sidang yang lain.
Pergimu satu kehilangan. Ya, memang kehilangan. Kami di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) amat berterima kasih dan terhutang budi diatas segala jasa dan pengorbanan Allahyarham Datuk sehingga terangkatnya taraf kami pada hari ini yang satu ketika dulu adalah Maktab Perguruan. Hasil inisiatif dan kerja keras Allahyarham Datuk sejak berada di posisi Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG) lagi, kami bakal pendidik hari ini menikmati segala kemudahan serta pengikitirafan yang bakal menyaksikan IPGM/BPG melahirkan ‘anak sulung’/guru berijazah pertama dalam 2 tahun lagi. Sayang, Datuk tidak berkesempatan untuk menyaksikan sejarah yang bekal tercipta hasil keringat Datuk itu.
Banyak lagi jasa Allahyarham semasa hayatnya dalam membina mercu anda gemilang arena pendidikan negara termasuk Projek Persiangan-Salinatan yang akan meninggalkan seribu satu kenangan serta kemajuan pendidikan untuk anak-anak di Sabah dan Sarawak. Arwah sangat serius dalam membela anak-anak yang berada di ceruk pedalaman dan berusaha menyamaratakan pendidikan sesama bandar dan luar bandar. Arwah bukan bercakap kosong. Arwah turun padang sendiri berakit, bersampan, mendaki bukit demi menjenguk anak-anak malaysia yang berada jauh di pedalaman Sabah dan Sarawak. Masih sangkunang ingat, satu lawatan arwah ke asrama sebuah sekolah di pedalaman sarawak. Arwah membuat lawatan mengejut di malam hari dan masuk ke dalam asrama yang serba daif. Satu tindakan yang mengejutkan pegawai-pegawai ialah, Allahyarham Datuk Razali mengucup dahi salah seorang kanak-kanak yang tidur tidak berbaju diatas lantai dan Allahyarham Datuk menarik selimut untuk menyelimuti budak tersebut. Ini mengambarkan Arwah amat dekat dan komited terhadap pendidikan negara.

Kuala Terengganu sudah dijengah,
Sampai masanya berkelana di Putrajaya,
Hancur jasad dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga,

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
15 menteri boleh kucari-ganti,
Tapi tak akan sama dengan Datuk Razali seorang....

Semoga Allahyarham Datuk Razali bin Ismail ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan bertakwa disisi Allah.
Semoga rohmu tenang disana dan pergi sebagai seorang mujahid. Akan kami susuli perjuanganmu dengan ikhtiar ke arah masa depan pendidikan Malaysia yang lebih gemilang di masa hadapan. InsyaAllah........

Read more...

Tahniah IPBMM

>> Tuesday, November 11, 2008



Salam peperiksaan..

selamat menghadapi kertas yang terakhir esok..untuk semester ini dan tahun ini..

sebenarnya tujuan aku buat post nih sekadar nak mengucapkan tahniah atas sambutan jubli emas kepada institut jiran kita iaitu Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia. Sambutan Jubli Emas ini telah dirasmikan oleh 'boss' kita semua iaitu Menteri Pelajaran sendiri.

Ucapan tahniah kepada IPBMM kerana masih utuh di persada dunia perguruan setelah beberapa maktab telah menamatkan khidmat seperti Maktab Perguruan Seri Kota (da bertukar menjadi IPBA), Maktab Perguruan Lembah Pantai (bertukar menjadi IPDA) dalam menghadapi asakan dunia global, dan perubahan dasar diharapkan agar IPBMM terus menjadi pemangkin dalam kemajuan serta kecemerlangan dunia pendidikan Bahasa Melayu. Ini dapat dilihat apabila IPBMM telah menegakkan satu tugu atau tanda Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Nampaknya, IPBMM akan terus menjadikan Bahasa Melayu sebagai teras dan identiti mereka. Kalau macam tu IPBA menjadi Kampus Bahasa Antarabangsa la selepas ini.

Akhir kata, selamat menyambut jubli emas buat IPBMM dan semoga IPBA juga terus kekal dan utuh dalam melahirkan bakal-bakal guru yang berkebolehan dalam bidang bahasa antarabangsa.

p/s: tuan moderator 1, kalau tak bersesuaian post nih boleh bagitahu nanti saya delete.

Read more...

Teknologi dalam P&P

>> Saturday, November 1, 2008

struktur:
elemen grafik
prinsip grafik
konsep ADDIE
pemilihan media
konsep teknologi pngajaran
langkah model ASSURE
fngsi wrna
kelebihan 3D
kepntingan 2D n 3D
isu hakcipta

esei:
kelebihan mdia pngjaran
model ASSURE

ni la yang aku dapat cari kat group..nampaknya sem nih spot-spot nih disimpan rapi

dan disebabkan aku berjaya tidak menghadirkan diri ke kelas Mdm Lee Wan Chun, aku tak tau la apa yg dia spot.

akhir kata, spot-spot ni tak dijamin tepat. sapa yang ada lagi meh berkongsi

Read more...

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR PISMP IPGM SEM 4

>> Tuesday, October 28, 2008

Read more...

PISMP Pengajian Sosial di IPBA

>> Wednesday, October 15, 2008

Mata Pelajaran Major

KOD

KURSUS

KREDIT

SEM.

PSS3101

Pengenalan Pengajian Sosial

3(3+0)

1

PSS3102

Sosiologi dari Perspektif Pengajian Sosial

3(3+0)

1

PSS3103

Perkembangan Sejarah Negara

3(3+0)

2

PSS3104

Geografi Persekitaran

3(2+1)

2

PSS3105

Pendidikan Pembangunan Lestari

3(2+1)

3

PSS3106

Politik dan Kerajaan

3(3+0)

3

PSS3107

Nilai dan Etika dalam Pengajian Sosial

3(3+0)

4

PSS3108

Mata Pelajaran Pengajian Sosial Sekolah Rendah

3(2+1)

4

PSS3109

Sumber Pengajaran Pembelajaran dalam Pengajian Sosial

3(3+0)

5

PSS3110

Pentaksiran dalam Pembelajaran Pengajian Sosial

3(3+0)

5

PSS3111

Kaedah Pengajaran Pengajian Sosial

3(2+1)

6

PSS3112

Pertumbuhan dan Pembangunan Ekonomi

3(3+0)

6

PSS3113

Penyelidikan Tindakan 1 - Pengajian Sosial Pendidikan Rendah (Kaedah)

3(3+0)

7

PSS3114

Wacana dan Masyarakat

3(3+0)

8

PSS3115

Penyelidikan Tindakan II - Pengajian Sosial Pendidikan Rendah (Pelaksanaan dan Pelaporan)

3(0+3)

8


Jumlah

45 (33%)




Mata Pelajaran Elektif 1


Elektif 1

Kursus

Kredit

Sem.

Pendidikan Jasmani

PJM3102 Pergerakan Asas

3(1+2)

2

PJM3106 Anatomi dan Fisiologi (dan *PBS)

3(2+1)

3

PJM3110 Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani

3(2+1)

4

PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan

Jasmani dan Sukan

3(2+1)

5







Elektif 2

Elektif 2

Kursus

Kredit

Sem

English Language

ELE3101 English for Undergraduates

3(3+0)

3

ELE3102 Principles of English Language Teaching

3(3+0)

4

ELE3103 English for the Language Teachers

3(3+0)

5

ELE3104 English Language Teaching Methodology

For Young Learners

3(2+1)

6


Read more...

Apakah PISMP ???

PENGENALAN

Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang ditawarkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) merupakan satu program latihan perguruan praperkhidmatan bagi melatih guru sekolah rendah dalam pelbagai mata pelajaran. Sebagai prasyarat, pelajar dikehendaki mengikuti kursus persediaan selama tiga semester di IPGM yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar yang lulus kursus persediaan ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan Kepujian selama empat tahun.


MATLAMAT PROGRAM

Matlamat Program ini adalah untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan keterampilan profesionalisme dalam bidang masing-masing selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.


HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM

Para lulusan PISMP dengan Kepujian berkemampuan menjadi guru sekolah rendah yang

i. mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang mendalam tentang kandungan ilmu, bahan kurikulum, pentaksiran, pengurusan persekitaran pembelajaran dan sumber pembelajaran yang berkaitan dalam bidang masing-masing;

ii. menggunakan proses inkuiri dan penyelesaian masalah dalam pembelajaran melalui kemahiran berfikir aras tinggi dan kritikal dalam bidang masing-masing;

iii. menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bidang masing-masing dengan mengambil kira faktor fizikal, sosial, budaya, psikologi, dan etika profesional keguruan;

iv. berkeupayaan memindahkan dan mengaplikasikan kemahiran yang dikuasai melalui bidang masing-masing dalam pelbagai situasi sebenar;

v. memiliki dan menampilkan nilai, etika, dan amalan yang bertepatan dengan Prinsip Etika Kerja Perkhidmatan Awam dan Kod Etika Keguruan Malaysia; dan

vi. menghayati dan mengamalkan nilai murni sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama dan kesejahteraan bermasyarakat.

Read more...

KERANGKA KONSEPTUAL KURIKULUM PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

Pengenalan

Kurikulum Pendidikan Guru adalah suatu pelan pengalaman pembelajaran untuk belajar dan pengalaman pembelajaran untuk mengajar bagi melahirkan insan guru yang profesional dan bersepadu.

Ciri-ciri Kurikulum

Ciri-ciri kurikulum yang disediakan untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian ini adalah seperti yang berikut:

  • Bersifat dinamik, relevan, futuristik, responsif, holistik, dan bersepadu
  • Konsep “the personhood of teachers” dan pendekatan humanistik akan diberi fokus
  • Aplikasi teori untuk membina insan guru yang dapat menangani cabaran sebagai pendidik
  • Bersifat koheren antara pengajaran berkesan (effective learning) dan pengalaman klinikal (clinical experience)
  • Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat

Read more...

Warga PISMP Cohort 2,..

>> Tuesday, October 14, 2008



Gambar ini diambil ketika pismpian masih di semester 1, tahun pertama di bumi IPBA.
dari kiri duduk; mezoh, mali, pert, shah, anip, otai,
dari kiri berdiri; shima, sham,diha, tasha, line, ja'a, matjek, dobok, pok jat
(topek, ct, ib, ikwan, mimi, tiada dalam gambar)

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

CENTRE OF EXCELLENT

  © Blogger template Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP