"Masalah adalah peluang untuk anda menyerlahkan kepada diri sendiri bagaimana kebolehan anda menyelesaikan masalah itu" -Allahyarham Datuk Razali Ismail, Wira IPGM-

Apakah PISMP ???

>> Wednesday, October 15, 2008

PENGENALAN

Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang ditawarkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) merupakan satu program latihan perguruan praperkhidmatan bagi melatih guru sekolah rendah dalam pelbagai mata pelajaran. Sebagai prasyarat, pelajar dikehendaki mengikuti kursus persediaan selama tiga semester di IPGM yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar yang lulus kursus persediaan ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan Kepujian selama empat tahun.


MATLAMAT PROGRAM

Matlamat Program ini adalah untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan keterampilan profesionalisme dalam bidang masing-masing selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.


HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM

Para lulusan PISMP dengan Kepujian berkemampuan menjadi guru sekolah rendah yang

i. mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang mendalam tentang kandungan ilmu, bahan kurikulum, pentaksiran, pengurusan persekitaran pembelajaran dan sumber pembelajaran yang berkaitan dalam bidang masing-masing;

ii. menggunakan proses inkuiri dan penyelesaian masalah dalam pembelajaran melalui kemahiran berfikir aras tinggi dan kritikal dalam bidang masing-masing;

iii. menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bidang masing-masing dengan mengambil kira faktor fizikal, sosial, budaya, psikologi, dan etika profesional keguruan;

iv. berkeupayaan memindahkan dan mengaplikasikan kemahiran yang dikuasai melalui bidang masing-masing dalam pelbagai situasi sebenar;

v. memiliki dan menampilkan nilai, etika, dan amalan yang bertepatan dengan Prinsip Etika Kerja Perkhidmatan Awam dan Kod Etika Keguruan Malaysia; dan

vi. menghayati dan mengamalkan nilai murni sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama dan kesejahteraan bermasyarakat.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

CENTRE OF EXCELLENT

  © Blogger template Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP