"Masalah adalah peluang untuk anda menyerlahkan kepada diri sendiri bagaimana kebolehan anda menyelesaikan masalah itu" -Allahyarham Datuk Razali Ismail, Wira IPGM-

DATUK RAZALI ISMAIL - Perginya Seorang Patriot

>> Friday, November 28, 2008

oleh sapix sangkunang,

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Itulah yang berlaku dalam arena pendidikan hari ini. Tarikh 28 November 2008 adalah satu tarikh yang bakal diingati oleh seluruh warga pendidikan di Malaysia. Tarikh di mana kita kehilangan seorang wira yang hampir seluruh hidupnya diabadikan untuk kemajuan dunia pendidikan di Malaysia- Datuk Razali bin Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.
Secara peribadi, sangkunang amat sedih dengan pemergian Allahyarham yang sangkunang sifatkan terlalu awal kerana arwah baru sahaja menduduki kerusi penting di kementerian dalam perjuangannya membela dan memajukan pendidikan di Malaysia. Namun, sudah jadi adat dunia setiap dari kita pasti akan kembali kepada-Nya.
Allahyarham merupakan idola sangkunang. Sesiapa yang mengenali sangakunang pasti maklum tentang hal ini. Sangkunang sudah mula mengenali Allahyarham semasa beliau menjadi Pengarah Pelajaran Terengganu lagi. Perjalanan karier pendidikannya merupakan faktor utama membuatkan sangkunang tertarik. Bagi sangkunang, beliau adalah orang yang tepat pada posisi yang tepat. Beliau adalah pemimpin kementerian yang berjiwa guru dan amat rapat dengan warga pendidik dan juga bakal pendidik. Masih lagi sangkunang ingat, ketika baru sahaja diangkat menjadi Timbalan Menteri Pelajaran, beliau membuat lawatan ke Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa untuk bertemu mata dengan warga Institut Pendidikan Guru Malaysia. Dalam ucapannya, beliau menggunakan persembahan power point, satu teknik yang tidak digunakan oleh ahli politik mahupun menteri yang lain. Apabila ditanya mengapa beliau beliau berbuat demikian, Allahyarham menjawab “saya bukan menteri, saya adalah guru. Guru mesti melakukan yang terbaik untuk memberi kefahaman dalam penyampaian”...
Satu perkara yang menimbulkan kekaguman terhadap arwah ialah keupayaannya memberi ucapan berkenaan pendidikan tanpa menggunakan teks. Kali terakhir sangkunang bertemu arwah ialah pada 19 November 2008, ketika beliau merasmikan satu sidang konvokesyen J-QAF peringkat kebangsaan di Putrajaya dimana arwah berucap tanpa menggunakan teks dan sangkunang terperasan satu perkara. Apabila Allahyarham Datuk Razali Ismail memberi ucapan, semua hadirin dalam dewan khusyuk memberi perhatian dan sanak saudara yang berada di luar dewan turut khusyuk memberi perhatian kepada skrin televisyen yang menunjukkan arwah sedang memberi ucapan. Ada yang berdiri, ada yang duduk, tua muda termasuk para petugas berkerumun berdekatan skrin untuk sama-sama mengikuti ucapan arwah yang sangat bermakna. Situasi yang sama sekali berbeza apabila orang lain memberi ucapan pada sidang yang lain.
Pergimu satu kehilangan. Ya, memang kehilangan. Kami di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) amat berterima kasih dan terhutang budi diatas segala jasa dan pengorbanan Allahyarham Datuk sehingga terangkatnya taraf kami pada hari ini yang satu ketika dulu adalah Maktab Perguruan. Hasil inisiatif dan kerja keras Allahyarham Datuk sejak berada di posisi Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG) lagi, kami bakal pendidik hari ini menikmati segala kemudahan serta pengikitirafan yang bakal menyaksikan IPGM/BPG melahirkan ‘anak sulung’/guru berijazah pertama dalam 2 tahun lagi. Sayang, Datuk tidak berkesempatan untuk menyaksikan sejarah yang bekal tercipta hasil keringat Datuk itu.
Banyak lagi jasa Allahyarham semasa hayatnya dalam membina mercu anda gemilang arena pendidikan negara termasuk Projek Persiangan-Salinatan yang akan meninggalkan seribu satu kenangan serta kemajuan pendidikan untuk anak-anak di Sabah dan Sarawak. Arwah sangat serius dalam membela anak-anak yang berada di ceruk pedalaman dan berusaha menyamaratakan pendidikan sesama bandar dan luar bandar. Arwah bukan bercakap kosong. Arwah turun padang sendiri berakit, bersampan, mendaki bukit demi menjenguk anak-anak malaysia yang berada jauh di pedalaman Sabah dan Sarawak. Masih sangkunang ingat, satu lawatan arwah ke asrama sebuah sekolah di pedalaman sarawak. Arwah membuat lawatan mengejut di malam hari dan masuk ke dalam asrama yang serba daif. Satu tindakan yang mengejutkan pegawai-pegawai ialah, Allahyarham Datuk Razali mengucup dahi salah seorang kanak-kanak yang tidur tidak berbaju diatas lantai dan Allahyarham Datuk menarik selimut untuk menyelimuti budak tersebut. Ini mengambarkan Arwah amat dekat dan komited terhadap pendidikan negara.

Kuala Terengganu sudah dijengah,
Sampai masanya berkelana di Putrajaya,
Hancur jasad dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga,

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
15 menteri boleh kucari-ganti,
Tapi tak akan sama dengan Datuk Razali seorang....

Semoga Allahyarham Datuk Razali bin Ismail ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan bertakwa disisi Allah.
Semoga rohmu tenang disana dan pergi sebagai seorang mujahid. Akan kami susuli perjuanganmu dengan ikhtiar ke arah masa depan pendidikan Malaysia yang lebih gemilang di masa hadapan. InsyaAllah........

Read more...

Tahniah IPBMM

>> Tuesday, November 11, 2008



Salam peperiksaan..

selamat menghadapi kertas yang terakhir esok..untuk semester ini dan tahun ini..

sebenarnya tujuan aku buat post nih sekadar nak mengucapkan tahniah atas sambutan jubli emas kepada institut jiran kita iaitu Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia. Sambutan Jubli Emas ini telah dirasmikan oleh 'boss' kita semua iaitu Menteri Pelajaran sendiri.

Ucapan tahniah kepada IPBMM kerana masih utuh di persada dunia perguruan setelah beberapa maktab telah menamatkan khidmat seperti Maktab Perguruan Seri Kota (da bertukar menjadi IPBA), Maktab Perguruan Lembah Pantai (bertukar menjadi IPDA) dalam menghadapi asakan dunia global, dan perubahan dasar diharapkan agar IPBMM terus menjadi pemangkin dalam kemajuan serta kecemerlangan dunia pendidikan Bahasa Melayu. Ini dapat dilihat apabila IPBMM telah menegakkan satu tugu atau tanda Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Nampaknya, IPBMM akan terus menjadikan Bahasa Melayu sebagai teras dan identiti mereka. Kalau macam tu IPBA menjadi Kampus Bahasa Antarabangsa la selepas ini.

Akhir kata, selamat menyambut jubli emas buat IPBMM dan semoga IPBA juga terus kekal dan utuh dalam melahirkan bakal-bakal guru yang berkebolehan dalam bidang bahasa antarabangsa.

p/s: tuan moderator 1, kalau tak bersesuaian post nih boleh bagitahu nanti saya delete.

Read more...

Teknologi dalam P&P

>> Saturday, November 1, 2008

struktur:
elemen grafik
prinsip grafik
konsep ADDIE
pemilihan media
konsep teknologi pngajaran
langkah model ASSURE
fngsi wrna
kelebihan 3D
kepntingan 2D n 3D
isu hakcipta

esei:
kelebihan mdia pngjaran
model ASSURE

ni la yang aku dapat cari kat group..nampaknya sem nih spot-spot nih disimpan rapi

dan disebabkan aku berjaya tidak menghadirkan diri ke kelas Mdm Lee Wan Chun, aku tak tau la apa yg dia spot.

akhir kata, spot-spot ni tak dijamin tepat. sapa yang ada lagi meh berkongsi

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

CENTRE OF EXCELLENT

  © Blogger template Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP