"Masalah adalah peluang untuk anda menyerlahkan kepada diri sendiri bagaimana kebolehan anda menyelesaikan masalah itu" -Allahyarham Datuk Razali Ismail, Wira IPGM-

PPSMI

>> Monday, January 26, 2009


oleh: khazim, utusan

Read more...

Masihkah Kau Ingat?

>> Saturday, January 24, 2009


Ingat lagi Rumah Kasih Harmoni?

rumah anak yatim dan fakir miskin di Paya Jaras, Sg Buloh yang kita buat projek-projek kewarganegaraan di sana.

masa bukak myspace kemudian ke blog 'click a child' terjumpa pulak gambar anak-anak RKH bersama-sama dengan sukarelawan 'click a child' dan 'we care' yang turut mengadakan program dihujung minggu bersama-sama dengan anak-anak RKH nih, tu yang teringat balik yang kita pernah lakukan perkara yang hampir sama disana. Bezanya, kita semua datang dengan uniform putih berseluar hitam..

tapi walaupun berbeza pendekatan, matlamat tetap sama iaitu membantu anak-anak disini agar mereka tidak terus ketinggalan dan seterusnya boleh menggapai kejayaan yang bersinar gemilang.

Click A Child merupakan sebuah program untuk membantu kanak-kanak yang memerlukan. Antara yang menyokong program ini ialah kumpulan Hujan dan beberapa lagi kumpulan indie di Malaysia.


seronok dorang nih
melompat lebih tinggi

Hak Cipta Gambar Oleh Click A Child

Artikel Click A Child di Paya Jaras
amenda lak topek ngajo bdk nih
2008

Read more...

IPKT Diisytihar IPGM Kampus Dato' Razali Ismail

>> Friday, January 23, 2009


Pada tarikh 16 Januari 2009 bersamaan 19 Muharam 1430 satu lagi lembaran sejarah terpahat dalam dunia pendidikan keguruan di Malaysia. Institut Perguruan Kuala Terengganu kini akan mula dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Dato' Razali Ismail.

Majlis Pengisytiharaan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Dato' Razali Ismail Kuala Terengganu telah disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abd Razak Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Al Farabi. Pengisytiharan ini adalah untuk mengenang jasa-jasa Allahyarham Razali yang cukup dikenali sebagai seorang pejuang pendidikan dan IPGM adalah satu institusi yang amat rapat dengan Allahyarham dikala hayatnya. Pengisytiharan ini juga adalah bersempena dengan proses pengenalan identiti baru Institut Pendidikan Guru yang sebelum ini dikenali dengan nama Institut Perguruan dan Maktab Perguruan sebelumnya.

Kemuncak aturcara majlis ialah YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abd Razak telah menandatangani Plak Pengisytiharaan dan menyerahkan Dokumen Pengisytiharaan kepada IPGM Kampus Dato' Razali Ismail dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Razali Ismail.

Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Timbalan Perdana Menteri berharap dengan pengisytiharaan ini akan dapat menyemarakkan semangat para pendidik supaya meneruskan perjuangan Allahyarham untuk memertabatkan bidang pendidikan dan keguruan ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Pada majlis tersebut turut dipersembahkan Klip Video Khas dan Titipan Belasungkawa Allahyarham Dato' Razali Ismail oleh JK Teknikal Bahagian Pendidikan Guru yang diketuai oleh En. Shamsul Saniron. Turut memeriahkan majlis ialah persembahan iringan muzik tradisional oleh guru-guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu Kelantan pimpinan En. Kamaruddin Yusuf.

Turut hadir pada majlis yang penuh gemilang ini ialah Menteri Pelajaran Malaysia YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia YB. Ir. Dr. Wee Ka Siong, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia Tan Sri Dr Zulkurnain Hj Awang dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Dato' Alimuddin Mohd Dom.

Read more...

survey

>> Monday, January 12, 2009

Satu kajian yang dilakukan oleh firma pekerjaan swasta berkenaan kehendak kanak-kanak di Singapura. Di antara kajian pendapat yang diambil adalah ‘Apa tiga perkara yang mereka akan buat jika menjadi Perdana Menteri’. Antara jawapan mereka adalah:

  1. Menyekat Kerja rumah diberikan semasa cuti sekolah
  2. Memastikan semua orang mendapat makanan
  3. Potong gaji rakyat dan diberikan kepada diri sendiri
  4. Memastikan Hukuman Berat terhadap penganiayaan kepada haiwan
  5. Membina banyak Kompleks membeli-belah
  6. Menamatkan krisis mata wang
  7. Membeli lebih banyak Pokemon
  8. Melaksanakan sekatan dan hukuman berat kepada perokok
  9. Mendermakan duit kepada program kebajikan
  10. Membeli banyak permainan dan diberikan kepada rakan
  11. Menyelamatkan habitat semulajadi
  12. Memberikan elaun S$180 kepada remaja untuk membeli-belah

Kesemua dapatan ini sememangnya lucu dan mempunyai nilai pemikiran dan moral yang tinggi kanak-kanak negara ini. Walaupun di peringkat kanak-kanak lagi, tema alam semulajadi dan kebajikan mungkin mendominasi pemikiran kanak-kanak ini. Namun corak pemikiran mereka yang juga mahu memikirkan persolan ini juga menampakkan kelainan generasi negara Singapura. Justeru, seharusnya juga negara kita dapat mengumpulkan pendapat kanak-kanak negara ini tentang apa yang mereka rasa mengenai negara ini.

artikel dari cikgumalaysia.com

hehe kalau tanya murid-murid kat Malaysia, ape pulak jawapa nya?

cikgu aku kate dulu, budak-budak sekolah pada hari pertama bila ditanya ape seronoknye datang sekolah..majoriti akan jawab seronok sebab dapat jumpa kawan baru, dapat main

tp biasanya murid kaum xxxx akan jawab seronok datang sekolah dapat belajar..

tu pemerhatian cikgu aku la..


Read more...

Ayuh Semua!

>> Thursday, January 8, 2009


siapkan dirimu, kita bergerak dalam satu suara, kita bawa bersama sepanduk..

kita bersatu menentang kezaliman yang nyata,

semoga ini akan memberi amaran kepada Israel dan sekutu,

sudah sampai masanya mereka berhenti dari terus membuli..

PUTRAJAYA 8 Jan. - Semua pelajar sekolah seluruh negara akan menyertai satu gerakan massa bertujuan menyemai kesedaran membenci keganasan Israel terhadap rakyat Palestin, kata Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Katanya gerakan besar-besaran itu turut membabitkan warga pendidik serta kakitangan kementerian yang akan dipimpin oleh beliau sendiri.
“Menerusi gerakan itu pelajar sekolah akan diberi pendedahan meluas bahawa keamanan, keadilan dan keadaan selesa negara ini pada bila-bila masa boleh dirampas pihak tertentu yang rakus dan tamak,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan perutusan Tahun Baru 2009 Kementerian Pelajaran di sini hari ini.
Hishammuddin berkata gerakan itu akan dilaksanakan secepat mungkin dan berharap semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan dan kementerian lain akan terlibat sama untuk menyatukan suara generasi muda agar ia dapat didengar di peringkat antarabangsa dengan lebih berkesan.
Gerakan massa itu dipersetujui oleh kabinet dalam mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam. - BERNAMA

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

CENTRE OF EXCELLENT

  © Blogger template Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP