"Masalah adalah peluang untuk anda menyerlahkan kepada diri sendiri bagaimana kebolehan anda menyelesaikan masalah itu" -Allahyarham Datuk Razali Ismail, Wira IPGM-

survey

>> Monday, January 12, 2009

Satu kajian yang dilakukan oleh firma pekerjaan swasta berkenaan kehendak kanak-kanak di Singapura. Di antara kajian pendapat yang diambil adalah ‘Apa tiga perkara yang mereka akan buat jika menjadi Perdana Menteri’. Antara jawapan mereka adalah:

  1. Menyekat Kerja rumah diberikan semasa cuti sekolah
  2. Memastikan semua orang mendapat makanan
  3. Potong gaji rakyat dan diberikan kepada diri sendiri
  4. Memastikan Hukuman Berat terhadap penganiayaan kepada haiwan
  5. Membina banyak Kompleks membeli-belah
  6. Menamatkan krisis mata wang
  7. Membeli lebih banyak Pokemon
  8. Melaksanakan sekatan dan hukuman berat kepada perokok
  9. Mendermakan duit kepada program kebajikan
  10. Membeli banyak permainan dan diberikan kepada rakan
  11. Menyelamatkan habitat semulajadi
  12. Memberikan elaun S$180 kepada remaja untuk membeli-belah

Kesemua dapatan ini sememangnya lucu dan mempunyai nilai pemikiran dan moral yang tinggi kanak-kanak negara ini. Walaupun di peringkat kanak-kanak lagi, tema alam semulajadi dan kebajikan mungkin mendominasi pemikiran kanak-kanak ini. Namun corak pemikiran mereka yang juga mahu memikirkan persolan ini juga menampakkan kelainan generasi negara Singapura. Justeru, seharusnya juga negara kita dapat mengumpulkan pendapat kanak-kanak negara ini tentang apa yang mereka rasa mengenai negara ini.

artikel dari cikgumalaysia.com

hehe kalau tanya murid-murid kat Malaysia, ape pulak jawapa nya?

cikgu aku kate dulu, budak-budak sekolah pada hari pertama bila ditanya ape seronoknye datang sekolah..majoriti akan jawab seronok sebab dapat jumpa kawan baru, dapat main

tp biasanya murid kaum xxxx akan jawab seronok datang sekolah dapat belajar..

tu pemerhatian cikgu aku la..


0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

CENTRE OF EXCELLENT

  © Blogger template Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP