"Masalah adalah peluang untuk anda menyerlahkan kepada diri sendiri bagaimana kebolehan anda menyelesaikan masalah itu" -Allahyarham Datuk Razali Ismail, Wira IPGM-

Anda Prihatin?

>> Monday, February 9, 2009




aku perasaan yang sejak dua menjak di Institut Perguruan lain mereka telah memulakan penjenamaan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) lebih agresif lagi progresif berbanding tahun-tahun lepas.

Isu ini pernah diutara-selatakan di group frenster pelajar IPGM..mengenai langkah-langkah yang telah diambil oleh IP masing-masing. IP masing-masing telah ditukar nama secara lahiriah kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia mengikut Kampus. Malah langkah ini telah mendapat restu dari pihak atasan apabila DS Hishamuddin Tun Hussien telah merasmikan majlis sambutan Jubli Emas IPBMM, yang pada hari itu telah rasmi bergelar IPGM Kampus Bahasa Melayu.

Langkah itu kemudian diikuti oleh kebanyakan IP di tanah bertuah ini. Pemergian wira pendidikan iaitu Allahyarham Dato' Razali Ismail yang banyak berjasa dalam menaik taraf institut pendidikan guru dan profesion keguruan telah dirakamkan dalam bentuk penganugerahan nama Allahyarham kepada IP Kuala Terengganu dan SMK Bandar, KT. Penukaran nama ini sebagai bentuk penghargaan selain diharap dapat menjadi contoh di masa depan. IPKT telah ditukar nama kepada IPGM Kampus Dato' Razali Ismail dalam satu majlis yang dihadiri oleh pembesar-pembesar negara.

Dan sejak akhir-akhir ini, rakan-rakan dari IPGM lain telah bertanyakan mengenai nama baru IPBA serta singkatan yang digunakan. Beberapa IPGM telah menggunakan singkatan seperti KAMSIS, KPM, dan KAMDAR (betul ni, tak tipu). Jawapan yang diberikan oleh aku mengikut 'mood' kadang-kadang jawab IPGM BA, kadang-kadang jawab KAMBA (kampus bahasa antarabangsa), terlintas juga nak menggunakan ILC atau pun (international language campus) tapi dilihat tidak santun dalam berbahasa kerana IPGM itu satu akronim yang lahir dalam BM maka tidak wajar digunakan ILC yang berdiri dalam bahasa Inggeris.

Beberapa tahun dahulu, di laman sesawang KPM..terdapat satu iklan mengenai pertandingan mencipta logo IPGM. Bagaimanapun selepas beberapa musim berlalu mungkin pertandingan itu terabai begitu sahaja atau tidak mendapat perhatian pereka-pereka grafik. Timbul pula persoalan, logo lama nak buat ape?

Diceritakan juga yang IPGM ini akan menggunakan lagu yang sama, adakah lagu kebanggaan kita semua akan terhapus juga atau bergerak seiring dengan lagu baru ini. Tapi bagi sesebuah institusi biasanya akan menggunakan satu buah lagu sahaja sebagai lambang kesatuan.

Sebuah kampus induk sedang dibina di Nilai Enstek, Negeri Sembilan. Dikhabarkan kampus ini akan menjadi pusat kepada IPG serta menjadi kebanggaan kepada IPG sebagaimana gahnya berdiri UiTM Shah Alam yang menjadi mercu kecemerlangan kampus UiTM lain.

Dan sehingga IPBA masih belum membuat kenyataan rasmi ini, marilah kita memikirkan sesaat dua nama yang bersesuaian. Manalah tahu jika ia diterima oleh pentadbiran, anda boleh menjadi sebahagian dari sejarah IPBA.

p/s: aku terpikir macam mana kagum nanti, mesti confuse..macam-macam nama IPG pulak
dan macam-macam chanting dan sorakan untuk IPG masing-masing. KamBA..KamBA haha

1 comments:

Anonymous February 15, 2009 at 8:25 PM  

kemungkinan besar ipba akan jadi IPGM KBA..

About This Blog

Lorem Ipsum

CENTRE OF EXCELLENT

  © Blogger template Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP