"Masalah adalah peluang untuk anda menyerlahkan kepada diri sendiri bagaimana kebolehan anda menyelesaikan masalah itu" -Allahyarham Datuk Razali Ismail, Wira IPGM-

kembali

>> Monday, March 30, 2009

Encik Moderator suh update blog nih..

nak tulis apa ek

mulakan dengan laporan rasmi;

seramai 20 orang pelajar semester 5 Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Tahun 3 telah dihantar ke sekolah-sekolah sekitar Bangsar dan Brickfields untuk menjalani praktikum 1 sebagaimana yang disyaratkan oleh Bahagian Pendidikan Guru.

sekolah-sekolah yang sudi untuk menerima kami ialah:

1) SK Bangsar
2) SK La Salle 1, Brickfields
3) SK La Salle 2, Brickfields
4) SK Methodist 1, Brickfields
5) SK Methodist 2, Brickfields

seperti mana yang dapat dilihat, kebanyakan sekolah-sekolah ini adalah tergolong dalam sekolah mubaligh (missionary school) dan merupakan sekolah bantuan modal. sekolah bantuan modal menerima kurang bantuan dari KPM berbanding dengan sekolah bantuan penuh (sekolah kerajaan).

ini adalah satu peluang, untuk kami merasai sendiri pengalaman untuk mengajar di sekolah begini serta pengalaman ini berguna kelak. mengajar di sekolah begini juga bermakna berhadapan dengan kepelbagaian budaya kerana sesebuah sekolah itu terdiri daripada berbilang kaum. di sinilah wujudnya perasaan hormat menghormati serta penerapan nilai profesionalisme yang tinggi dalam mendidik anak murid dan melupakan perbezaan yang wujud.

selain itu juga, 4 sekolah ini merupakan sekolah satu jantina. ia juga memberikan pengalaman baru. di mana persekitaran dan budaya di sekolah begini juga terdapat sedikit perbezaan dari sekolah campur.

setakat ini, guru-guru banyak membantu dan memberi sokongan yang diperlukan. nama baik kursus serta IPG sentiasa kami utamakan. tidak juga wujud prejudis dalam kalangan mereka walaupun masih ramai yang sedang memohon untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. sebaliknya mereka memberi sokongan dan dorongan kepada kami untuk menjadi guru yang unggul. harapan dan impian agar praktikum ini dapat digunakan untuk mengaplikasikan serta memantapkan lagi apa yang telah dipelajari dan kemahiran mengajar kami.

sekian sahaja. masih ada tiga minggu lagi.


Laporan tak rasmi;

walaupun sedang praktikum, kami sedang bertungkus-lumus dengan tugasan dan kerja kursus.

1 comments:

Anonymous February 6, 2010 at 9:48 AM  

thaniah kpd moderatot yg cipta blog..luahan dan pujian dapat membina keyakinan diri..semoga sukses dalam kerjaya.Selamat meneruskan pengajian dan praktukum..segala apa yg telah dilalui dijadikan panduan utk lebih cemerlang..terutama guru pelatih yg menjalankan pratikum di sk.la salle 2..ikhlas drp.cikgu shahrim..sk.la salle 2 brickfileds.

About This Blog

Lorem Ipsum

CENTRE OF EXCELLENT

  © Blogger template Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP