"Masalah adalah peluang untuk anda menyerlahkan kepada diri sendiri bagaimana kebolehan anda menyelesaikan masalah itu" -Allahyarham Datuk Razali Ismail, Wira IPGM-

1Malaysia

>> Saturday, September 12, 2009

Sekadar entri kosong, mungkin tiada pengisian, sekadar ingin mengulang kembali apa yang telah lama kita ketahui.

Biar dilihat kosong, biar dikatakan lempung tetapi yang baik memang harus diulang dan terus diulang.

Kita imbas kembaliImbang Penuh sejarah perjuangan lampau, nasionalisme atau semangat kebangsaan telah meresap dan membangunkan jiwa bangsa dari terlena dan sedar bahawa tanah ini, tanggungjawab mereka. Lantas mereka bangkit, ya mereka bangkit sama ada dengan pena, suara malah juga senjata. Perjuangan lampau seperti mat kilau, tok gajah, tok janggut, rentap dan abdul rahman limbung dijadikan semangat dan panduan dalam berjuang.

Siapakah yang telah meniupkan semangat kebangsaan kepada anak bangsa?

Jawabnya tidak lain tidak golongan yang bergelar pendidik. Pendidik tidak kira lepasan sekolah melayu, pondok atau maktab. mereka inilah yang mempelopori gerakan memperjuangkan kebebasan dan kemerdekaan disini. Nama seperti Ibrahim Hj Yaacob, Tun Ghaffar Baba, Khir Johari dan beribu lagi nama yang mungkin tak dapat dicatat disini merupakan golongan guru yang telah terlibat dalam perjuangan ini.

Selepas merdeka, dapat dilihat peranan guru ialah bagi menyediakan murid-murid untuk bersedia membangunkan negara. sekali lagi golongan ini menjalankan tanggungjawab dengan sedaya upaya kerana faham peri pentingnya anak-anak merdeka diisi dengan pendidikan. Ini kerana dengan pendidikan sahaja lah, pembinaan negara bangsa dapat dijayakan.

Hari ini, mampukah generasi baru guru mengisi kemerdekaan yang telah dirintis oleh pejuang terdahulu. Kemerdekaan adalah satu tanggungjawab yang telah diwariskan kepada kita, ia bukan lesen untuk bersenang-lenang tetapi penuh dengan cabaran dan harapan yang perlu diisi. Wancana kemerdekaan untuk guru bukan sekadar menyediakan sambutan dan mengibar bendera. Tetapi memenuhi hasrat negara dalam merealisasikan wawasan negara.

Salam Ramadhan, Salam Kemerdekaan

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

CENTRE OF EXCELLENT

  © Blogger template Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP