"Masalah adalah peluang untuk anda menyerlahkan kepada diri sendiri bagaimana kebolehan anda menyelesaikan masalah itu" -Allahyarham Datuk Razali Ismail, Wira IPGM-

Percutian

>> Monday, October 26, 2009

Warga PISMP2 seramai 12 orang jejaka hensem dan 8 orang gadis cantik telah ke Kuala Selangor selama 3 hari untuk kajian@percutian projek Gerko Kelab Alam Sekitar dibawah kelolaan Encik Julaili.
Rombongan kali ini amat berbeza dengan kerja2 lapangan PISMP2 sebelum ini. Hal ini adalah kerana rombongan kali ini lebih berbentuk 'naturalis' kerana objektif utamanya ialah untuk membentuk perasaan kasih dan sayang terhadap alam sekitar dalam kalangan guru pelatih. Selain itu, percutian kali ini juga amat istimewa kerana kami ditempatkan di hotel "4.5 bintang" termasuk kelengkapan2 seperti tv, bilik air, dan tuala...
Lawatan 3 hari 2 malam ini juga adalah bertujuan untuk melepaskan tekanan kerja yang semakin memuncak menjelang fasa2 akhir pengajian kami ini.
Alhamdulillah, semuanya dah selesai, fokus kini akan beralih kepada peperiksaan yang akan menjelang tidak lama lagi...
sekian


Gambar-gambar sekitar percutian kami...














6 comments:

Suhaimi Abd Wahid October 26, 2009 at 4:02 PM  

aku bila plak ah nk bercuti nie huh JELES GILA KOT kat korg huhu

linedabesh October 26, 2009 at 4:52 PM  

hehe..x yah la nk jeles2 suhaimi
hotel 4.5 bintang jd bertambah best dgn adanya jiran seblah bilik yg sgt annoying..huhu

SangKunang October 26, 2009 at 8:28 PM  

hmm...
sound system dekat hotel 4.5 bintang tu hebat sangat.. tu yg annoying tu.

lagipun, dinding hotel 4.5 bintang kat kuala selangor tu diperbuat daripada kayu getah asli campuran sentang dan jati indonesia ditambah pula dengan cat hijau putih tu membuatkan apa yg berlaku disebelah dapat diketahui oleh orang sebelah lagi

Suhaimi Abd Wahid October 27, 2009 at 1:24 AM  

huh? sapakah jiran tue haha jgn kata bdk2 korg jugak hehe alahai.. best nyer nk exam still bley g jalan2~~ kitaorg kat sini x bley lgsung huhu kena siapkan thesis and after thesis exam.. dah busy nk packing2 brg nk hantar balik Malaysia huhuh sedey2 huhuhuh

SangKunang October 28, 2009 at 1:43 AM  

best ape nye suhaimi...
kiteorang gune duit sendiri ler.
tgh2 sengkek pun terpaksa mengorek tabung, selak bawah bantal, celah kain baju, adalaa seposen dua

syam November 3, 2009 at 2:25 PM  

Salam..jemput lawat ke blog kelab aktivis alam sekitar kampus IPGM Tuanku Bainun..semoga kita blh berkongsi pendapat.


http://careiptb.blogspot.com

About This Blog

Lorem Ipsum

CENTRE OF EXCELLENT

  © Blogger template Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP