"Masalah adalah peluang untuk anda menyerlahkan kepada diri sendiri bagaimana kebolehan anda menyelesaikan masalah itu" -Allahyarham Datuk Razali Ismail, Wira IPGM-

bakal guru perlu sedia pikul beban tugas

>> Sunday, November 29, 2009

bakal guru perlu sedia pikul beban tugas lapor utusan malaysia,

dalam satu kenyataan pada majlis konvoksyen KPLI J-Qaf di Putrajaya, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia berkata bakal guru perlu sedia memikul beban tugas sebagai setiausaha PIBG dan pelbagai lagi tugasan yang diamanahkan kepada mereka oleh pihak sekolah.

aye-aye sir!

tidak kami harap karpet merah dibentang, jauh sekali pasport diplomatik buat bekal bercuti ke disneyland

kerjaya sebagai guru memang kami sedar tidak semudah disangka, dan kami di ipgm sedang memperlengkapkan diri bagai mengharungi cabaran bersama-sama mendidik dan memimpin anak watan.

profesion guru pasca millenium juga mencabar jika dilihat dari pelbagai aspek. pembinaan negara bangsa hanya berjaya dilakukan dengan satu sistem pendidikan yang terancang dan digerakkan oleh tenaga mahir yang komited dalam tugas mereka. dan inilah yang dipikul oleh pihak pentadbir IPGM dan dekan falkuti pendidikan dalam melahirkan guru generasi baru yang bukan sahaja meneruskan kesinambungan tetapi terus mencipta kegemilangan demi masa depan negara.

adios amigos. selamat bercuti. kepada mimi..tahniah, dan selamat menjalani kehidupan baru.

p/s: mat jack, tahniah sebab berjaya melontarkan pandangan dalam suara siswa. bukan senang nak cakap depan kamera live. well done.

Read more...

selamat bercuti

>> Thursday, November 19, 2009

Ditulis oleh : Mazlinda bt Adnan

Alhamdulillah.
Habis sudah sesi pembelajaran utk tahun 2009 ni.Dah 6 semester kita lalui,tinggal lg baki 2 semester utk dihabiskan thn dpn,insyaAllah.
Dikesempatan ni,nak diucapkan selamat bercuti kepada semua kawan2.Ambil la kesempatan masa cuti ni utk fikirkan tajuk kajian tindakan yg akan dijalankan pd praktikum semester dpn.Manfaatkan cuti ni baik2,jgn habiskan dgn benda2 x berfaedah.
Pd cuti ni jugak,ada seorg sahabat kita iaitu Nurul Shamimi bt Ismail yg bakal menamatkan zmn bujang beliau.Jadi,kpd sesiapa yg berkesempatan tu jemputlah utk sama2 meraikan hari bahagia beliau.

Selamat bercuti,selamat habis semester 6,selamat habis tahun 3.
Apa yg dah terjadi sepanjang tahun ni,kita ambil yg baik tu utk kita jadikan tauladan.Yg x baik tu kita tinggalkan,jadikan sempadan.

Selaku cik penolong ketua,aku secara peribadi nak mintak maaf terkasar bahasa,terlanjur bicara sepanjang aku berkhidmat(tiba2 buat mcm blog aku plak).
Peace,no war!

p/s:fikirkan skali calon ketua & pen.ketua utk sem dpn.. ;)


Read more...

Kuliah "Terakhir" Ustaz Nasarudin

>> Friday, November 6, 2009

Ditulis oleh : Taiebah Hj Sagir

Ustaz Nasarudin Bin Hussin (berkopiah) dan Puan Nor'aini Tahir (Penyelaras PISMP) pada hari terakhir kuliah beliau bersama kami. (klik gambar untuk saiz sebenar)

Sekali pandang, susuk fizikal jelas memperlihatkan peribadi seorang yang bergelar "ustaz". Namun jauh daripada itu, selain mengajar dan menyampaikan ilmu agama, di dadanya sarat dengan ilmu ekonomi. Tanya saja tentang isu semasa yang berkait dengan ekonomi, Bajet 2010, PTPTN, pola kemiskinan, DEB, K-ekonomi, KDNK dan sebagainya, pasti beliau ada jawapan dan hujjahnya.

Terlalu bersyukur sebenarnya apabila mendapat seorang yang bergelar ustaz yang datang ke IPBA sebagai pensyarah jemputan untuk memberi kuliah bagi subjek Pertumbuhan dan Perkembangan Ekonomi Malaysia untuk kelas kami. Untuk rekod, sepanjang 4 tahun setengah kami di IPBA, hanya kelas bersama Ustaz Nasarudin sahaja yang kami dapat istiqamah hadir pada waktu petang. Bagai ada perasaan bersalah yang teramat jika tertinggal satu sesi kuliah bersama beliau. Ditambah pula setiap kali kelas beliau, kami bukan sekadar mendapat ilmu dunia (ekonomi dan isu semasa), malah beliau turut membekalkan kepada kami ilmu akhirat. Sering sahaja dia memberitahu, "...ilmu yang saya sampaikan kepada pelajar ini akan menjadi hujjah apabila saya berhadapan dengan Allah S.W.T..."

Ustaz Nasarudin ketika memberikan kuliahnya.

Setelah dua bulan mengajar, kini tibalah kuliah terakhir kami bersama beliau. Tajuk pembelajaran pada hari tersebut ialah "Senario Kemiskinan di Malaysia". Ada rasa sedih yang berbuku dalam hati bila mengenangkan payahnya untuk bertemu lagi dengan seorang murabbi yang sangat dekat hatinya dengan pelajar-pelajarnya. Semoga ustaz tenang dan bahagia menghadapi hari-hari mendatang.

Pada permulaan kuliah hari tersebut (5/11/09), ustaz telah menyentuh serba sedikit mengenai Surah Ar-Rahman. Sebenarnya telah menjadi kelaziman kapada beliau membaca beberapa ayat permulaan surah ini apabila ingin memulakan kelas, kemudian disusuli pula dengan tazkirah ringkas sekitar 5-10 minit. Cuma, pada hari tersebut, beliau menjadikan surah ini sebagai isi tazkirahnya. Beliau memberitahu bahawa Surah Ar-Rahman adalah "surah pengantin" bagi Al-Quran. Dan ada beberapa lagi kupasan beliau mengenai surah ini yang saya tidak sempat tulis dalam buku (sebab khusyuk sangat mendengar lupa nk tulis..hehe.. )

Di akhir kuliah, seperti biasa juga, beliau mengambil masa 10 minit untuk memberi tazkirah penutup. Sempat beliau bercerita tentang kisah kewafatan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. yang baru beliau ketahui melalui video seorang ulama' di Tanah Arab di Youtube. Ketika hampir baginda wafat, baginda telah meminta untuk bersiwak. Disebabkan kayu siwak yang ingin digunakan itu masih keras, isterinya Saidatina Aisyah telah menggigit kayu tersebut bertujuan melembutkannya. Jadi air liur isterinya itu telah lekat pada kayu siwak ini. Tanpa membasuh, Nabi telah menggunakan kayu siwak tersebut. Oleh itu bercampurlah air liur isteri baginda dengan air liur Nabi sebelum baginda wafat. Selain itu, terdapat juga sesetengah sahabat yang apabila melihat nabi menghampiri saat kewafatannya, mereka telah berdoa kepada Allah agar dibutakan mata kerana mereka tidak sanggup lagi melihat dunia selepas wafatnya Nabi Muhammad S.A.W. Dan doa ni telah dimakbulkan Allah.

Dan ada dua pesanan terakhir Ustaz Nasarudin kepada kami:
  1. Jika pergi ke mana-mana, jadilah diri kamu sendiri, yakni menjadi muslim yang bertaqwa kepada Allah dan katakanlah " Aku tidak akan tukar hal dan nikmat dunia dengan nikmat syurga Allah".
  2. Jangan sesekali biarkan anak murid kamu meninggalkan kelas, sebelum kamu memberi mereka ilmu agama. Biarlah kamu mengajar Kajian Tempatan sekalipun, tapi pastikan selitkan sekali ilmu agama supaya ilmu ini dapat menjadi hujjah kamu apabila berhadapan dengan Allah kelak.
Semoga ada rezeki dan kesempatan lagi insyaAllah kami akan berjumpa lagi dengan ustaz di masa dan ketika yang lebih baik hendaknya... Semoga ustaz terus istiqamah menegakkan yang hak dan menentang yang bathil seperti yang ustaz lakukan sekarang. Jasa ustaz akan kami kenang sentiasa... : ) Syukran ya ustaz..

Read more...

Takziah untuk chouji

>> Monday, November 2, 2009

Salam takziah ingin saya sampaikan kepada saudara Hafizuddin Yahya (Chouji) pelajar B.Ed Tesl Cohot 4 VUW yang baru sahaja kehilangan bonda tercinta pada pukul 1 tengah hari tadi.

Semoga Chouji dapat mengharungi saat-saat ini dengan tabah.

Al-Fatihah.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

CENTRE OF EXCELLENT

  © Blogger template Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP