"Masalah adalah peluang untuk anda menyerlahkan kepada diri sendiri bagaimana kebolehan anda menyelesaikan masalah itu" -Allahyarham Datuk Razali Ismail, Wira IPGM-

Blog terbaru

>> Thursday, December 2, 2010

Ladang Gadong- En. Hanif a.k.a Anip SIot telah melancarkan blog beliau bertajuk 'aku pun nak cerita'. Bertemakan pemikiran global dan respons kepada isu semasa melanda dunianya, blog ini dijangka mendapat sambutan hangat dari segenap masyarakat terutama dari gadis-gadis. 'Aku pun nak cerita' dijangka turut memuatkan lukisan karya tuan blog. AGENSI.


Klik disini untuk meluncur ke laman blog tersebut.

Read more...

SEMUA TENTANG KITA

>> Sunday, November 14, 2010

Read more...

Vitamin C

>> Wednesday, November 10, 2010


Vitamin C, soundtrack Scary Movie 1. Kira-kira 5 tahun lalu selalu berkumandang di PC roomate aku. Tersangkut mungkin. Enjoy.

Read more...

coming soon

>> Wednesday, November 3, 2010

Read more...

sedikit coretan

>> Tuesday, October 12, 2010

Salam,


1) selamat pengantin baru kepada Azrizad dan pasanganya Nad. yang telah memeterai kasih dan janji dalam kesucian Syawal yang lalu. semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. sory lambat kemas kini, tiada kesenggangan dapat dirasakan.

2) tahniah kepada mereka yang telah terlibat (dan menang) dengan pelbagai aktiviti sukan dan permainan sejak dua menjak ini.

3) tahniah dan terima kasih atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan majlis hari raya Persatuan Kajian Sosial (Perkaso)

4) tahniah atas pembentangan kajian tindakan dan seminar yang dianjurkan. maaf kalau ada yang tidak berpuas hati terutama sekali sewaktu perasmian. aku mintak maaf bagi pihak ajk teknikal, benda-benda teknikal susah nak kira jugak. biasa mic elok, besok tak elok.

5) dah boleh start buat countdown nih, perjalanan selama 5 taun semakin hampir untuk berlabuh. bukan penamat, tapi permulaan satu perjalanan baru.

-out-

Read more...

Majlis Aidilfitri Jabatan Kajian Sosial

>> Friday, October 1, 2010

Read more...

Raya 2010 - Final Year PISMP 2

>> Saturday, September 25, 2010

Tarikh : 24 September 2010
Tempat : Kelas PISMP 2
Aktiviti : Makan Kuih Raya dan Bergambar Kenangan


- Raya 2010-

-Final Year PISMP 2-

- Jejaka- Jejaka PISMP2 -

- Bunga-Bunga PISMP 2 -

- Makan kuih raya -

- Warna baju paling ramai tahun ni -







Read more...

Selamat Bercuti & Selamat Hari Raya

>> Friday, September 3, 2010

Read more...

Majlis Iftar PISMP 2 2010

>> Saturday, August 28, 2010

Tarikh : 25 Ogos 2010
Tempat : Flaming Steamboat Sunway
Masa : 9.00 pm - 2.30 am

Terima kasih kepada semua warga PISMP 2 yang sudi hadir dan meluangkan masa untuk Iftar PISMP 2 yang bertempat di Flaming Sunway....Kehadiran pada tahun ini sama seperti tahun lepas....20/20 orang.....terima kasih semua

Rancangan ini telah dirancang dari awal lagi dan setelah semua bersetuju,Alhamdulillah, akhirnya aktiviti ini berjaya dilaksanakan....

Tempat yang dipilih sangat menarik dan makanan juga boleh tahan sedap....
Masing-masing memang menikmati makanan yang disediakan dan memang tak rugi la kita pergi bersama-sama....

Selepas sesi makan-makan, aktiviti seterusnya ialah berjalan-jalan di Danau sambil membeli-belah dan mencuci mata....
Aktiviti malam ni memang sangat best dan sangat menarik...
Diharap untuk aktiviti yang seterusnya dapat dilaksanakan dan semua melibatkan diri masing-masing sebab tahun ni pun dah last kita dapat bersama sebelum kita dipostingkan...

p/s : walaupun ada yang sakit dan ada yang mempunyai masalah, tapi korang masih tetap melibatkan diri...Terima Kasih semua....

Sedikit gambar kenang-kenangan..





Read more...

Salam Ramadhan

>> Thursday, August 12, 2010

Ramadhan sudah melewati hari kedua, menunggu Maghrib bagi masuk waktu berbuka puasa dan juga masuk 3 Ramadhan.

Menikmati Ramadhan yang dilimpahi keberkatan. Menambahkan amalan yang sepatutnya.

Selamat menjalani ibadah, Ramadhan yang ke-lima di maktab. Mungkin bagi sesetengah inilah kenangan yang terindah.

Tahun depan, suasana baru, orang baru, perangai baru.

Read more...

Audit MQA

>> Thursday, August 5, 2010

pada pagi ini, telah bermula audit MQA bagi akreditasi Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Pengajian Sosial) segala usaha yang telah dicurah. Harap ini, kami berserah kepadaNya.

Semoga semuanya berjalan lancar

Read more...

Selamat Bersara Cikgu

>> Friday, July 16, 2010


Pada pagi tadi telah berlangsung, satu sambutan sempena persaraan Tn Hj Kamar B. Zainuddin iaitu Ketua Jabatan Kajian Sosial yang juga Pengurusi Kumpulan Latihan Malaysia (KLM) Persekutuan Pengakap Malaysia.

Pertama sekali, kami mahu memohon maaf kepada Tn Hj Kamar kerana tidak dapat menghadiri majlis persaraan beliau.

Kedua, kami memohon maaf kepada Cikgu atas salah-silap yang dilakukan kami sepanjang mengenali cikgu. Dari semester pertama di IPBA sampailah semester 11 sekarang.

Ketiga, kami mengucapkan selamat bersara kepada Cikgu. Jasa cikgu menjadi kenangan kami dan pesanan cikgu jadi panduan kepada kami.

Terima Kasih, Cikgu

kat depan library Maktab Perguruan Ipoh Perak

Read more...

MQA, audit time

Ujian oh ujian...
Kali ini benar2 ujian. Ujian standard atau kualiti untuk menentukan sejauh manakah keupayaan Institut Pendidikan Guru (IPG) mampu mengendalikan urusan pengeluaran guru-guru berijazah untuk pasaran sekolah di Malaysia yang akan dilakukan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Dan ujian itu, akan dihadapi oleh kami 20 orang pelajar batch sulung PISMP IPG-KPM Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa pada 5 dan 6 Ogos 2010. Badan ini akan mengaudit keseluruhan sistem kurikulum serta penyampaian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan yang mengambil masa 5 tahun stengah kursus dalam kampus IPG.

Lawatan pasukan audit MQA ini nanti akan diketuai oleh Prosefor Dr Agus Yusof, dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Prof Agus

Diharapkan proses audit ini akan berjalan lancar dan sama-samalah kita doakan agar tidak sebarang halangan atau kekangan yang mungkin boleh membantutkan usaha kita untuk mendapat akreditasi ijazah kita nanti...

Read more...

Lima Tahun

>> Sunday, July 4, 2010

Jam sudah melewati 0000 Hours +8 GMT, ini bermakna telah masuk hari baru mengikut kalendar Rumi.

Hari ini ialah 4 Julai 2010. Pada 4 Julai, saban tahun rakyat Uncle Sam akan bergembira bagi meraikan kejayaan mereka menuntut kemerdekaan dari King dan Queen of England.

Manakala pada 4 Julai 2005. Iaitu lima tahun lepas, seramai 18 orang pelajar lepasan sekolah telah memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan di IPBA. Jadi, selamat Hari Ulang Tahun PISMP Cohort 2 khususnya. Tak lupa juga kepada semua guru pelatih Ambilan Julai 2005.

Selamat berjuang di titisan-titisan yg terakhir, dan selamat menyuburkan cinta terhadap profesion keguruan.

Read more...

Taklimat SGM

>> Saturday, May 22, 2010

Tuan, Puan, Encik, Cik

sila bersedia untuk mendengar taklimat berkenaan Standard Guru Malaysia (SGM) oleh Mr Giam pada minggu hadapan. maklumat lanjut akan disampaikan oleh yang dihormati saudara 'Aizatfikri Jamaludin selaku ketua pemerintah.

Untill then, enjoy ur weekend..n gud luck for exam.

Read more...

Selamat Hari Guru

>> Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru wahai sang pembina bangsa...

Tak reti juga nak menulis sempena hari guru ini, tapi tengok ruang ada kosong..kena update la gak

Lima tahun lalu, kita semua telah memilih (atau dipilih) jalan ini bagi mendapat asuhan dalam mendidik anak bangsa

Masa telah berlalu, harapan negara bakal didukung pada tahun hadapan.

Bersedia atau tidak, cabaran menunggu kita semua di taun depan.

Memetik kata-kata berikut:

"A teacher affects eternity; he can never tell where his influence stops." (Henry B Adams)

Biarlah diri ini memberi ajaran dan contoh yang elok kepada generasi akan datang.

orait..selamat hari guru sekali lagi..

Read more...

Nak posting dah ????

>> Tuesday, May 11, 2010

Kengkawan sekalian, pihak HEP akan mengadakan satu taklimat berkaitan dengan hal ehwal pelantikan skim perkhidmatan pendidikan.. Memandangkan kita adalah antara kumpulan yang bakal 'bersara' daripada status pelajar hujung tahun ni, maka secara otomatiknya kita dijemput serta diwajibkan untuk HADIR ke taklimat ini sepertimana berikut;

PERHIMPUNAN KHAS PELAJAR - TAKLIMAT BERKAITAN PELANTIKAN GURU SANDARAN TERLATIH DAN SKIM PERKHIDMATAN PENDIDIKAN AKAN DIADAKAN SEBAGAIMANA BERIKUT:

TARIKH : 13 MEI 2010 (KHAMIS)
MASA : 2.30 HINGGA 4.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN BESAR IPG KBA

PELAJAR YANG DIWAJIBKAN HADIR:- i) B ED TESL AMBILAN JULAI 2005ii) KPLI AMBILAN JANUARI 2010iii) PISMP AMBILAN JULAI 2005 (JANUARI 2007)

PENYELARAS DAN PENSYARAH TUTOR DIJEMPUT HADIR

Read more...

Taare Zameen Par

>> Friday, May 7, 2010



ditulis oleh; Taeibah http://thoyyibah.blogspot.com/

Taare Zameen Par bermaksud "setiap kanak-kanak adalah istimewa". Ia menjadi tajuk sebuah filem yang diarah oleh Aamir Khan yang juga menjadi antara pelakon utama dalam filem ini. Untuk hari ini dan semalam, kami telah menggunakan masa subjek Bimbingan & Kaunseling untuk membuat analisa tentang filem ini. Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Zuraidah (Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan) yang memberi kami peluang tersebut. Ternyata, filem ini banyak memberi pengajaran yang bermanfaat kepada kami, bakal-bakal guru.

Cerita ini sebenarnya mengisahkan seorang kanak-kanak yang berusia 8 tahun yang mempunyai masalah disleksia. Disleksia bukanlah sejenis penyakit, tetapi merupakan salah satu bentuk gangguan pembelajaran yang lazimnya dihadapi oleh kanak-kanak lelaki. Antara ciri kanak-kanak yang menghadapi disleksia ialah:


  1. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
  2. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
  3. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'p' dan 'p' dianggap 'q'.
  4. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
  5. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
Dalam filem ini, kanak-kanak yang bernama Ishaan telah menunjukkan ciri yang disebutkan di atas. Dan beliau juga turut menunjukkan sikap seperti, sering mengelamun, tidak mudah merasa sakit, cepat menangis, suka meniru perbuatan orang lain, manja, tidak dengar bila orang memanggilnya dan sebagainya. Ibu bapa Ishaan pula ditonjolkan sebagai ibu bapa yang kurang berpengetahuan terhadap masalah anaknya dan sering mengganggap Ishaan sengaja malas untuk belajar. Bagi mereka, mereka tidak dapat menerima apabila ada guru yang mengajar Ishaan ingin mengatakan bahawa Ishaan tidak normal seperti kanak-kanak lain. Guru-guru pula bersikap terlalu tegas terhadap Ishaan tanpa mereka tahu apa sebenarnya masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak malang ini.

Disebabkan malu dan tertekan, dengan bantuan seorang rakan, bapa Ishaan telah mengambil keputusan untuk mengeluarkan Ishaan daripada sekolah biasa dan dimasukkan ke sebuah sekolah berasrama penuh yang jauh daripada rumahnya. Ishaan memberontak. Si Ibu pula mengharapkan agar suaminya dapat menunggu sekurang-kurangnya hingga hujung tahun agar Ishaan dapat menghabiskan persekolahannya pada tahun tersebut. Namun, dorongan dari ego si ayah, yang konon-kononnya ingin memastikan anaknya mendapat didikan yang sempurna, telah menghantar juga Ishaan ke sekolah berasrama penuh di pertengahan penggal persekolahan. Maka bermulalah lembaran baru kehidupan Ishaan di sekolah tersebut.

Jangkaan ayah Ishaan yang anaknya akan menunjukkan peningkatan apabila disekolahkan di situ benar-benar meleset. Malah guru-guru di sekolah tersebut lebih bengis daripada guru sekolah Ishaan sebelum ini. Hal ini menyebabkan jiwa Ishaan tertekan. Minatnya dalam lukisan telah "dibunuh" oleh keadaan persekitarannya. Terlalu banyak konflik yang dihadapi oleh Ishaan semasa berada di sekolah ini, hinggalah pada suatu hari datang seorang guru ganti bagi mata pelajaran seni. Guru tersebut bernama Ram Shankar Nikumbh (yang dilakonkan oleh Aamir Khan). Sebagai seorang yang pernah mengalami disleksia sewaktu kecil, Nikumbh cepat mengesan masalah yang di hadapi oleh Ishaan tanpa ada sesiapa memberitahunya. Maka bermulalah misi Nikumbh untuk mengeluarkan potensi yang terpendam dalam diri Ishaan yang tidak diambil peduli oleh orang lain sebelum ini termasuklah ibu bapanya. Dalam plot ini, jelas memaparkan pengorbanan seorang guru yang perlu bekerja lebih masa bagi memberi perhatian yang khusus untuk murid seperti Ishaan, malah usahanya turut diperlekehkan oleh guru-guru lain. Dan di akhir cerita ini ditonjolkan bakat sebenar Ishaan dalam seni lukisan sehingga berjaya memenangi pertandingan melukis dan mewarna yang disertai oleh seluruh warga sekolah tersebut termasuk murid dan guru. Malah, hasil usaha dan tunjuk ajar Nikumbh, Ishaan sudah menunjukkan peningkatan yang baik dalam pelajarannya serta menguasai sepenuhnya asas membaca, menulis dan mengira.

Ulasan

Taare Zameen Par amat menyentuh jiwa saya terhadap keseluruhan jalan ceritanya. Tambahan pula ia menceritakan kisah seorang pendidik yang begitu kuat semangat untuk mengubah kehidupan seorang kanak-kanak di kala guru-guru lain telah menghukum kanak-kanak tersebut sebagai tidak normal dan berpenyakit. Watak Nikumbh digambarkan sebagai seorang guru yang bukan sahaja berjaya mengubah siapa Ishaan sebelum kehadirannya, malah beliau berjaya mengubah persepsi warga sekolah dan ibu bapa Ishaan bahawa setiap kanak-kanak mempunyai bakat yang istimewa dalam diri mereka. Saya cadangkan agar setiap guru dan bakal guru malah para ibu bapa dan bakal ibu bapa menonton filem ini bagi mendapat gambaran jelas tentang apakah itu disleksia serta cara-cara untuk mengatasinya. Walaupun plotnya agak perlahan, namun ia akan tetap membuat penonton terpaku bagi melihat perkembangan watak Ishaan dalam cerita ini.

Tidak seperti filem-filem barat, filem ini hampir bersih daripada adegan-adegan yang tidak sopan dan memualkan. Jadi, siapa sahaja boleh menonton tanpa risau akan terlihat babak yang tidak sepatutnya. Sejujurnya, saya lihat filem ini berani menentang arus pada alaf 21 ini yang dibanjiri dengan karya filem tentang cinta yang terlalu bebas, thriller, mistik dan aksi. Semoga akan banyak lagi filem yang membuka mata hati masyarakat tentang golongan-golongan yang sering dipinggirkan dalam pendidikan arus perdana.

Selepas menonton filem ini juga, saya mula tertanya-tanya, adakah saya mampu melakukan perkara seumpama yang dilakukan oleh Nikumbh kepada Ishaan? Adakah saya tergolong dalam golongan guru yang cukup peka atas setiap masalah murid dalam kelas saya, atau saya akan bersikap sama seperti guru-guru Ishaan yang terlalu cepat memberi hukuman kepada murid? Hal ini membuatkan saya sentiasa sedar tentang tanggungjawab berat yang perlu saya pikul sebagai seorang pendidik. Jika saya mengabaikan seorang murid dalam keadaan sengaja atau tidak disengajakan, terutama murid sekolah rendah, ia akan memberi impak negatif apabila dia semakin meningkat usia.

Oleh itu, ketika saya berikrar untuk melaksanakan tugas sebagai pendidik, maka saya perlu bersedia untuk berhadapan dengan lebih ramai Ishaan di luar sana, malah mungkin ada yang mempunyai masalah lebih teruk dari Ishaan. Jadi saya sematkan di hati agar sentiasa sabar dan istiqamah dalam memegang amanah sebagai pendidik. Semoga saya tidak menjadi manusia yang menggelapkan masa depan anak murid saya. Sebaliknya saya akan cuba melorongkan jalan kepada insan bergelar murid agar meneroka setiap keistimewaan yang ada dalam diri mereka. InshaAllah...

Ketika tayangan video Taare Zameen Par dijalankan dalam kelas Bimbingan & Kaunseling

Read more...

PISMP C2 | TERBAEK Futsal Club

>> Monday, May 3, 2010

TERBAIK FC yg sedang beraksi dalam Liga Futsal IPG KBA dan masih gagah menerajui takhta liga setelah mencatat 5 kemenangan dan 1 tewas. Petang tadi, terbaik FC menewaskan Mathematics United 4-0 untuk terus memimpin carta liga.
Apa-apapun, perjalanan liga masih panjang dan diharapkan Terbaek FC dapat mengekalkan rentak untuk dinobatkan sebagai Juara pertama Liga Futsal IPG KBA.

Read more...

Logo

>> Sunday, May 2, 2010




logo IPG Malaysia..bravo-bravo

credit to:

Read more...

Standard Guru Malaysia

>> Saturday, April 10, 2010

salam, salam 1malaysia haha

sekadar ingin mengkhabarkan apa yang telah tersurat kot.... Mr Geam, suh baca pasal Standard Guru Malaysia (SGM) dan pergi ke website rasmi SGM untuk menjawab instrumen SGM.

aku baru tau sebenarnya, dia antar emel kat emel tak rasmi aku..so baru skang perasaan.

Apa itu SGM?

i) sebagai satu garis panduan kompentensi (kecekapan/kemahiran) profesional yang perlu dicapai oleh seseorang guru serta;

ii) keperluan yang perlu disediakan oleh agensi (i.e BPG) dan institusi latihan perguruan (i.e IPGM, fakulti Pendidikan) untuk membantu guru mencapai kompentensi tersebut

Apa perlunya SGM, tak cukup lagi FPG, FPK?

i) SGM bertindak sebagai blueprint kepada latihan ikhtisas keguruan yang mantap bagi memenuhi keperluan dunia pendidikan.

ii) SGM semestinya digubal berdasarkan FPG dan FPK. FPG dan FPK ialah falsafah, manakala SGM ialah langkah perlaksanaan.

p/s: nih cuma berdasarkan pemahaman aku, salah silap harap maaf


all rite, mates...have a blast weekend. ciao.

sila rujuk : http://apps.emoe.gov.my/bpg/sgm/index.html

Read more...

Sirih Junjung, Pinang, dan Bungga Manggar

>> Sunday, March 14, 2010

saya mewakili rakan-rakan seperguruan ilmu cikgu-cikgi..ingin mengucapkan selamat melangsungkan perkahwinan kepada En. Ahmad B. Jaafar bersama-sama pasangan beliau iaitu Ore (nama sebenar, wa tak tau)

semoga perkahwinan yang didirikan ini berkekalan sepanjang hayat. semoga juga ilmu-ilmu yang diperoleh dalam kursus kahwin dapat digunakan.

maaf tiada hadiah dapat dihulur, tiada rangkaian pantun menghias bicara

cuma berkongsi pepatah lama;

"Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri" (lagu P.Ramlee)

jangan pula digigit lidah, kelak sukar nak makan nasi beradab

p/s: welcome to manhood bro..you are now no longer boy's like us. but still part of us.

adios.

Read more...

Perihal Posting

>> Tuesday, March 9, 2010

Salam semua...


Pagi tadi ada berjumpa dengan Ustaz Aminyamin
Dia beritahu kepada sesiapa yang ingin menukar maklumat berkaitan posting
anda masih boleh berbuat demikian dengan berjumpa beliau di HEP...
selepas borang diprint, sebarang penukaran tidak akan dilayan (kata beliau)

Btw ustaz kirim salam kat semua...

Read more...

propaganda

>> Thursday, February 18, 2010

Adakah anda,

Sanggup hadapi cabaran, meredah gelora, mengharung perjalanan 5 tahun setengah?

Berdaya saing, dinamik serta miliki keperibadian unggul?

Jika ya, teruskan membaca:

Pilihan anda pada hari ini akan mencorakkan masa depan negara untuk jangka masa yang lebih panjang..Negara memerlukan tenaga-tenaga muda untuk mencorakkan perubahan dan melukis kegemilangan. Begitu juga dengan sistem pendidikan negara, ia sentiasa memerlukan modal insan yang mahir dan berkualiti bagi meneruskan kelangsungan pendidikan negara.


PISMP pula antara salah satu program bagi generasi guru baru (new breed of teacher) yang akan menyambung legasi perjuangan guru-guru untuk masa hadapan. Walaupun kelihatan baru, ia merupakan satu kesinambungan daripada kejayaan dalam melahirkan pendidik yang berterusan sejak tertubuhnya maktab perguruan yang pertama di negara ini. Legasi dan idealisme pendidikan guru sentiasa dijunjung dan dicorak seiring dengan tuntutan zaman.


calon-calon dimestikan sihat fizikal dan mental

pautan untuk memohon

tips untuk calon


"Don't ask what country have done to you, but ask what you have done to your country"

Read more...

Peribadi Guru Mengikut Imam Al-Ghazali

>> Wednesday, February 3, 2010

Terdapat beberapa syarat yang telah digariskan oleh Imam
Al Ghazali yang menjurus kepada keperibadian guru sebagai
penyampai ilmu pengetahuan kepada para pelajarnya sepertimana
yang dicatat oleh H.M As’ad Al Hafiz (Abdul Salam Yusoff, 2003).
Antara syarat-syaratnya ialah:

1.Sabar menerima pelbagai masalah pelajar dan menerimanya
dengan baik.
2.Sentiasa bersifat kasih sayang dan tidak pilih kasih.
3.Jika dia duduk hendaklah dengan bersopan dan tunduk
serta tidak riak.
4.Tidak takbur (sombong) kecuali terhadap orang zalim
iaitu dengan tujuan
mencegah tindakan zalim tersebut.
5.Bersifat tawaduk dalam perbincangan.
6.Sikap dan perbicaraan bersungguh-sungguh.
7.Menanam sifat bersahabat dalam dirinya terhadap
semua pelajarnya.
8.Bersabar dan tidak mengherdik pelajar yang bodoh.
9.Membimbing dan mendidik pelajar yang bodoh dengan
cara yang sebaik-baiknya.
10.Berani berkata ‘saya tidak tahu’ terhadap masalah
yang dia tidak faham.
11.Menampilkan hujah yang benar apabila  berada
dipihak yang salah dan bersedia
kembali kepada kebenaran.

Wallahu’alam.

Read more...

Kembali Ke Sekolah

>> Sunday, January 31, 2010


Pejam celik, pejam celik, praktikum datang lagi !
hurmm, macam x sedar, kita kini dah berada di sem7, kita kini berada di fasa 3 praktikum dan fasa ini juga menjadi penentu kualiti yang ada pada kita selaku 'pioneer' PISMP atau batch pertama yg melaksanakan 3 kali praktikum.

Menjalani praktikum sebanyak 3 kali untuk satu tempoh yang lama mungkin sesuatu yang tidak menyeronokkan jika diukur dari sudut kewangan, namun pelaksanaan program sebegini banyak kebaikannya. Disamping menyediakan guru pelatih sekental-kentalnya dengan pelbagai cabaran, setidak-tidaknya ruang ke sekolah berstatus cikgu ini sedikit sebanyak mampu merehatkan minda kita yang sebenarnya sudah 'letih' dengan kuliah dan masa yang terlalu lama di kampus. Betul ke tak?

Secara peribadi, penulis sebenarnya lebih seronok memerah tenaga dan mengejar masa di sekolah daripada berpenat lelah di kampus. Sebab ape? Kerana di sekolah kita ada kanak-kanak. Melihat wajah murid-murid dalam kelas, hilang semua masalah. Berhabis duit untuk murid-murid pun rasa tak mengapa. Sebabnya setiap ucapan 'terima kasih' yang digerakkan oleh lidah murid-murid merupakan satu doa untuk gurunya. Bukankah doa murid utk guru adalah salah satu doa yang dimakbulkan ALLAH??? jadi, ikhlaskanlah diri untuk setiap apa yang kalian lakukan dalam bilik darjah nanti.

Untuk pengetahuan kalian yg memang sudah tahu, praktikum kali ini lebih ini lebih lama drpd biasa, lebih lama lebih mencabar.. tambah pulak sem ini mempertaruhkan bahasa inggeris sebagai matapelajaran elektif untuk diajar.

Memandangkan kita dah 3 kali melakukan praktikum dan 4 kali SBE, tidak ada sebab rasanya untuk kita menggunakan kaedah seperti gambar diatas.. hehehe.........

SELAMAT KE SEKOLAH KAWAN-KAWAN SEMUA !

Read more...

proposal kajian tindakan

>> Saturday, January 23, 2010

Jadual pembentangan proposal kajian tindakan dah di muat naik dalam yahoo e-group kita, sila lah muat turun sendiri..sebab aku buta I.T, tak reti nak letak jadual dalam format blog nih. lagi pun masing-masing ada jalurlebar sendiri dengar citer.

Shima, Amali, Mimi dan Hamzah akan membentangkan kertas kerja mereka pada 25.1.10 bersamaan hari Isnin dari jam 0800-1000.

Read more...

Senarai Semak Portfolio MQA

>> Friday, January 22, 2010

Salam semua ahli PISMP Year 4,

Kat bawah ni ada lampiran senarai semak untuk portfolio MQA
kepada yang ingin membuat semakan, boleh la ambil..Tq



BIL

Subjek

Catatan

1

Wajib : Titas

2

ELP 1

3

ELP 2

4

LB

5

NL

6

HE

7

SDP

8

Pengurusan koko

9

Koko permainan

10

11

Koko Pengakap 1

Koko Pengakap 2

Hantar buku log

12

Koko Olahraga

13

Koko Persatuan

14

BIG 1

15

BIG2

16

BIG3

17

BIG4

18

BIG5

19

BIG6

20

EDU: FPK

21

PKK

22

MAB

23

CM

24

TP

25

BDYA

26

BMK

27

SBE1

dah Hantar

28

SBE2

29

SBE3

dah Hantar

30

SBE4

dah Hantar

31

PRAC 1

32

PRAC2

33

MAJOR : PPS

34

SOSIOLOGI

35

PSN

36

GP

37

PPL

38

POLITIK

39

NILAI DAN ETIKA

40

MPPSSR

41

PENTAKSIRAN

42

SUMBER PNP

43

KAEDAH PNP

44

EKONOMI

45

KAJIAN TINDAKAN 1

46

ELEKTIF 1 (PJ) : PRGRKN ASAS

47

ANATOMI

48

KURIKULUM DAN PEDAGOGI PJ

49

PGRSN &PNTDBRN PJS

50

ELEKTIF 2 (BI) : ENG 4 undergrad

51

Principle of ELT

52

Eng 4 Lang Teachers

53

ELTM



Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

CENTRE OF EXCELLENT

  © Blogger template Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP