"Masalah adalah peluang untuk anda menyerlahkan kepada diri sendiri bagaimana kebolehan anda menyelesaikan masalah itu" -Allahyarham Datuk Razali Ismail, Wira IPGM-

Kemaskini Semasa

>> Thursday, October 27, 2011

Selamat Menyambut Pesta Cahaya, Deepavali kepada bekas pensyarah terutamanya Pn Saras & En Selva..Semoga berbahagia di hari perayaan ini.

Amali telah berangkat ke Mekah pada 24/10 dan mendarat di Lapangan Terbang Jeddah rasanya. 

Baiklah, selamat bercuti. sampai berjumpa lagi.

"Bahasa Jiwa Bangsa"


Read more...

Bulan Haji...telah tiba lagi

>> Saturday, October 8, 2011


Bulan haji, telah tiba lagi..menunaikan ibadah..panggilan baitullah

Selamat menunaikan ibadah haji kepada Pn Zuraidah dan En Tahir B Kamaruzzaman, semoga dipermudahkan urusan dalam menunaikan ibadah serta memperoleh haji yang mabrur, Insyaallah

Tidak lupa juga, kepada Mali yang dijangka bakal menunaikan haji dalam musim haji ini juga

Selamat menjadi tetamu Allah, di tanah suci..doa kami semua mengiringi perjalanan tuan puan sekalian.

Read more...

entri yang panjang

>> Tuesday, October 4, 2011

Assalamualaikum.


*sapu sawang sket..dah berhabuk blog ni*



Apa khabar rakan-rakan sekalian?Semoga kalian semua sihat hendakNya..



Aku mmg dah bookmark blog PISMP 2 IPBA KUALA LUMPUR ni..pastu every week pon skali dua nak kena klik la jgk tgk apa perkembangan terbaru tp agak menyedihkan la jgk bila x dak sapa-sapa pon update cerita..huhu



Sibuk kat sekolah kan skarang?Nak set soalan exam la..nak tanda folio bdk la..PLBS la..SEGAK lagi..lepas bdk exam nanti nak kena bersabaq dgn benda alah SAPS pulak..itu belum kira kalau antara kita ni cikgu-cikgu Tahun 1 yg nak kena key in benda alah band-band tu dlm SPPBS..tapi,kita jangan lupa,Allah Maha Adil..Dia uji kita dgn beban kerja mcm ni sbb Dia tahu kemampuan kita..Dia tak akan bebankan kita dgn tanggungjawab yg kita tak blh nak pikul sbb itu janji Dia..



”Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.” (Al-Baqarah:286)



Kalau nak bercerita pasai kerja mmg tak larat nak cerita..kita belum pon setahun jd cikgu..panjaaaaannnnggg lagi perjalanan kita..tapi, kerja-kerja jugak..jgn sampai tak ada masa utk diri sendiri sudah la noo..jgn pulak tak update dgn cerita kwn-kwn..ada membe bertunang pon tak tau..ada membe nak kawen pon tak tau..ada membe pakai kereta baru pon tak tau..bukan nak ajak jaga tepi kain orang tapi nak habaq kata jangan jadi katak di bawah tempurung..hehe



Okeh,mungkin ini cerita basi sbb si empunya diri dan pasangan pon dah menyambut ulangbulan pertunangan mereka yang pertama baru-baru ni..namun begitu,masih belum terlambat utk pihak keluarga PISMP 2 mengucapkan tahniah di atas termeterainya ikatan pertunangan antara Noor Nadihah & jejaka pujaan hatinya, Mohd. Nazmi..semoga kalian dpt melalui alam pertunangan ini dgn penuh sabar :)

Source : FB Nadiha Salleh



Sekalung tahniah juga diucapkan kpd Iqhwan & isteri yg khabarnya bakal menimang cahaya mata tak lama lagi..wah,dah makin besaq la keluarga PISMP 2 pasni dgn bertambahnya anak buah yg kedua ni..Didoakan juga semoga Iqhwan & isteri dpt menjadi contoh yg baik kpd khalifah yg bakal dilahirkan..



Ada yg dah ada baby, ada yg bakal jd ayah, ada yg akan berumah tangga..apa pon status kita, kita adalah saudara..kita keluarga PISMP 2 :)



Kpd yg belum ada apa-apa(belum berpunya)..usah khuatir,usah gundah gulana.. rezeki,jodoh,ajal dan maut..semuanya rahsia Allah..jom sama-sama kita berdoa semoga Allah permudahkan urusan kita..



November..please come faster.Tak sabaq nak reunion..kat Labis kat Kajang (apsal aku plak lebih2,tuan punya bdn blom ckp apa-apa pon..haha)




Peace, no war!

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

CENTRE OF EXCELLENT

  © Blogger template Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP