Polemik yang tak sudah
>> Monday, December 29, 2008
cuti sekolah lagi beberapa hari akan berakhir dan penggal persekolahan 2009 akan bermula, tapi akhir-akhir ini didada akhbar sekarang berkecamuk dengan isu PPSMI yang tak habis-habis dibincangkan walaupun sidang meja bulat PPSMI telah habis bersidang pada awal disember lalu.
Gapena selaku sebuah gabungan sasterawan dan ahli akademik yang memperjuangkan bahasa Melayu telah menghangatkan lagi suasana apabila mengeluarkan kenyataan untuk menyaman kerajaan sekiranya PPSMI terus dilaksanakan. Pendirian Gapena ini dikatakan selaras dengan Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan perlu digunakan dalam urusan-urusan rasmi. Ramai juga tokoh-tokoh yang berpendapat pengajaran bahasa Inggeris itu yang perlu diperbaiki agar kita tidak ketinggalan dalam dunia tanpa sempadan. Ade pula yang berpendapat supaya matapelajaran yang lebih banyak menggunakan kemahiran menulis dan membaca seperti sastera atau sejarah yang patut diajar dalam bahasa Inggeris. Tapi ia dilihat agak ganjil untuk belajar sastera sendiri menggunakan bahasa lain atau menyelusuri sejarah menggunakan bahasa asing
Apakah hasil dari persidangan meja bulat nanti akan merubah lanskap pendidikan negara? kita nantikan kerana hingga ke saat ini tiada keputusan lagi yang telah dibuat, sekaligus PPSMI terus dijalankan seperti biasa.