"Masalah adalah peluang untuk anda menyerlahkan kepada diri sendiri bagaimana kebolehan anda menyelesaikan masalah itu" -Allahyarham Datuk Razali Ismail, Wira IPGM-

propaganda

>> Thursday, February 18, 2010

Adakah anda,

Sanggup hadapi cabaran, meredah gelora, mengharung perjalanan 5 tahun setengah?

Berdaya saing, dinamik serta miliki keperibadian unggul?

Jika ya, teruskan membaca:

Pilihan anda pada hari ini akan mencorakkan masa depan negara untuk jangka masa yang lebih panjang..Negara memerlukan tenaga-tenaga muda untuk mencorakkan perubahan dan melukis kegemilangan. Begitu juga dengan sistem pendidikan negara, ia sentiasa memerlukan modal insan yang mahir dan berkualiti bagi meneruskan kelangsungan pendidikan negara.


PISMP pula antara salah satu program bagi generasi guru baru (new breed of teacher) yang akan menyambung legasi perjuangan guru-guru untuk masa hadapan. Walaupun kelihatan baru, ia merupakan satu kesinambungan daripada kejayaan dalam melahirkan pendidik yang berterusan sejak tertubuhnya maktab perguruan yang pertama di negara ini. Legasi dan idealisme pendidikan guru sentiasa dijunjung dan dicorak seiring dengan tuntutan zaman.


calon-calon dimestikan sihat fizikal dan mental

pautan untuk memohon

tips untuk calon


"Don't ask what country have done to you, but ask what you have done to your country"

Read more...

Peribadi Guru Mengikut Imam Al-Ghazali

>> Wednesday, February 3, 2010

Terdapat beberapa syarat yang telah digariskan oleh Imam
Al Ghazali yang menjurus kepada keperibadian guru sebagai
penyampai ilmu pengetahuan kepada para pelajarnya sepertimana
yang dicatat oleh H.M As’ad Al Hafiz (Abdul Salam Yusoff, 2003).
Antara syarat-syaratnya ialah:

1.Sabar menerima pelbagai masalah pelajar dan menerimanya
dengan baik.
2.Sentiasa bersifat kasih sayang dan tidak pilih kasih.
3.Jika dia duduk hendaklah dengan bersopan dan tunduk
serta tidak riak.
4.Tidak takbur (sombong) kecuali terhadap orang zalim
iaitu dengan tujuan
mencegah tindakan zalim tersebut.
5.Bersifat tawaduk dalam perbincangan.
6.Sikap dan perbicaraan bersungguh-sungguh.
7.Menanam sifat bersahabat dalam dirinya terhadap
semua pelajarnya.
8.Bersabar dan tidak mengherdik pelajar yang bodoh.
9.Membimbing dan mendidik pelajar yang bodoh dengan
cara yang sebaik-baiknya.
10.Berani berkata ‘saya tidak tahu’ terhadap masalah
yang dia tidak faham.
11.Menampilkan hujah yang benar apabila  berada
dipihak yang salah dan bersedia
kembali kepada kebenaran.

Wallahu’alam.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

CENTRE OF EXCELLENT

  © Blogger template Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP