"Masalah adalah peluang untuk anda menyerlahkan kepada diri sendiri bagaimana kebolehan anda menyelesaikan masalah itu" -Allahyarham Datuk Razali Ismail, Wira IPGM-

kembali

>> Monday, March 30, 2009

Encik Moderator suh update blog nih..

nak tulis apa ek

mulakan dengan laporan rasmi;

seramai 20 orang pelajar semester 5 Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Tahun 3 telah dihantar ke sekolah-sekolah sekitar Bangsar dan Brickfields untuk menjalani praktikum 1 sebagaimana yang disyaratkan oleh Bahagian Pendidikan Guru.

sekolah-sekolah yang sudi untuk menerima kami ialah:

1) SK Bangsar
2) SK La Salle 1, Brickfields
3) SK La Salle 2, Brickfields
4) SK Methodist 1, Brickfields
5) SK Methodist 2, Brickfields

seperti mana yang dapat dilihat, kebanyakan sekolah-sekolah ini adalah tergolong dalam sekolah mubaligh (missionary school) dan merupakan sekolah bantuan modal. sekolah bantuan modal menerima kurang bantuan dari KPM berbanding dengan sekolah bantuan penuh (sekolah kerajaan).

ini adalah satu peluang, untuk kami merasai sendiri pengalaman untuk mengajar di sekolah begini serta pengalaman ini berguna kelak. mengajar di sekolah begini juga bermakna berhadapan dengan kepelbagaian budaya kerana sesebuah sekolah itu terdiri daripada berbilang kaum. di sinilah wujudnya perasaan hormat menghormati serta penerapan nilai profesionalisme yang tinggi dalam mendidik anak murid dan melupakan perbezaan yang wujud.

selain itu juga, 4 sekolah ini merupakan sekolah satu jantina. ia juga memberikan pengalaman baru. di mana persekitaran dan budaya di sekolah begini juga terdapat sedikit perbezaan dari sekolah campur.

setakat ini, guru-guru banyak membantu dan memberi sokongan yang diperlukan. nama baik kursus serta IPG sentiasa kami utamakan. tidak juga wujud prejudis dalam kalangan mereka walaupun masih ramai yang sedang memohon untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. sebaliknya mereka memberi sokongan dan dorongan kepada kami untuk menjadi guru yang unggul. harapan dan impian agar praktikum ini dapat digunakan untuk mengaplikasikan serta memantapkan lagi apa yang telah dipelajari dan kemahiran mengajar kami.

sekian sahaja. masih ada tiga minggu lagi.


Laporan tak rasmi;

walaupun sedang praktikum, kami sedang bertungkus-lumus dengan tugasan dan kerja kursus.

Read more...

PISMP

>> Wednesday, March 11, 2009

result SPM da tak lama dah..

permohonan pun da bukak dah

jadi sape yg minat nak masuk PISMP tuh boleh baca kat blog nih

malas nak copy paste..tak lawa jadinya

Read more...

Lagu Kita

>> Tuesday, March 3, 2009



IPGM

institut pendidikan guru
kami sentiasa bersedia,
menjulang etika kerja
berkorban jiwa raga
menjunjung aspirasi
masa negara tercinta

berwibawa,berintegriti,
keunggulan peribadi,
berteraskan keimanan,
mendidik anak bangsa

kami bangga menjadi guru,
kerjaya dihormati
tidak jemu menimba ilmu
bakti setulus hati yg murni,

ipg malaysia berikrar,
membentuk guru berkualiti,
penyanyang,berakhlak mulia,
mendukung visi misi ipg

diambil dari http://tuntejapersona.blogspot.com/

nyanyi dengan kuat dan penuh semangat serta bersama-sama

ni mungkin la lagu IPGM utk semua kampus..tapi kat sini tak sampai lagi

mungkin ditiup angin lalu jatuh ke laut...jatuh ke laut menjadi pulau, jatuh ke darat menjadi sasau haha

Read more...

SBP

Sekolah berasrama penuh yang dahulunya diwujudkan bagi platform orang pedalaman dan susah namun cemerlang dalam pelajaran kini menjadi rebutan buat orang berada. Teman-teman guru pernah menyatakan kekesalan ini ketika saya berbual dengan mereka. Malah ada diantara mereka mempersoalkan ada di kalangan anak didik mereka yang jauh di pedalaman tidak mendapat peluang belajar di SBP walaupun memperolehi keputusan yang cemerlang.

Jika disingkap sejarah penubuhannya, SBP adalah bagi golongan pelajar yang berada di luar bandar dan cemerlang. Segala kemudahan dan tenaga pengajar yang disediakan adalah dianggap yang terbaik bagi memberikan status pembelajaran yang berkesan bagi golongan pelajar yang datang dari luar bandar. Usaha ini adalah sebagai pemangkin kepada kecemerlangan pelajar biarpun mereka datang dari luar bandar.

Sekarang, adakah pengambilannya benar-benar mengikut sasaran yang ditetapkan? Sebab ada juga keluhan warga pendidik yang menyatakan sistem pangambilan ke SBP mempunyai campur tangan lain terutama golongan yang berdarjat tinggi. Justeru, tidak hairanlah sekiranya yang masuk ke SBP itu terdiri daripada anak-anak orang berada. Sekiranya perkara ini dibiarkan, bagaimana nasib mereka yang sepatutnya ke SBP.

diambil dari cikgumalaysia.com

realiti sebuah kehidupan..walaupun kita melaungkan pendemokrasian pendidikan

tak pernah terjadi? haha ia terjadi tapi mungkin tak disedari

ramai yang terpilih tapi tak mampu mendaftar kerana dibebani dengan pelbagai jenis yuran dan kehendak sekolah

Read more...

Projek Terengganu Batal

>> Sunday, February 22, 2009

Rakan-rakan PISMP cohort2 sekalian. Projek Pendidikan Jasmani (Pengurusan Sukan) ke Terengganu yg dirancang awala tahun ini secara rasminya dibatalkan oleh Tuan Pengarah IPGM KBA, Dr. Mohd Sofi bin Ali.
Penolakan proposal lawatan kerja ini adalah disebabkan faktor keterbatasan kewangan disamping jarak yang memakan belanja tinggi.
sebagai ganti, Tuan Pengarah mengesyorkan lawatan kerja diubah ke tempat lain sama ada Perak, Negeri Sembilan dan Selangor.
walaubagaimanapun, tuan Pengarah tidak berapa menggalakkan lawatan ke negeri Perak atas alasan situasi politik yang tidak menentu.
takut dicop pengundi hantu kot.
hehhehheh....

Read more...

hari isnin

>> Sunday, February 15, 2009


Selamat memulakan minggu ini dengan sama-sama meraikan sambutan Hari Alam Sekitar peringkat IPGM KamBa yang akan diadakan pada esok hari di dalam perhimpunan bulanan.

Langkah Kampus ini wajarlah disokong kerana ia bertepatan dengan apa yang telah kita pelajari dalam kelas dan ini merupakan salah satu dari pembelajaran yang berlaku diluar kelas. Diharapkan program-program begini dapat memberi impak kepada bakal-bakal guru yang juga pada satu masa akan datang akan menjadi sebahagian dari pengubal dasar-dasar negara. Nilai positif yang diterima oleh guru pelatih pada masa sekarang diharap dapat dipindahkan kepada anak murid selaku generasi muda yang bakal mencorak negara dan perjalanan dunia.

Disinillah kita bermula, setelah mendalami ilmu mengenai alam sekitar, pembangunan lestari malah lebih mendalam hingga ke Agenda 21 dan deklarasi oleh UNESCO mengenai Pendidikan Pembangunan Lestari. Ia kini bermula dalam diri kita, memilih untuk turut serta atau memilih untuk tidak ambil peduli.


Read more...

KARNIVAL PENDIDIKAN JASMANI

>> Saturday, February 14, 2009

Bertarikh 14 Februari 2009, Warga PISMP akan menyertai Karnival Pendidikan Jasmani bertempat di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.
warga PISMP yang terlibat adalah dari kumpulan PISMP OUM, PISMP IPGM semester 5, dan PISMP IPGM semester 3.
Semoga kita semua mendapat manfaat daripada karnival ilmu ini.

Read more...

Anda Prihatin?

>> Monday, February 9, 2009




aku perasaan yang sejak dua menjak di Institut Perguruan lain mereka telah memulakan penjenamaan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) lebih agresif lagi progresif berbanding tahun-tahun lepas.

Isu ini pernah diutara-selatakan di group frenster pelajar IPGM..mengenai langkah-langkah yang telah diambil oleh IP masing-masing. IP masing-masing telah ditukar nama secara lahiriah kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia mengikut Kampus. Malah langkah ini telah mendapat restu dari pihak atasan apabila DS Hishamuddin Tun Hussien telah merasmikan majlis sambutan Jubli Emas IPBMM, yang pada hari itu telah rasmi bergelar IPGM Kampus Bahasa Melayu.

Langkah itu kemudian diikuti oleh kebanyakan IP di tanah bertuah ini. Pemergian wira pendidikan iaitu Allahyarham Dato' Razali Ismail yang banyak berjasa dalam menaik taraf institut pendidikan guru dan profesion keguruan telah dirakamkan dalam bentuk penganugerahan nama Allahyarham kepada IP Kuala Terengganu dan SMK Bandar, KT. Penukaran nama ini sebagai bentuk penghargaan selain diharap dapat menjadi contoh di masa depan. IPKT telah ditukar nama kepada IPGM Kampus Dato' Razali Ismail dalam satu majlis yang dihadiri oleh pembesar-pembesar negara.

Dan sejak akhir-akhir ini, rakan-rakan dari IPGM lain telah bertanyakan mengenai nama baru IPBA serta singkatan yang digunakan. Beberapa IPGM telah menggunakan singkatan seperti KAMSIS, KPM, dan KAMDAR (betul ni, tak tipu). Jawapan yang diberikan oleh aku mengikut 'mood' kadang-kadang jawab IPGM BA, kadang-kadang jawab KAMBA (kampus bahasa antarabangsa), terlintas juga nak menggunakan ILC atau pun (international language campus) tapi dilihat tidak santun dalam berbahasa kerana IPGM itu satu akronim yang lahir dalam BM maka tidak wajar digunakan ILC yang berdiri dalam bahasa Inggeris.

Beberapa tahun dahulu, di laman sesawang KPM..terdapat satu iklan mengenai pertandingan mencipta logo IPGM. Bagaimanapun selepas beberapa musim berlalu mungkin pertandingan itu terabai begitu sahaja atau tidak mendapat perhatian pereka-pereka grafik. Timbul pula persoalan, logo lama nak buat ape?

Diceritakan juga yang IPGM ini akan menggunakan lagu yang sama, adakah lagu kebanggaan kita semua akan terhapus juga atau bergerak seiring dengan lagu baru ini. Tapi bagi sesebuah institusi biasanya akan menggunakan satu buah lagu sahaja sebagai lambang kesatuan.

Sebuah kampus induk sedang dibina di Nilai Enstek, Negeri Sembilan. Dikhabarkan kampus ini akan menjadi pusat kepada IPG serta menjadi kebanggaan kepada IPG sebagaimana gahnya berdiri UiTM Shah Alam yang menjadi mercu kecemerlangan kampus UiTM lain.

Dan sehingga IPBA masih belum membuat kenyataan rasmi ini, marilah kita memikirkan sesaat dua nama yang bersesuaian. Manalah tahu jika ia diterima oleh pentadbiran, anda boleh menjadi sebahagian dari sejarah IPBA.

p/s: aku terpikir macam mana kagum nanti, mesti confuse..macam-macam nama IPG pulak
dan macam-macam chanting dan sorakan untuk IPG masing-masing. KamBA..KamBA haha

Read more...

PPSMI

>> Monday, January 26, 2009


oleh: khazim, utusan

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

CENTRE OF EXCELLENT

  © Blogger template Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP