sedikit coretan
>> Tuesday, October 12, 2010
Salam,
Salam,
Ramadhan sudah melewati hari kedua, menunggu Maghrib bagi masuk waktu berbuka puasa dan juga masuk 3 Ramadhan.
Menikmati Ramadhan yang dilimpahi keberkatan. Menambahkan amalan yang sepatutnya.
Selamat menjalani ibadah, Ramadhan yang ke-lima di maktab. Mungkin bagi sesetengah inilah kenangan yang terindah.
Tahun depan, suasana baru, orang baru, perangai baru.
pada pagi ini, telah bermula audit MQA bagi akreditasi Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Pengajian Sosial) segala usaha yang telah dicurah. Harap ini, kami berserah kepadaNya.
Semoga semuanya berjalan lancar
Pada pagi tadi telah berlangsung, satu sambutan sempena persaraan Tn Hj Kamar B. Zainuddin iaitu Ketua Jabatan Kajian Sosial yang juga Pengurusi Kumpulan Latihan Malaysia (KLM) Persekutuan Pengakap Malaysia.
Pertama sekali, kami mahu memohon maaf kepada Tn Hj Kamar kerana tidak dapat menghadiri majlis persaraan beliau.
Kedua, kami memohon maaf kepada Cikgu atas salah-silap yang dilakukan kami sepanjang mengenali cikgu. Dari semester pertama di IPBA sampailah semester 11 sekarang.
Ketiga, kami mengucapkan selamat bersara kepada Cikgu. Jasa cikgu menjadi kenangan kami dan pesanan cikgu jadi panduan kepada kami.
Terima Kasih, Cikgu
© Blogger template Palm by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP