Ayuh Semua!
>> Thursday, January 8, 2009
siapkan dirimu, kita bergerak dalam satu suara, kita bawa bersama sepanduk..
kita bersatu menentang kezaliman yang nyata,
semoga ini akan memberi amaran kepada Israel dan sekutu,
sudah sampai masanya mereka berhenti dari terus membuli..
PUTRAJAYA 8 Jan. - Semua pelajar sekolah seluruh negara akan menyertai satu gerakan massa bertujuan menyemai kesedaran membenci keganasan Israel terhadap rakyat Palestin, kata Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Katanya gerakan besar-besaran itu turut membabitkan warga pendidik serta kakitangan kementerian yang akan dipimpin oleh beliau sendiri.
“Menerusi gerakan itu pelajar sekolah akan diberi pendedahan meluas bahawa keamanan, keadilan dan keadaan selesa negara ini pada bila-bila masa boleh dirampas pihak tertentu yang rakus dan tamak,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan perutusan Tahun Baru 2009 Kementerian Pelajaran di sini hari ini.
Hishammuddin berkata gerakan itu akan dilaksanakan secepat mungkin dan berharap semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan dan kementerian lain akan terlibat sama untuk menyatukan suara generasi muda agar ia dapat didengar di peringkat antarabangsa dengan lebih berkesan.
Gerakan massa itu dipersetujui oleh kabinet dalam mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam. - BERNAMA
2 comments:
HANCUR
HANCUR
HANCUR
ZIONIS !!!
Allahummansuril islam wal mujahiddeen fi falestin.
Allahummansuril islam wal
mujahiddeen fi gaza
Allahummansuril islam wal mujahiddeen fi qulli makan, fi qulli zaman...
kita bersatu di bawah satu syahadah
kita bersatu dibawah satu panji
kita bersatu dibawah satu misi
PALESTIN MERDEKA!
-sokongan terhadap pembebasan palestin seharusnya btrusan bkn brmusim-
Post a Comment