"Masalah adalah peluang untuk anda menyerlahkan kepada diri sendiri bagaimana kebolehan anda menyelesaikan masalah itu" -Allahyarham Datuk Razali Ismail, Wira IPGM-

Kembali Ke Sekolah

>> Sunday, January 31, 2010


Pejam celik, pejam celik, praktikum datang lagi !
hurmm, macam x sedar, kita kini dah berada di sem7, kita kini berada di fasa 3 praktikum dan fasa ini juga menjadi penentu kualiti yang ada pada kita selaku 'pioneer' PISMP atau batch pertama yg melaksanakan 3 kali praktikum.

Menjalani praktikum sebanyak 3 kali untuk satu tempoh yang lama mungkin sesuatu yang tidak menyeronokkan jika diukur dari sudut kewangan, namun pelaksanaan program sebegini banyak kebaikannya. Disamping menyediakan guru pelatih sekental-kentalnya dengan pelbagai cabaran, setidak-tidaknya ruang ke sekolah berstatus cikgu ini sedikit sebanyak mampu merehatkan minda kita yang sebenarnya sudah 'letih' dengan kuliah dan masa yang terlalu lama di kampus. Betul ke tak?

Secara peribadi, penulis sebenarnya lebih seronok memerah tenaga dan mengejar masa di sekolah daripada berpenat lelah di kampus. Sebab ape? Kerana di sekolah kita ada kanak-kanak. Melihat wajah murid-murid dalam kelas, hilang semua masalah. Berhabis duit untuk murid-murid pun rasa tak mengapa. Sebabnya setiap ucapan 'terima kasih' yang digerakkan oleh lidah murid-murid merupakan satu doa untuk gurunya. Bukankah doa murid utk guru adalah salah satu doa yang dimakbulkan ALLAH??? jadi, ikhlaskanlah diri untuk setiap apa yang kalian lakukan dalam bilik darjah nanti.

Untuk pengetahuan kalian yg memang sudah tahu, praktikum kali ini lebih ini lebih lama drpd biasa, lebih lama lebih mencabar.. tambah pulak sem ini mempertaruhkan bahasa inggeris sebagai matapelajaran elektif untuk diajar.

Memandangkan kita dah 3 kali melakukan praktikum dan 4 kali SBE, tidak ada sebab rasanya untuk kita menggunakan kaedah seperti gambar diatas.. hehehe.........

SELAMAT KE SEKOLAH KAWAN-KAWAN SEMUA !

Read more...

proposal kajian tindakan

>> Saturday, January 23, 2010

Jadual pembentangan proposal kajian tindakan dah di muat naik dalam yahoo e-group kita, sila lah muat turun sendiri..sebab aku buta I.T, tak reti nak letak jadual dalam format blog nih. lagi pun masing-masing ada jalurlebar sendiri dengar citer.

Shima, Amali, Mimi dan Hamzah akan membentangkan kertas kerja mereka pada 25.1.10 bersamaan hari Isnin dari jam 0800-1000.

Read more...

Senarai Semak Portfolio MQA

>> Friday, January 22, 2010

Salam semua ahli PISMP Year 4,

Kat bawah ni ada lampiran senarai semak untuk portfolio MQA
kepada yang ingin membuat semakan, boleh la ambil..Tq



BIL

Subjek

Catatan

1

Wajib : Titas

2

ELP 1

3

ELP 2

4

LB

5

NL

6

HE

7

SDP

8

Pengurusan koko

9

Koko permainan

10

11

Koko Pengakap 1

Koko Pengakap 2

Hantar buku log

12

Koko Olahraga

13

Koko Persatuan

14

BIG 1

15

BIG2

16

BIG3

17

BIG4

18

BIG5

19

BIG6

20

EDU: FPK

21

PKK

22

MAB

23

CM

24

TP

25

BDYA

26

BMK

27

SBE1

dah Hantar

28

SBE2

29

SBE3

dah Hantar

30

SBE4

dah Hantar

31

PRAC 1

32

PRAC2

33

MAJOR : PPS

34

SOSIOLOGI

35

PSN

36

GP

37

PPL

38

POLITIK

39

NILAI DAN ETIKA

40

MPPSSR

41

PENTAKSIRAN

42

SUMBER PNP

43

KAEDAH PNP

44

EKONOMI

45

KAJIAN TINDAKAN 1

46

ELEKTIF 1 (PJ) : PRGRKN ASAS

47

ANATOMI

48

KURIKULUM DAN PEDAGOGI PJ

49

PGRSN &PNTDBRN PJS

50

ELEKTIF 2 (BI) : ENG 4 undergrad

51

Principle of ELT

52

Eng 4 Lang Teachers

53

ELTM



Read more...

Ketua Baru

>> Tuesday, January 5, 2010

Salam,

di kala malam hari nih selepas meluangkan sedikit masa bagi sesi permainan tinju di X-box orang, saya selaku ahli kelas ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada barisan kepimpinan kelas yang terdahulu kerana telah berjaya menjalankan amanah dan tanggungjawab yang berat.

yang baik pasti berlalu, kiambang juga berbunga di muara, teratai layu di tasik madu. setelah melalui sesi lampas minda dan muzakarah diantara ahli kelas maka telah tersurat Encik Fickry telah dipilih menerajui tampuk kuasa yang ditinggalkan oleh penyadang sebelum ini iaitu Taufik. sungguh bangga di hati melihat perjalanan demokrasi terpimpin berjaya dilaksanakan tanpa rasuah politik dalam bentuk tender atau percutian percuma, mahupun ugutan mengancam jiwa.

bagi mengelakkan beliau dituduh bersifat autokratik dan memerintah secara zalim, beliau telah melantik saudari Thoiyibah selaku penolong beliau. diharapkan saudari Thoiyibbah dapat melakukan sesi check n balance terhadap ketua baru ini. terutama sekali akaun kelas.

segalanya telah bermula, diharapkan perjalanan sem ini dibawah kepimpinan Encik Fickry dan saudari Thoiyibah dapat melonjakan prestasi kelas ke peringkat optimum.

Cemerlang, Gemilang, Terbilang

Final Year..Here We Are!


p/s: sekadar gurauan jer bok. no offfence.

Read more...

bakal guru perlu sedia pikul beban tugas

>> Sunday, November 29, 2009

bakal guru perlu sedia pikul beban tugas lapor utusan malaysia,

dalam satu kenyataan pada majlis konvoksyen KPLI J-Qaf di Putrajaya, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia berkata bakal guru perlu sedia memikul beban tugas sebagai setiausaha PIBG dan pelbagai lagi tugasan yang diamanahkan kepada mereka oleh pihak sekolah.

aye-aye sir!

tidak kami harap karpet merah dibentang, jauh sekali pasport diplomatik buat bekal bercuti ke disneyland

kerjaya sebagai guru memang kami sedar tidak semudah disangka, dan kami di ipgm sedang memperlengkapkan diri bagai mengharungi cabaran bersama-sama mendidik dan memimpin anak watan.

profesion guru pasca millenium juga mencabar jika dilihat dari pelbagai aspek. pembinaan negara bangsa hanya berjaya dilakukan dengan satu sistem pendidikan yang terancang dan digerakkan oleh tenaga mahir yang komited dalam tugas mereka. dan inilah yang dipikul oleh pihak pentadbir IPGM dan dekan falkuti pendidikan dalam melahirkan guru generasi baru yang bukan sahaja meneruskan kesinambungan tetapi terus mencipta kegemilangan demi masa depan negara.

adios amigos. selamat bercuti. kepada mimi..tahniah, dan selamat menjalani kehidupan baru.

p/s: mat jack, tahniah sebab berjaya melontarkan pandangan dalam suara siswa. bukan senang nak cakap depan kamera live. well done.

Read more...

selamat bercuti

>> Thursday, November 19, 2009

Ditulis oleh : Mazlinda bt Adnan

Alhamdulillah.
Habis sudah sesi pembelajaran utk tahun 2009 ni.Dah 6 semester kita lalui,tinggal lg baki 2 semester utk dihabiskan thn dpn,insyaAllah.
Dikesempatan ni,nak diucapkan selamat bercuti kepada semua kawan2.Ambil la kesempatan masa cuti ni utk fikirkan tajuk kajian tindakan yg akan dijalankan pd praktikum semester dpn.Manfaatkan cuti ni baik2,jgn habiskan dgn benda2 x berfaedah.
Pd cuti ni jugak,ada seorg sahabat kita iaitu Nurul Shamimi bt Ismail yg bakal menamatkan zmn bujang beliau.Jadi,kpd sesiapa yg berkesempatan tu jemputlah utk sama2 meraikan hari bahagia beliau.

Selamat bercuti,selamat habis semester 6,selamat habis tahun 3.
Apa yg dah terjadi sepanjang tahun ni,kita ambil yg baik tu utk kita jadikan tauladan.Yg x baik tu kita tinggalkan,jadikan sempadan.

Selaku cik penolong ketua,aku secara peribadi nak mintak maaf terkasar bahasa,terlanjur bicara sepanjang aku berkhidmat(tiba2 buat mcm blog aku plak).
Peace,no war!

p/s:fikirkan skali calon ketua & pen.ketua utk sem dpn.. ;)


Read more...

Kuliah "Terakhir" Ustaz Nasarudin

>> Friday, November 6, 2009

Ditulis oleh : Taiebah Hj Sagir

Ustaz Nasarudin Bin Hussin (berkopiah) dan Puan Nor'aini Tahir (Penyelaras PISMP) pada hari terakhir kuliah beliau bersama kami. (klik gambar untuk saiz sebenar)

Sekali pandang, susuk fizikal jelas memperlihatkan peribadi seorang yang bergelar "ustaz". Namun jauh daripada itu, selain mengajar dan menyampaikan ilmu agama, di dadanya sarat dengan ilmu ekonomi. Tanya saja tentang isu semasa yang berkait dengan ekonomi, Bajet 2010, PTPTN, pola kemiskinan, DEB, K-ekonomi, KDNK dan sebagainya, pasti beliau ada jawapan dan hujjahnya.

Terlalu bersyukur sebenarnya apabila mendapat seorang yang bergelar ustaz yang datang ke IPBA sebagai pensyarah jemputan untuk memberi kuliah bagi subjek Pertumbuhan dan Perkembangan Ekonomi Malaysia untuk kelas kami. Untuk rekod, sepanjang 4 tahun setengah kami di IPBA, hanya kelas bersama Ustaz Nasarudin sahaja yang kami dapat istiqamah hadir pada waktu petang. Bagai ada perasaan bersalah yang teramat jika tertinggal satu sesi kuliah bersama beliau. Ditambah pula setiap kali kelas beliau, kami bukan sekadar mendapat ilmu dunia (ekonomi dan isu semasa), malah beliau turut membekalkan kepada kami ilmu akhirat. Sering sahaja dia memberitahu, "...ilmu yang saya sampaikan kepada pelajar ini akan menjadi hujjah apabila saya berhadapan dengan Allah S.W.T..."

Ustaz Nasarudin ketika memberikan kuliahnya.

Setelah dua bulan mengajar, kini tibalah kuliah terakhir kami bersama beliau. Tajuk pembelajaran pada hari tersebut ialah "Senario Kemiskinan di Malaysia". Ada rasa sedih yang berbuku dalam hati bila mengenangkan payahnya untuk bertemu lagi dengan seorang murabbi yang sangat dekat hatinya dengan pelajar-pelajarnya. Semoga ustaz tenang dan bahagia menghadapi hari-hari mendatang.

Pada permulaan kuliah hari tersebut (5/11/09), ustaz telah menyentuh serba sedikit mengenai Surah Ar-Rahman. Sebenarnya telah menjadi kelaziman kapada beliau membaca beberapa ayat permulaan surah ini apabila ingin memulakan kelas, kemudian disusuli pula dengan tazkirah ringkas sekitar 5-10 minit. Cuma, pada hari tersebut, beliau menjadikan surah ini sebagai isi tazkirahnya. Beliau memberitahu bahawa Surah Ar-Rahman adalah "surah pengantin" bagi Al-Quran. Dan ada beberapa lagi kupasan beliau mengenai surah ini yang saya tidak sempat tulis dalam buku (sebab khusyuk sangat mendengar lupa nk tulis..hehe.. )

Di akhir kuliah, seperti biasa juga, beliau mengambil masa 10 minit untuk memberi tazkirah penutup. Sempat beliau bercerita tentang kisah kewafatan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. yang baru beliau ketahui melalui video seorang ulama' di Tanah Arab di Youtube. Ketika hampir baginda wafat, baginda telah meminta untuk bersiwak. Disebabkan kayu siwak yang ingin digunakan itu masih keras, isterinya Saidatina Aisyah telah menggigit kayu tersebut bertujuan melembutkannya. Jadi air liur isterinya itu telah lekat pada kayu siwak ini. Tanpa membasuh, Nabi telah menggunakan kayu siwak tersebut. Oleh itu bercampurlah air liur isteri baginda dengan air liur Nabi sebelum baginda wafat. Selain itu, terdapat juga sesetengah sahabat yang apabila melihat nabi menghampiri saat kewafatannya, mereka telah berdoa kepada Allah agar dibutakan mata kerana mereka tidak sanggup lagi melihat dunia selepas wafatnya Nabi Muhammad S.A.W. Dan doa ni telah dimakbulkan Allah.

Dan ada dua pesanan terakhir Ustaz Nasarudin kepada kami:
  1. Jika pergi ke mana-mana, jadilah diri kamu sendiri, yakni menjadi muslim yang bertaqwa kepada Allah dan katakanlah " Aku tidak akan tukar hal dan nikmat dunia dengan nikmat syurga Allah".
  2. Jangan sesekali biarkan anak murid kamu meninggalkan kelas, sebelum kamu memberi mereka ilmu agama. Biarlah kamu mengajar Kajian Tempatan sekalipun, tapi pastikan selitkan sekali ilmu agama supaya ilmu ini dapat menjadi hujjah kamu apabila berhadapan dengan Allah kelak.
Semoga ada rezeki dan kesempatan lagi insyaAllah kami akan berjumpa lagi dengan ustaz di masa dan ketika yang lebih baik hendaknya... Semoga ustaz terus istiqamah menegakkan yang hak dan menentang yang bathil seperti yang ustaz lakukan sekarang. Jasa ustaz akan kami kenang sentiasa... : ) Syukran ya ustaz..

Read more...

Takziah untuk chouji

>> Monday, November 2, 2009

Salam takziah ingin saya sampaikan kepada saudara Hafizuddin Yahya (Chouji) pelajar B.Ed Tesl Cohot 4 VUW yang baru sahaja kehilangan bonda tercinta pada pukul 1 tengah hari tadi.

Semoga Chouji dapat mengharungi saat-saat ini dengan tabah.

Al-Fatihah.

Read more...

Takziah

>> Friday, October 30, 2009

Takziah diucapkan kepada salah seorang rakan PISMP 2 iaitu Nurul Shamimi Bt Ismail diatas pemergian ayahanda tersayang pada jam 9.30 pagi (30 oktober 2009 bersamaan 11 Zulkaedah 1430 H).


Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh ayahnya...
sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah....

Al-Fatihah...


Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

CENTRE OF EXCELLENT

  © Blogger template Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP