"Masalah adalah peluang untuk anda menyerlahkan kepada diri sendiri bagaimana kebolehan anda menyelesaikan masalah itu" -Allahyarham Datuk Razali Ismail, Wira IPGM-

SELAMAT HARI MERDEKA

>> Monday, August 31, 2009

DIRGAHAYU TANAH AIRKU

Kau...
Persada indah permai
Pepohon menghijau menghias pantai
Putera Puteri mu tersenyum riang ria
Tegas Bebas sejahtera makmur maju jaya
Dibawah naungan payung mahkota

Ohh...
Pertiwi ku perkasa
Disanjung di puja setiap masa
Berwaspada sentiasa bersemangat waja
Satu bangsa satu bahasa satu budaya
Malaysia nusaku tercinta


Tumpuan.. pelancong
Dan juga para peniaga
Batik songket tenunan menawan
Terkenal merata dunia

Kepada mu oh pertiwi
Kasih ku abadi
Sejati murni
Rela ku Berbakti mesti terkorban diri
Padamu ku curah sumpah setia dan janji
Dirgahayu oh Tanahairku




SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE -52

1 MALAYSIA


Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Read more...

GREAT PISMP The Great !

>> Thursday, August 6, 2009

Pasukan Bola Tampar lelaki kelas kami yg diberi nama GREAT PISMP telah berjaya menjulang kejuaraan sempena Minggu Keseniaan Islam 2009.
Walaupun dilanda kesibukan menjalani praktikum, GREAT PISMP berjaya mengenepikan cabaran 11 pasukan lain untuk menjulang kejuaraan. Cabaran getir pastinya ketika di peringkat Final. Great PISMP seakan hadir untuk sekadar menjadi naib juara namun Great PISMP membuktikan kualiti yang ada untuk menumpaskan pasukan MTCP Afganistan yang memang agak liat untuk ditundukkan. Perlawanan akhir berlangsung sengit dengan AFGANISTAN memenangi set pertama, namun GREAT PISMP bangkit untuk menggungguli set kedua dan kemudiaannya melawan habis-habisan untuk terus menutup saki baki saingan daripada pasukan dari Afghanistan itu.

TAHNIAH GREAT PISMP !

Read more...

Selsema Babi

>> Saturday, August 1, 2009

APA ITU SELSEMA KHINZIR ?

Selsema khinzir adalah penyakit pernafasan khinzir yang disebabkan oleh virus Influenza jenis ‘A’. Kebiasaannya virus selsema ini tidak menjangkiti manusia.Walaubagaimanapun jangkitan pada manusia boleh berlaku, dan kes-kes jangkitan dari manusia kepada manusia pernah dikesan pada masa lampau. Akan tetapi jangkitan tersebut adalah terhad dan tidak menjangkiti lebih dari tiga orang.

Pada bulan March 2009,terdapat laporan mengenai peningkatan kes-kes jangkitan yang baru, virus ‘strain’ Influenza A (H1N1) pada manusia di Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Kejadian jangkitan virus ini merebak dari haiwan kepada manusia dan dari manusia kepada manusia.Keadaan ini amat membimbangkan Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa, (WHO) tambahan dengan adanya potensi untuk penyakit ini menjadi wabak keseluruh dunia.Kejadian penyebaran virus yang merebak dari manusia kepada manusia masih lagi menjadi tanda tanya.

SEJARAH

Pada tahun 1976, wabak yang dikenalpasti sebagai H1N1 ini pernah menular di kalangan rekrut-rekrut askar Amerika di Kem Fort Dix, New Jersey selama sebulan dan mengakibatkan 1 kematian sahaja dan dilaporkan telah berhenti secara misteri.

BAGAIMANA IA MULA MENDAPAT PERHATIAN SERIUS ?

Ianya bermula dengan jangkitan ke atas khinzir dengan kadar jangkitan yang tinggi walaupun dengan kadar kematian yang rendah. Menurut laporan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit di Amerika (CDC), 12 orang telah dijangkiti penyakit ini antara Disember 2005 dan Februari 2009 dan di dalam kebanyakan kes, ia tidak melibatkan jangkitan terus antara khinzir dan manusia.

Punca lokasi dan spesis virus ini belum dapat dikenal pasti, namun dipercayai bermula sekitar September 2008 dan menular ke atas manusia untuk beberapa bulan lepas sebelum kes pertama dilaporkan ke atas dua orang kanak-kanak di San Diego dan Imperial County, California. Tanda-tanda awal wabak ini telah ditemui di Mexico City pada 18 Mac 2009 dan telah dikenalpasti sebagai virus baru H1N1.

BERAPAKAH JENIS VIRUS SELSEMA KHINZIR ?

Terdapat 4 virus Influenza jenis ‘A’ yang utama, yang di kenal pasti di dalam badan khinzir.Virus-virus tersebut adalah H1N1, H1N2, H3N1, H3N2.Bagaimanapun kebanyakan kejadian jangkitan penyakit influenza virus terbaru dari khinzir adalah dari jenis H1N1.

ADAKAH VIRUS SELSEMA KHINZIR INI BERJANGKIT ?

Ia telah terbukti bahawa virus Influenza A (H1N1) ialah penyakit yang boleh merebak dan ia telah merebak dari manusia kepada manusia.Buat masa kini masih tidak diketahui bagaimana mudah nya virus ini merebak dikalangan manusia.

APAKAH TANDA-TANDA SELSEMA KHINZIR ?

Tanda-tanda selsema khinzir pada manusia umumnya sama seperti selsema biasa termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit sendi, sakit kepala, kesejukan and keletihan.Ada juga laporan adanya tanda-tanda cirit- birit and muntah-muntah dikaitkan dengan selsema khinzir.Pada masa yang lalu penyakit yang tenat/ teruk (contohnya jangkitan paru-paru dan kegagalan penafasan) serta kematian telah dilaporkan berkaitan dengan penyakit selsema khinzir di kalangan manusia. Seperti jangkitan selsema bermusim, selsema khinzir boleh memburukan lagi keadaan penyakit kronik.

BAGAIMANA SELSEMA KHINZIR MEREBAK ?

Cara virus Influenza A (H1N1) merebak adalah sepertimana merebaknya wabak selsema bermusim.Virus selsema berjangkit dari seseorang kepada seseorang yang lain adalah melalui batuk atau bersin dari orang yang dijangkiti. Adakalanya seseorang boleh dijangkiti melalui sentuhan kepada sesuatu benda yang mempunyai virus selsema, dan kemudiannya menyentuh mulut atau hidung mereka.

BAGAIMANA SESEORANG YANG DIJANGKITI VIRUS SELSEMA KHINZIR BOLEH MENYEBARKAN KEPADA ORANG LAIN ?

Orang yang dijangkiti virus berkebolehan untuk menyebarkan virus tersebut kepada orang lain seawal dari hari pertama sebelum tanda-tanda penyakit bermula, sehinggalah hari ke 7 ataupun lebih setelah pulih.Ini bermakna seseorang masih boleh menyebarkan penyakit tersebut kepada orang lain samaada sebelum mengetahui dijangkiti ataupun selepas pulih dari penyakit tersebut.

APA PATUT DILAKUKAN UNTUK MENGHINDARI DARI DIJANGKITI SELSEMA ?

Terdapat berbagai kaedah yang disyorkan oleh pakar perubatan untuk mencegah H1N1 dari merebak. Antaranya ialah :

* Basuh tangan anda amalkan cara hidup yang sihat

* Dapatkan tidur yang secukupnya (tidur kadang2 tak cukup, kadang2 lebih)

* Mengamalkan gaya hidup yang aktif (hidup aktif..)

* Kendalikan stres secara betul (praktikum memang stress)

* Meminum air yang banyak dan mencukupi (bagus utk musim jerebu)

* Makan makanan yang berkhasiat. (ambil sayur, buah, vitamin)

* Cuba tidak menyentuhi permukaan–permukaan yang mungkin dicemari oleh virus selsema.

* Elakkan dari berhubung rapat dengan orang-orang yang sakit. (kurung kan mereka)

ADAKAH TERDAPAT UBAT-UBATAN UNTUK MERAWAT SELSEMA KHINZIR ?

Ya.Ubat yang disyorkan adalah Oseltamivir atau Zanamivir untuk merawat dan/atau menghalang dari mendapat jangkitan virus selsema khinzir ini.Ubat anti-viral ini boleh didapati di dalam bentuk pil, cecair atau “inhaler”, boleh melawan jangkitan selsema dengan menghalang virus daripada membiak di dalam badan.Jika anda telah pun dijangkiti virus tersebut, ubat anti-viral ini boleh mengurangkan simptom-simptom yang anda hadapi dan membolehkan diri anda pulih dengan lebih cepat.Ia juga boleh menghalang daripada mendapat komplikasi selsema yang lebih teruk.Untuk perawatan, ubatan anti-viral ini lebih berkesan jika diambil pada peringkat awal ataupun dalam tempoh dua hari simptom bermula.

BERAPA LAMAKAH SESEORANG YANG DIJANGKITI VIRUS BOLEH MENYEBARKAN VIRUS SELSEMA KEPADA ORANG LAIN ?

Seseorang yang dijangkiti virus selsema khinzir sepatutnya dianggap berkeupayaan untuk menyebarkan penyakit tersebut selagi mereka mempunyai tanda-tanda penyakit selsema sehinggalah 7 hari dari hari pertama penyakit bermula. Untuk golongan yang lebih muda terutama kanak-kanak, mereka berkeupayaan untuk menyebarkan virus bagi jangka masa yang lebih lama.

APAKAH PERMUKAAN-PERMUKAAN YANG BOLEH MENJADI PUNCA-PUNCA PENCEMARAN ?

Virus boleh disebarkan apabila seseorang itu menyentuh sesuatu yang dicemari oleh virus, dan kemudiannya menyentuh mata, hidung atau mulut mereka.Titisan cecair dari batuk ataupun bersin dari seseorang yang dijangkiti oleh virus akan tersebar melalui udara.Virus ini boleh juga disebarkan apabila seseorang menyentuh titisan tersebut yang jatuh di permukaan seperti meja dan sebagainya, dan kemudiannya menyentuh mata, mulut dan hidung sendiri sebelum membasuh tangan.

BERAPA LAMAKAH VIRUS TERSEBUT BOLEH HIDUP DILUAR BADAN MANUSIA ?

Adalah diketahui bahawa sesetengah virus dan bakteria boleh hidup dua jam atau lebih di atas permukaan seperti meja makan, tombol pintu, meja tulis and sebagainya.Oleh itu, basuhan tangan yang kerap boleh mengurangkan risiko daripada mendapat jangkitan dari sentuhan permukaan tersebut.

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MELINDUNGI DIRI DARI DIJANGKITI ?

Buat masa sekarang, tidak ada vaksin yang sesuai untuk melindungi dari jangkitan selsema khinzir.Penjagaan rutin harian sepertimana diamalkan untuk mengelak penyebaran virus yang boleh menyebabkan penyakit pernafasan seperti influenza dapat membantu menghalang penularan virus selsema khinzir.Ambilah langkah-langkah berikut untuk menjaga kesihatan anda:

* Tutup hidung dan mulut dengan tisu apabila batuk atau bersin

* Buangkan tisu tersebut selepas digunakan ke dalam tempat buang sampah

* Basuh tangan anda sekerap yang mungkin dengan sabun dan air yang bersih terutama selepas anda batuk atau bersin.Cecair pencuci tangan berasaskan alkohol juga berkesan

* Elak dari menyentuh mata, hidung atau mulut. Virus boleh merebak melalui cara ini.

* Cuba elak dari berhubung rapat dengan orang yang sakit

* Jika anda didapati menghidapi influenza (selsema) adalah disyorkan anda berehat di rumah dan hadkan hubungandengan orang lain untuk mengelak penularan penyakit.

APAKAH CARA YANG TERBAIK UNTUK MENGELAKAN PENYEBARAN VIRUS MELALUI BATUK ATAU BERSIN ?

Jika anda tidak sihat, hadkan perhubungan anda dengan orang lain sebanyak yang mungkin.Jangan hadir ke tempat kerja atau sekolah jika anda sakit.Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk dan bersin.Ini boleh menghalang orang sekeliling anda daripada dijangkiti.Buangkan tisu tersebut selepas digunakan ke dalam tempat buang sampah.Tutup hidung dan mulut jika anda tidak mempunyai tisu.Kemudian cuci tangan anda dan jadikan amalan ini setiap kali anda batuk atau bersin.

APAKAH TEKNIK-TEKNIK BASUHAN TANGAN YANG TERBAIK UNTUK MENGELAK DARI DIJANGKITI SELSEMA ?

Basuh tangan anda sekerap yang mungkin untuk membantu melindungi dari kuman.Basuh dengan sabun dan air yang bersih atau cuci dengan cecair pembersih tangan berasaskan alkohol.Disyorkan anda membasuh tangan selama 15 hingga 20 saat dengan sabun dan air suam.Jika tidak terdapat air dan sabun, pengelap tangan pakai buang berasaskan alkohol atau gel pembersih boleh diguna pakai.Barangan tersebut boleh didapati dikebanyakan pasaraya dan farmasi.Jika anda mengunakan gel, sapukan pada tangan anda dan gosok sehingga gel itu kering. Gel tidak memerlukan air.Kandungan alkohol di dalam gel tersebut boleh membunuh kuman di tangan anda.

APA PATUT DILAKUKAN APABILA JATUH SAKIT ?

Jika anda didapati terdedah kepada kes-kes selsema khinzir dan didapati anda mengalami gejala atau pun tanda-tanda penyakit influenza termasuk demam, sakit badan, hidung berair, sakit tekak, loya atau muntah atau cirit birit,silahubungidoktor anda terutama apabila anda bimbang tentang simptom-simpton yang anda hidapi.Doktor anda akan menentukan samaada ujian-ujian atau rawatan untuk influenza di perlukan atau tidak.

Jika anda sakit, anda dinasihatkan berehat di rumah dan elak dari berhubung dengan orang lain seboleh yang mungkin, untuk mengelakkan daripada penyebaran penyakit kepada orang lain.

Jika anda sakit dan mengalami tanda-tanda amaran seperti berikut, sila dapatkan rawatan kecemasan.

Bagi orang dewasa, tanda-tanda amaran kecemasan yang memerlukan perhatian perubatan yang segera adalah :

* Mengalami sesak nafas

* Sakit atau sempit/tekanan pada dada dan perut

* Pening yang mengejut

* Keliru

* Muntah yang teruk dan berterusan

Dikalangan kanak-kanak, antara tanda-tanda kecemasan yang memerlukan perhatian perubatan yang segera adalah :

* Pernafasan yang sukar atau mencungap

* Warna kulit kebiruan

* Tidak minum air yang secukupnya

* Letih atau tidak bertindak balas

* Meradang dan tidak suka dipegang

* Simptom seperti selsema berkurangan tetapi demam dan batuk bertambah teruk

* Demam dengan ruam

BAGAIMANA SERIUSNYA JANGKITAN SELSEMA KHINZIR ?

Seperti selsema bermusim, keterukan selsema khinzir dikalangan manusia adalah berbeza dari ringan ke peringkat yang paling serius. Sepertimana, baru-baru ini terdapat kes-kes kematian dari jangkitan selsema khinzir yang telah dilaporkan.

BOLEHKAN SELSEMA KHINZIR BERJANGKITDENGAN MEMAKAN ATAU MENYEDIAKAN HIDANGAN DARI DAGING KHINZIR? (untuk orang bukan islam)

Tidak.Virus selsema khinzir tidak disebarkan melalui makanan.Anda tidak boleh dijangkiti selsema khinzir dari memakan daging khinzir atau barangan hasil keluaran dari khinzir.Memakan daging khinzir yang di masak dengan sempurna adalah selamat. (haram, makan babi oi)

ADAKAH TERDAPAT VAKSIN UNTUK SELSEMA KHINZIR?

Hanya vaksin untuk khinzir bagi menghalang khinzir dari dijangkiti penyakit selsema boleh didapati.Buat masa sekarang, tidak terdapat vaksin untuk melindungi manusia dari dijangkiti selsema khinzir.Vaksin untuk influenza bermusim hanya memberi perlindungan yang separa terhadap virus selsema khinzir H3N2 dan tidak terhadap virus H1N1.

p/s: dapatkan rawatan di klinik dan hospital kerajaan jika mengalami simptom, kes kematian terbaru menunjukkan pesakit mendapatkan rawatan awal di klinik swasta dan diberitahu menghidapi demam biasa.

harta intelek : majalah sains.com (http://majalahsains.com/2009/07/selsema-khinzir-info-dan-pencegahan/)

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

CENTRE OF EXCELLENT

  © Blogger template Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP