"Masalah adalah peluang untuk anda menyerlahkan kepada diri sendiri bagaimana kebolehan anda menyelesaikan masalah itu" -Allahyarham Datuk Razali Ismail, Wira IPGM-

bakal guru perlu sedia pikul beban tugas

>> Sunday, November 29, 2009

bakal guru perlu sedia pikul beban tugas lapor utusan malaysia,

dalam satu kenyataan pada majlis konvoksyen KPLI J-Qaf di Putrajaya, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia berkata bakal guru perlu sedia memikul beban tugas sebagai setiausaha PIBG dan pelbagai lagi tugasan yang diamanahkan kepada mereka oleh pihak sekolah.

aye-aye sir!

tidak kami harap karpet merah dibentang, jauh sekali pasport diplomatik buat bekal bercuti ke disneyland

kerjaya sebagai guru memang kami sedar tidak semudah disangka, dan kami di ipgm sedang memperlengkapkan diri bagai mengharungi cabaran bersama-sama mendidik dan memimpin anak watan.

profesion guru pasca millenium juga mencabar jika dilihat dari pelbagai aspek. pembinaan negara bangsa hanya berjaya dilakukan dengan satu sistem pendidikan yang terancang dan digerakkan oleh tenaga mahir yang komited dalam tugas mereka. dan inilah yang dipikul oleh pihak pentadbir IPGM dan dekan falkuti pendidikan dalam melahirkan guru generasi baru yang bukan sahaja meneruskan kesinambungan tetapi terus mencipta kegemilangan demi masa depan negara.

adios amigos. selamat bercuti. kepada mimi..tahniah, dan selamat menjalani kehidupan baru.

p/s: mat jack, tahniah sebab berjaya melontarkan pandangan dalam suara siswa. bukan senang nak cakap depan kamera live. well done.

Read more...

selamat bercuti

>> Thursday, November 19, 2009

Ditulis oleh : Mazlinda bt Adnan

Alhamdulillah.
Habis sudah sesi pembelajaran utk tahun 2009 ni.Dah 6 semester kita lalui,tinggal lg baki 2 semester utk dihabiskan thn dpn,insyaAllah.
Dikesempatan ni,nak diucapkan selamat bercuti kepada semua kawan2.Ambil la kesempatan masa cuti ni utk fikirkan tajuk kajian tindakan yg akan dijalankan pd praktikum semester dpn.Manfaatkan cuti ni baik2,jgn habiskan dgn benda2 x berfaedah.
Pd cuti ni jugak,ada seorg sahabat kita iaitu Nurul Shamimi bt Ismail yg bakal menamatkan zmn bujang beliau.Jadi,kpd sesiapa yg berkesempatan tu jemputlah utk sama2 meraikan hari bahagia beliau.

Selamat bercuti,selamat habis semester 6,selamat habis tahun 3.
Apa yg dah terjadi sepanjang tahun ni,kita ambil yg baik tu utk kita jadikan tauladan.Yg x baik tu kita tinggalkan,jadikan sempadan.

Selaku cik penolong ketua,aku secara peribadi nak mintak maaf terkasar bahasa,terlanjur bicara sepanjang aku berkhidmat(tiba2 buat mcm blog aku plak).
Peace,no war!

p/s:fikirkan skali calon ketua & pen.ketua utk sem dpn.. ;)


Read more...

Kuliah "Terakhir" Ustaz Nasarudin

>> Friday, November 6, 2009

Ditulis oleh : Taiebah Hj Sagir

Ustaz Nasarudin Bin Hussin (berkopiah) dan Puan Nor'aini Tahir (Penyelaras PISMP) pada hari terakhir kuliah beliau bersama kami. (klik gambar untuk saiz sebenar)

Sekali pandang, susuk fizikal jelas memperlihatkan peribadi seorang yang bergelar "ustaz". Namun jauh daripada itu, selain mengajar dan menyampaikan ilmu agama, di dadanya sarat dengan ilmu ekonomi. Tanya saja tentang isu semasa yang berkait dengan ekonomi, Bajet 2010, PTPTN, pola kemiskinan, DEB, K-ekonomi, KDNK dan sebagainya, pasti beliau ada jawapan dan hujjahnya.

Terlalu bersyukur sebenarnya apabila mendapat seorang yang bergelar ustaz yang datang ke IPBA sebagai pensyarah jemputan untuk memberi kuliah bagi subjek Pertumbuhan dan Perkembangan Ekonomi Malaysia untuk kelas kami. Untuk rekod, sepanjang 4 tahun setengah kami di IPBA, hanya kelas bersama Ustaz Nasarudin sahaja yang kami dapat istiqamah hadir pada waktu petang. Bagai ada perasaan bersalah yang teramat jika tertinggal satu sesi kuliah bersama beliau. Ditambah pula setiap kali kelas beliau, kami bukan sekadar mendapat ilmu dunia (ekonomi dan isu semasa), malah beliau turut membekalkan kepada kami ilmu akhirat. Sering sahaja dia memberitahu, "...ilmu yang saya sampaikan kepada pelajar ini akan menjadi hujjah apabila saya berhadapan dengan Allah S.W.T..."

Ustaz Nasarudin ketika memberikan kuliahnya.

Setelah dua bulan mengajar, kini tibalah kuliah terakhir kami bersama beliau. Tajuk pembelajaran pada hari tersebut ialah "Senario Kemiskinan di Malaysia". Ada rasa sedih yang berbuku dalam hati bila mengenangkan payahnya untuk bertemu lagi dengan seorang murabbi yang sangat dekat hatinya dengan pelajar-pelajarnya. Semoga ustaz tenang dan bahagia menghadapi hari-hari mendatang.

Pada permulaan kuliah hari tersebut (5/11/09), ustaz telah menyentuh serba sedikit mengenai Surah Ar-Rahman. Sebenarnya telah menjadi kelaziman kapada beliau membaca beberapa ayat permulaan surah ini apabila ingin memulakan kelas, kemudian disusuli pula dengan tazkirah ringkas sekitar 5-10 minit. Cuma, pada hari tersebut, beliau menjadikan surah ini sebagai isi tazkirahnya. Beliau memberitahu bahawa Surah Ar-Rahman adalah "surah pengantin" bagi Al-Quran. Dan ada beberapa lagi kupasan beliau mengenai surah ini yang saya tidak sempat tulis dalam buku (sebab khusyuk sangat mendengar lupa nk tulis..hehe.. )

Di akhir kuliah, seperti biasa juga, beliau mengambil masa 10 minit untuk memberi tazkirah penutup. Sempat beliau bercerita tentang kisah kewafatan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. yang baru beliau ketahui melalui video seorang ulama' di Tanah Arab di Youtube. Ketika hampir baginda wafat, baginda telah meminta untuk bersiwak. Disebabkan kayu siwak yang ingin digunakan itu masih keras, isterinya Saidatina Aisyah telah menggigit kayu tersebut bertujuan melembutkannya. Jadi air liur isterinya itu telah lekat pada kayu siwak ini. Tanpa membasuh, Nabi telah menggunakan kayu siwak tersebut. Oleh itu bercampurlah air liur isteri baginda dengan air liur Nabi sebelum baginda wafat. Selain itu, terdapat juga sesetengah sahabat yang apabila melihat nabi menghampiri saat kewafatannya, mereka telah berdoa kepada Allah agar dibutakan mata kerana mereka tidak sanggup lagi melihat dunia selepas wafatnya Nabi Muhammad S.A.W. Dan doa ni telah dimakbulkan Allah.

Dan ada dua pesanan terakhir Ustaz Nasarudin kepada kami:
  1. Jika pergi ke mana-mana, jadilah diri kamu sendiri, yakni menjadi muslim yang bertaqwa kepada Allah dan katakanlah " Aku tidak akan tukar hal dan nikmat dunia dengan nikmat syurga Allah".
  2. Jangan sesekali biarkan anak murid kamu meninggalkan kelas, sebelum kamu memberi mereka ilmu agama. Biarlah kamu mengajar Kajian Tempatan sekalipun, tapi pastikan selitkan sekali ilmu agama supaya ilmu ini dapat menjadi hujjah kamu apabila berhadapan dengan Allah kelak.
Semoga ada rezeki dan kesempatan lagi insyaAllah kami akan berjumpa lagi dengan ustaz di masa dan ketika yang lebih baik hendaknya... Semoga ustaz terus istiqamah menegakkan yang hak dan menentang yang bathil seperti yang ustaz lakukan sekarang. Jasa ustaz akan kami kenang sentiasa... : ) Syukran ya ustaz..

Read more...

Takziah untuk chouji

>> Monday, November 2, 2009

Salam takziah ingin saya sampaikan kepada saudara Hafizuddin Yahya (Chouji) pelajar B.Ed Tesl Cohot 4 VUW yang baru sahaja kehilangan bonda tercinta pada pukul 1 tengah hari tadi.

Semoga Chouji dapat mengharungi saat-saat ini dengan tabah.

Al-Fatihah.

Read more...

Takziah

>> Friday, October 30, 2009

Takziah diucapkan kepada salah seorang rakan PISMP 2 iaitu Nurul Shamimi Bt Ismail diatas pemergian ayahanda tersayang pada jam 9.30 pagi (30 oktober 2009 bersamaan 11 Zulkaedah 1430 H).


Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas roh ayahnya...
sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah....

Al-Fatihah...


Read more...

Percutian

>> Monday, October 26, 2009

Warga PISMP2 seramai 12 orang jejaka hensem dan 8 orang gadis cantik telah ke Kuala Selangor selama 3 hari untuk kajian@percutian projek Gerko Kelab Alam Sekitar dibawah kelolaan Encik Julaili.
Rombongan kali ini amat berbeza dengan kerja2 lapangan PISMP2 sebelum ini. Hal ini adalah kerana rombongan kali ini lebih berbentuk 'naturalis' kerana objektif utamanya ialah untuk membentuk perasaan kasih dan sayang terhadap alam sekitar dalam kalangan guru pelatih. Selain itu, percutian kali ini juga amat istimewa kerana kami ditempatkan di hotel "4.5 bintang" termasuk kelengkapan2 seperti tv, bilik air, dan tuala...
Lawatan 3 hari 2 malam ini juga adalah bertujuan untuk melepaskan tekanan kerja yang semakin memuncak menjelang fasa2 akhir pengajian kami ini.
Alhamdulillah, semuanya dah selesai, fokus kini akan beralih kepada peperiksaan yang akan menjelang tidak lama lagi...
sekian


Gambar-gambar sekitar percutian kami...














Read more...

Takziah

>> Friday, October 16, 2009

Warga pismp cohort 2 ipba ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Pn Lee Wan Choo yang telah meninggal pada hari semalam setelah menderita penyakit kanser. Mendiang telah mengajar kelas pismp cohort 2 ini sejak dari awal PPISMP lagi untuk subjek TMK. Tahun lepas, mendiang sempat mengajar sebahagian daripada topik dalam subjek Teknologi Pendidikan.
Jasa dan didikan mendiang dalam mendidik bakal guru Malaysia adalah amat dihargai.

Kami juga ingin menyampaikan ucapan takziah kepada saudari Fadila Fatin, pelajar Tesl Cohort 1 Cycle 3 yang pada beberapa hari lalu telah kehilangan kakak beliau dalam satu kemalangan maut di Tamil Nadu, India. Mangsa merupakan pelajar perubatan Malaysia di sebuah kolej perubatan disana. Al-Fatihah. Semoga saudari dan keluarga tabah dalam mengharungi dugaan ini.

Read more...

Salam Aidilfitri...

>> Friday, September 25, 2009

Warga PISMP 2 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan samada di IPBA, atau dimana-mana sahaja, pensyarah2 dan semua yang mengenali kami...

Kami mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan yang pernah dilakukan termasuklah terkasar bahasa dan terkhilaf bicara dan pebuatan yang telah menyinggung mana-mana pihak...
Semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu Rahmat dan keberkatan...


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

P/S : Maaf pos agak lmbt...
Kepada yang bakal balik ke IPBA semula, saya mendoakan semoga kalian semua selamat sampai...
Jaga diri baik-baik dan kepada yang memandu atau menunggang motorsikal, bawa kenderaan elok2...

JUMPA LAGI

Read more...

Berbuka Puasa di KFC Jln Universiti

>> Wednesday, September 16, 2009


MAJLIS IFTAR PISMP2

Tarikh : 15 September 2009
Tempat : KFC Jalan Universiti Malaya
Masa : Maghrib laa.

Warga PISMP Cohort 2 @ dikenali juga dengan nama PISMP sem 6 @ PISMP IPGM 1st batch, telah mengadakan majlis berbuka puasa KFC. KFC tuuu..
Majlis ini dirancang secara las minip oleh beberapa ahli PISMP2 setelah rancangan asal untuk menikmati iftar 'sponsor' di IPBA terpaksa dibatalkan kerana 'sponsor' lari ntah kemana.

Majlis kali ini agak special sebenarnya, bukan kerana ianya KFC ! tp kerana majlis bertarikh 15 September 09 ini berjaya menghimpunkan KESEMUA 20 orang warga PISMP2 buat pertama kali dalam sejarah kerana sebelum ini bila ada majlis macam ni, ada aje sorang dua yg ter'miss'.
Tahniah buat encik ketua kelas, Mr Topek yg berwibawa bersama timbalannya Cik Line yg berdedikasi dan juga perancang-perancang utama komplot berbuka puasa ini...

JUMPE LAGI DI MAJLIS AIDILFITRI !!!




Read more...

1Malaysia

>> Saturday, September 12, 2009

Sekadar entri kosong, mungkin tiada pengisian, sekadar ingin mengulang kembali apa yang telah lama kita ketahui.

Biar dilihat kosong, biar dikatakan lempung tetapi yang baik memang harus diulang dan terus diulang.

Kita imbas kembaliImbang Penuh sejarah perjuangan lampau, nasionalisme atau semangat kebangsaan telah meresap dan membangunkan jiwa bangsa dari terlena dan sedar bahawa tanah ini, tanggungjawab mereka. Lantas mereka bangkit, ya mereka bangkit sama ada dengan pena, suara malah juga senjata. Perjuangan lampau seperti mat kilau, tok gajah, tok janggut, rentap dan abdul rahman limbung dijadikan semangat dan panduan dalam berjuang.

Siapakah yang telah meniupkan semangat kebangsaan kepada anak bangsa?

Jawabnya tidak lain tidak golongan yang bergelar pendidik. Pendidik tidak kira lepasan sekolah melayu, pondok atau maktab. mereka inilah yang mempelopori gerakan memperjuangkan kebebasan dan kemerdekaan disini. Nama seperti Ibrahim Hj Yaacob, Tun Ghaffar Baba, Khir Johari dan beribu lagi nama yang mungkin tak dapat dicatat disini merupakan golongan guru yang telah terlibat dalam perjuangan ini.

Selepas merdeka, dapat dilihat peranan guru ialah bagi menyediakan murid-murid untuk bersedia membangunkan negara. sekali lagi golongan ini menjalankan tanggungjawab dengan sedaya upaya kerana faham peri pentingnya anak-anak merdeka diisi dengan pendidikan. Ini kerana dengan pendidikan sahaja lah, pembinaan negara bangsa dapat dijayakan.

Hari ini, mampukah generasi baru guru mengisi kemerdekaan yang telah dirintis oleh pejuang terdahulu. Kemerdekaan adalah satu tanggungjawab yang telah diwariskan kepada kita, ia bukan lesen untuk bersenang-lenang tetapi penuh dengan cabaran dan harapan yang perlu diisi. Wancana kemerdekaan untuk guru bukan sekadar menyediakan sambutan dan mengibar bendera. Tetapi memenuhi hasrat negara dalam merealisasikan wawasan negara.

Salam Ramadhan, Salam Kemerdekaan

Read more...

SELAMAT HARI MERDEKA

>> Monday, August 31, 2009

DIRGAHAYU TANAH AIRKU

Kau...
Persada indah permai
Pepohon menghijau menghias pantai
Putera Puteri mu tersenyum riang ria
Tegas Bebas sejahtera makmur maju jaya
Dibawah naungan payung mahkota

Ohh...
Pertiwi ku perkasa
Disanjung di puja setiap masa
Berwaspada sentiasa bersemangat waja
Satu bangsa satu bahasa satu budaya
Malaysia nusaku tercinta


Tumpuan.. pelancong
Dan juga para peniaga
Batik songket tenunan menawan
Terkenal merata dunia

Kepada mu oh pertiwi
Kasih ku abadi
Sejati murni
Rela ku Berbakti mesti terkorban diri
Padamu ku curah sumpah setia dan janji
Dirgahayu oh Tanahairku




SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE -52

1 MALAYSIA


Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Read more...

GREAT PISMP The Great !

>> Thursday, August 6, 2009

Pasukan Bola Tampar lelaki kelas kami yg diberi nama GREAT PISMP telah berjaya menjulang kejuaraan sempena Minggu Keseniaan Islam 2009.
Walaupun dilanda kesibukan menjalani praktikum, GREAT PISMP berjaya mengenepikan cabaran 11 pasukan lain untuk menjulang kejuaraan. Cabaran getir pastinya ketika di peringkat Final. Great PISMP seakan hadir untuk sekadar menjadi naib juara namun Great PISMP membuktikan kualiti yang ada untuk menumpaskan pasukan MTCP Afganistan yang memang agak liat untuk ditundukkan. Perlawanan akhir berlangsung sengit dengan AFGANISTAN memenangi set pertama, namun GREAT PISMP bangkit untuk menggungguli set kedua dan kemudiaannya melawan habis-habisan untuk terus menutup saki baki saingan daripada pasukan dari Afghanistan itu.

TAHNIAH GREAT PISMP !

Read more...

Selsema Babi

>> Saturday, August 1, 2009

APA ITU SELSEMA KHINZIR ?

Selsema khinzir adalah penyakit pernafasan khinzir yang disebabkan oleh virus Influenza jenis ‘A’. Kebiasaannya virus selsema ini tidak menjangkiti manusia.Walaubagaimanapun jangkitan pada manusia boleh berlaku, dan kes-kes jangkitan dari manusia kepada manusia pernah dikesan pada masa lampau. Akan tetapi jangkitan tersebut adalah terhad dan tidak menjangkiti lebih dari tiga orang.

Pada bulan March 2009,terdapat laporan mengenai peningkatan kes-kes jangkitan yang baru, virus ‘strain’ Influenza A (H1N1) pada manusia di Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Kejadian jangkitan virus ini merebak dari haiwan kepada manusia dan dari manusia kepada manusia.Keadaan ini amat membimbangkan Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa, (WHO) tambahan dengan adanya potensi untuk penyakit ini menjadi wabak keseluruh dunia.Kejadian penyebaran virus yang merebak dari manusia kepada manusia masih lagi menjadi tanda tanya.

SEJARAH

Pada tahun 1976, wabak yang dikenalpasti sebagai H1N1 ini pernah menular di kalangan rekrut-rekrut askar Amerika di Kem Fort Dix, New Jersey selama sebulan dan mengakibatkan 1 kematian sahaja dan dilaporkan telah berhenti secara misteri.

BAGAIMANA IA MULA MENDAPAT PERHATIAN SERIUS ?

Ianya bermula dengan jangkitan ke atas khinzir dengan kadar jangkitan yang tinggi walaupun dengan kadar kematian yang rendah. Menurut laporan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit di Amerika (CDC), 12 orang telah dijangkiti penyakit ini antara Disember 2005 dan Februari 2009 dan di dalam kebanyakan kes, ia tidak melibatkan jangkitan terus antara khinzir dan manusia.

Punca lokasi dan spesis virus ini belum dapat dikenal pasti, namun dipercayai bermula sekitar September 2008 dan menular ke atas manusia untuk beberapa bulan lepas sebelum kes pertama dilaporkan ke atas dua orang kanak-kanak di San Diego dan Imperial County, California. Tanda-tanda awal wabak ini telah ditemui di Mexico City pada 18 Mac 2009 dan telah dikenalpasti sebagai virus baru H1N1.

BERAPAKAH JENIS VIRUS SELSEMA KHINZIR ?

Terdapat 4 virus Influenza jenis ‘A’ yang utama, yang di kenal pasti di dalam badan khinzir.Virus-virus tersebut adalah H1N1, H1N2, H3N1, H3N2.Bagaimanapun kebanyakan kejadian jangkitan penyakit influenza virus terbaru dari khinzir adalah dari jenis H1N1.

ADAKAH VIRUS SELSEMA KHINZIR INI BERJANGKIT ?

Ia telah terbukti bahawa virus Influenza A (H1N1) ialah penyakit yang boleh merebak dan ia telah merebak dari manusia kepada manusia.Buat masa kini masih tidak diketahui bagaimana mudah nya virus ini merebak dikalangan manusia.

APAKAH TANDA-TANDA SELSEMA KHINZIR ?

Tanda-tanda selsema khinzir pada manusia umumnya sama seperti selsema biasa termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit sendi, sakit kepala, kesejukan and keletihan.Ada juga laporan adanya tanda-tanda cirit- birit and muntah-muntah dikaitkan dengan selsema khinzir.Pada masa yang lalu penyakit yang tenat/ teruk (contohnya jangkitan paru-paru dan kegagalan penafasan) serta kematian telah dilaporkan berkaitan dengan penyakit selsema khinzir di kalangan manusia. Seperti jangkitan selsema bermusim, selsema khinzir boleh memburukan lagi keadaan penyakit kronik.

BAGAIMANA SELSEMA KHINZIR MEREBAK ?

Cara virus Influenza A (H1N1) merebak adalah sepertimana merebaknya wabak selsema bermusim.Virus selsema berjangkit dari seseorang kepada seseorang yang lain adalah melalui batuk atau bersin dari orang yang dijangkiti. Adakalanya seseorang boleh dijangkiti melalui sentuhan kepada sesuatu benda yang mempunyai virus selsema, dan kemudiannya menyentuh mulut atau hidung mereka.

BAGAIMANA SESEORANG YANG DIJANGKITI VIRUS SELSEMA KHINZIR BOLEH MENYEBARKAN KEPADA ORANG LAIN ?

Orang yang dijangkiti virus berkebolehan untuk menyebarkan virus tersebut kepada orang lain seawal dari hari pertama sebelum tanda-tanda penyakit bermula, sehinggalah hari ke 7 ataupun lebih setelah pulih.Ini bermakna seseorang masih boleh menyebarkan penyakit tersebut kepada orang lain samaada sebelum mengetahui dijangkiti ataupun selepas pulih dari penyakit tersebut.

APA PATUT DILAKUKAN UNTUK MENGHINDARI DARI DIJANGKITI SELSEMA ?

Terdapat berbagai kaedah yang disyorkan oleh pakar perubatan untuk mencegah H1N1 dari merebak. Antaranya ialah :

* Basuh tangan anda amalkan cara hidup yang sihat

* Dapatkan tidur yang secukupnya (tidur kadang2 tak cukup, kadang2 lebih)

* Mengamalkan gaya hidup yang aktif (hidup aktif..)

* Kendalikan stres secara betul (praktikum memang stress)

* Meminum air yang banyak dan mencukupi (bagus utk musim jerebu)

* Makan makanan yang berkhasiat. (ambil sayur, buah, vitamin)

* Cuba tidak menyentuhi permukaan–permukaan yang mungkin dicemari oleh virus selsema.

* Elakkan dari berhubung rapat dengan orang-orang yang sakit. (kurung kan mereka)

ADAKAH TERDAPAT UBAT-UBATAN UNTUK MERAWAT SELSEMA KHINZIR ?

Ya.Ubat yang disyorkan adalah Oseltamivir atau Zanamivir untuk merawat dan/atau menghalang dari mendapat jangkitan virus selsema khinzir ini.Ubat anti-viral ini boleh didapati di dalam bentuk pil, cecair atau “inhaler”, boleh melawan jangkitan selsema dengan menghalang virus daripada membiak di dalam badan.Jika anda telah pun dijangkiti virus tersebut, ubat anti-viral ini boleh mengurangkan simptom-simptom yang anda hadapi dan membolehkan diri anda pulih dengan lebih cepat.Ia juga boleh menghalang daripada mendapat komplikasi selsema yang lebih teruk.Untuk perawatan, ubatan anti-viral ini lebih berkesan jika diambil pada peringkat awal ataupun dalam tempoh dua hari simptom bermula.

BERAPA LAMAKAH SESEORANG YANG DIJANGKITI VIRUS BOLEH MENYEBARKAN VIRUS SELSEMA KEPADA ORANG LAIN ?

Seseorang yang dijangkiti virus selsema khinzir sepatutnya dianggap berkeupayaan untuk menyebarkan penyakit tersebut selagi mereka mempunyai tanda-tanda penyakit selsema sehinggalah 7 hari dari hari pertama penyakit bermula. Untuk golongan yang lebih muda terutama kanak-kanak, mereka berkeupayaan untuk menyebarkan virus bagi jangka masa yang lebih lama.

APAKAH PERMUKAAN-PERMUKAAN YANG BOLEH MENJADI PUNCA-PUNCA PENCEMARAN ?

Virus boleh disebarkan apabila seseorang itu menyentuh sesuatu yang dicemari oleh virus, dan kemudiannya menyentuh mata, hidung atau mulut mereka.Titisan cecair dari batuk ataupun bersin dari seseorang yang dijangkiti oleh virus akan tersebar melalui udara.Virus ini boleh juga disebarkan apabila seseorang menyentuh titisan tersebut yang jatuh di permukaan seperti meja dan sebagainya, dan kemudiannya menyentuh mata, mulut dan hidung sendiri sebelum membasuh tangan.

BERAPA LAMAKAH VIRUS TERSEBUT BOLEH HIDUP DILUAR BADAN MANUSIA ?

Adalah diketahui bahawa sesetengah virus dan bakteria boleh hidup dua jam atau lebih di atas permukaan seperti meja makan, tombol pintu, meja tulis and sebagainya.Oleh itu, basuhan tangan yang kerap boleh mengurangkan risiko daripada mendapat jangkitan dari sentuhan permukaan tersebut.

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MELINDUNGI DIRI DARI DIJANGKITI ?

Buat masa sekarang, tidak ada vaksin yang sesuai untuk melindungi dari jangkitan selsema khinzir.Penjagaan rutin harian sepertimana diamalkan untuk mengelak penyebaran virus yang boleh menyebabkan penyakit pernafasan seperti influenza dapat membantu menghalang penularan virus selsema khinzir.Ambilah langkah-langkah berikut untuk menjaga kesihatan anda:

* Tutup hidung dan mulut dengan tisu apabila batuk atau bersin

* Buangkan tisu tersebut selepas digunakan ke dalam tempat buang sampah

* Basuh tangan anda sekerap yang mungkin dengan sabun dan air yang bersih terutama selepas anda batuk atau bersin.Cecair pencuci tangan berasaskan alkohol juga berkesan

* Elak dari menyentuh mata, hidung atau mulut. Virus boleh merebak melalui cara ini.

* Cuba elak dari berhubung rapat dengan orang yang sakit

* Jika anda didapati menghidapi influenza (selsema) adalah disyorkan anda berehat di rumah dan hadkan hubungandengan orang lain untuk mengelak penularan penyakit.

APAKAH CARA YANG TERBAIK UNTUK MENGELAKAN PENYEBARAN VIRUS MELALUI BATUK ATAU BERSIN ?

Jika anda tidak sihat, hadkan perhubungan anda dengan orang lain sebanyak yang mungkin.Jangan hadir ke tempat kerja atau sekolah jika anda sakit.Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk dan bersin.Ini boleh menghalang orang sekeliling anda daripada dijangkiti.Buangkan tisu tersebut selepas digunakan ke dalam tempat buang sampah.Tutup hidung dan mulut jika anda tidak mempunyai tisu.Kemudian cuci tangan anda dan jadikan amalan ini setiap kali anda batuk atau bersin.

APAKAH TEKNIK-TEKNIK BASUHAN TANGAN YANG TERBAIK UNTUK MENGELAK DARI DIJANGKITI SELSEMA ?

Basuh tangan anda sekerap yang mungkin untuk membantu melindungi dari kuman.Basuh dengan sabun dan air yang bersih atau cuci dengan cecair pembersih tangan berasaskan alkohol.Disyorkan anda membasuh tangan selama 15 hingga 20 saat dengan sabun dan air suam.Jika tidak terdapat air dan sabun, pengelap tangan pakai buang berasaskan alkohol atau gel pembersih boleh diguna pakai.Barangan tersebut boleh didapati dikebanyakan pasaraya dan farmasi.Jika anda mengunakan gel, sapukan pada tangan anda dan gosok sehingga gel itu kering. Gel tidak memerlukan air.Kandungan alkohol di dalam gel tersebut boleh membunuh kuman di tangan anda.

APA PATUT DILAKUKAN APABILA JATUH SAKIT ?

Jika anda didapati terdedah kepada kes-kes selsema khinzir dan didapati anda mengalami gejala atau pun tanda-tanda penyakit influenza termasuk demam, sakit badan, hidung berair, sakit tekak, loya atau muntah atau cirit birit,silahubungidoktor anda terutama apabila anda bimbang tentang simptom-simpton yang anda hidapi.Doktor anda akan menentukan samaada ujian-ujian atau rawatan untuk influenza di perlukan atau tidak.

Jika anda sakit, anda dinasihatkan berehat di rumah dan elak dari berhubung dengan orang lain seboleh yang mungkin, untuk mengelakkan daripada penyebaran penyakit kepada orang lain.

Jika anda sakit dan mengalami tanda-tanda amaran seperti berikut, sila dapatkan rawatan kecemasan.

Bagi orang dewasa, tanda-tanda amaran kecemasan yang memerlukan perhatian perubatan yang segera adalah :

* Mengalami sesak nafas

* Sakit atau sempit/tekanan pada dada dan perut

* Pening yang mengejut

* Keliru

* Muntah yang teruk dan berterusan

Dikalangan kanak-kanak, antara tanda-tanda kecemasan yang memerlukan perhatian perubatan yang segera adalah :

* Pernafasan yang sukar atau mencungap

* Warna kulit kebiruan

* Tidak minum air yang secukupnya

* Letih atau tidak bertindak balas

* Meradang dan tidak suka dipegang

* Simptom seperti selsema berkurangan tetapi demam dan batuk bertambah teruk

* Demam dengan ruam

BAGAIMANA SERIUSNYA JANGKITAN SELSEMA KHINZIR ?

Seperti selsema bermusim, keterukan selsema khinzir dikalangan manusia adalah berbeza dari ringan ke peringkat yang paling serius. Sepertimana, baru-baru ini terdapat kes-kes kematian dari jangkitan selsema khinzir yang telah dilaporkan.

BOLEHKAN SELSEMA KHINZIR BERJANGKITDENGAN MEMAKAN ATAU MENYEDIAKAN HIDANGAN DARI DAGING KHINZIR? (untuk orang bukan islam)

Tidak.Virus selsema khinzir tidak disebarkan melalui makanan.Anda tidak boleh dijangkiti selsema khinzir dari memakan daging khinzir atau barangan hasil keluaran dari khinzir.Memakan daging khinzir yang di masak dengan sempurna adalah selamat. (haram, makan babi oi)

ADAKAH TERDAPAT VAKSIN UNTUK SELSEMA KHINZIR?

Hanya vaksin untuk khinzir bagi menghalang khinzir dari dijangkiti penyakit selsema boleh didapati.Buat masa sekarang, tidak terdapat vaksin untuk melindungi manusia dari dijangkiti selsema khinzir.Vaksin untuk influenza bermusim hanya memberi perlindungan yang separa terhadap virus selsema khinzir H3N2 dan tidak terhadap virus H1N1.

p/s: dapatkan rawatan di klinik dan hospital kerajaan jika mengalami simptom, kes kematian terbaru menunjukkan pesakit mendapatkan rawatan awal di klinik swasta dan diberitahu menghidapi demam biasa.

harta intelek : majalah sains.com (http://majalahsains.com/2009/07/selsema-khinzir-info-dan-pencegahan/)

Read more...

Hari PISMP 2

>> Saturday, July 4, 2009

Julai datang lagi...( a la tora datang lagi)

bulan Julai iaitu bulan ke tujuh dalam kalendar setiap tahun merupakan antara tarikh yang istimewa bagi penuntut-penuntut IPGM KBA khususnya Ambilan Julai 2005. Pada 4 Julai 2005, kira-kira 300 orang remaja Malaysia yang terpilih telah membulatkan tekad dan menanam impian menjadi sebahagian dari Guru Malaysia.

bagi kami di PISMP Cohort 2, tarikh 4 Julai 2005 sentiasa mempunyai nilai sentimental yang tinggi. Pada tarikh ini kami seramai 18 orang (jumlah asal) telah menjalin satu ikatan bagi membentuk satu kelas yang berdaya saing serta dapat membuktikan betapa bakal guru ini dapat memenuhi hasrat Pengarah yang mahu kami menjadi guru versatail.

mungkin saat-saat manis (pahit, masam) sewaktu pendaftaran dan minggu orentasi sukar digubah untuk menjadi ayat yang cukup gramatis. namun peristiwa 4 tahun lalu telah menukar kita dari seorang remaja lepasan SPM yang mencari haluan kepada seorang bakal guru siswazah.

terima kasih kepada semua pihak yang membimbing kami selama berada di IPBA iaitu pihak pensyarah, mentor-mentor, pihak pentadbiran, HEP, abang senior, akak senior, pengusaha kantin, pekerja sokongan serta rakan-rakan seperjuangan dari pelbagai kursus dan ambilan. tidak dilupakan jasa besar keluarga tercinta yang sentiasa memberikan sokongan moral dan kewangan apabila diperlukan.

doakan kejayaan kami untuk menjadi Guru Malaysia yang terbilang

Selamat Hari Pismp C 2..

Read more...

Semester 6 membuka tirai

>> Saturday, June 20, 2009


Semester 6 akan membuka tirai bermula isnin ni. Bila dah masuk sem6, maka secara matematik mahupun otomatiknya, tempoh pengajian kami hampir berakhir.Tak lama dah pun.. tuptap tuptap kejap je masa berlalu kan (walaupon aku rasa dah lama).

Jadual kat atas menunjukkan kursus yg bakal kami ambik untuk sem6 ni. Tengok je cam banyak tapi subjek yg kene masuk kuliah ada 3 je - PSS3111, PSS3112 dan ELE3104. Semester ni juga PJ dah abis, takde lagi dr azita, takde lagi encik hamzah. Walaupun dah takde PJ, rakan2 diingatkan supaya jangan lupa berPJ sendiri demi kesihatan tubuh badan.

Tapi subjek kegemaran ramai iaitu bahasa inggeris masih ada. Jangan risau.Haha, sem ni kita kene belajar English Language Teaching Methodology For Young Learners.. huh, apa tu?
Sem ni jugak kita kene bersedia untuk praktikum 8 minggu (2 bulan). Sekolah mananya, hari isnin ni baru tau. Harap2 pengalaman praktikum sem lepas lebih mematang dan memahirkan kita terutama sekali dalam aspek pengurusan murid dan bilik darjah disekolah nanti. InsyaAllah.
akhir kata, selamat bertemu kembali dan selamat mengharungi saki baki pengajian yang dah tak berapa lama dah ni. Enjoy da moment sebelum moment ni berlalu!

Read more...

TAKZIAH

salam takziah kami ucapkan kepada rakan kami shazatul shima yg telah kehilangan orang tersayang pada minggu lepas. Ayahanda shima telah kembali ke rahmatullah dan dijemput oleh Allah SWT pada 16 jun 2009.
Dengan itu, mari kita sedekahkan Al-fatihah kepada arwah..semoga roh beliau mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT dan tergolong dlm klgn org2 yang beriman.. AL-FATIHAH.

Read more...

Gaji dah masuk

>> Saturday, May 30, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera. makluman untuk rakan2 PISMP cohort2, gaji kerja kita selama 4 minggu tempoh hari sudah pun dibayar oleh kerajaan..
haha, ni yg betol. elaun praktikum kita sebanyak RM200 sudah pun berada dalam akaun bank masing-masing. walaupon bunyinya macam sikit je RM200 tu, tp ok laa. boleh wat belanja family & adik beradik cuti ni..
okeh, selamat bercuti semua.

Read more...

Wallpaper PISMP C2

>> Thursday, May 28, 2009


klik untuk besarkan imej

Read more...

Selamat, selamat...

Alhamdulillah.. final exam telah pun berakhir.
lupakan seketika pada nota2 kursus.
hari yg paling tunggu hampir tiba...
CUTI !

selamat bercuti rakan-rakan.
dan selamat berangkat juga untuk 11 orang warga PISMP C2 yg akan menyertai xpdc IPGMKBA ke menawan Gunung Kinabalu bermula sabtu ini.
selamat mendaki dan pastikan selamat sampai puncak. dah sampai tu jangan lupa turun plak.huhu... GOOD LUCK !

kepada yg tidak menyertai xpdc, fuuhh panjang benor 3 minggu cuti ye tak?
pastikan akan mengisi masa luang anda dengan bende2 berpaedah.
tolog mak bapak ke, tolong kenduri kawin ke, tolong ajar adik wat keje skolah, tolong jaga lalu lintas, tolong laa apa2 pon..

jumpe korang semua 3 minggu lagi. get ready utk next praktikum ye..
babai..

Read more...

Logo PISMP Cohort 2, IPGMKBA

>> Friday, May 22, 2009


Logo baru PISMP Cohort 2.
Diubahsuai dengan menambah lingkaran bulat mengelilingi logo asal.

Read more...

Guru Pembina Negara Bangsa

>> Friday, May 15, 2009

Tanggal 16 Mei telah tiba, walaupun dicengkam kegawatan ekonomi dan kekusutan politik negara masih menyambut dan meraikan warga pendidik. Sambutan dan ucapan merupakan satu penghargaan yang amat tinggi nilainya bagi seorang insan bergelar cikgu. Menjadi seorang guru bukanlah menjanjikan kekayaan berjuta-juta, menjadi guru bermakna sedia untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh negara dan mengendong harapan ibu bapa.

Saat ini, walaupun hari guru masih disambut dengan meriah dan pelbagai warna. Hakikatnya profesion keguruan dirundung masalah-masalah yang memerlukan penyelesaian dan tindakan segera. Bukan lagi rahsia bahawa guru-guru juga berdepan dengan masalah mental akibat tekanan di tempat kerja. Berita-berita guru disaman dan dimalukan oleh ibu-bapa sentiasa bermain di muka depan tabloid.

Kerjaya guru secara mudahnya boleh dikatakan tidaklah menjanjikan perjalanan yang tenang dan selamat. Lautan bergelora itu sentiasa ada dan tanpa persediaan rapi mudahlah insan ini kecundang sama. Profesion ini telah berubah dengan pesatnya walaupun tugas hakiki seorang guru itu masih mengajar. Guru moden sekarang berhadapan dengan pelbagai permasalahan yang harus ditangani baik dari segi pengurusan mahupun kebejatan sosial yang berlaku dalam kalangan anak murid. Guru sekarang berbeza dengan guru pada 50 tahun dahulu, method merotan murid tidak boleh lagi dilakukan tanpa mengikut prosedur walaupun dengan niat yang ikhlas. Segalanya perlu direkodkan serta mendapat kebenaran Guru Besar. Jauh sekali jika hendak dibandingkan dengan guru di zaman Munsyi Abdullah, dimana papan batu itu beberapa kali pecah di kepala anak murid.

Walaupun berdepan cabaran, penulis yakin bahawa guru-guru Malaysia masih lagi komited menjalankan tugas mereka dalam membina anak bangsa ini. Bumi bertuah ini masih memerlukan generasi muda yang terdidik dan mempunyai kualiti untuk memimpin di masa depan.

Guru sejak dari zaman sebelum Merdeka lagi sudah bergerak demi memastikan kelangsungan bangsa. Mereka antara golongan yang banyak memimpin masyarakat dalam menuntut kemerdekaan dan memajukan diri. Generasi guru sekarang berdepan dengan cabaran dalam bentuk yang berbeza tetapi masih sama intinya. Guru sekarang perlu menjadi katalis atau pemangkin dalam menjana perubahan yang lebih baik. Memang sukar untuk menjadikan perubahan bagi seluruh masyarakat, bagaimanapun perubahan positif kepada kumpulan kecil sahaja sudah cukup bagus.

Negara bangsa yang sudah dibentuk selama hampir 52 tahun ini tidak akan mampu meneruskan kelangsungan hidup sekiranya masalah sosial yang berlaku semakin merebak dan menjadi epidemik. Pembangunan yang meliputi pelbagai aspek juga harus ditekankan dan tidak harus dilupakan akan peranan guru dalam membentuk modal insan yang berkualiti bagi negara tercinta ini.

Guru Pelatih pada hari ini juga sentiasa dipersiapkan dengan pelbagai teori dan pendekatan dalam pengajaran. Akan tiba masanya kepada generasi baru ini untuk menyambung legasi perjuangan yang telah diteroka jauh oleh generasi terdahulu. Walaupun, pada hari ini semua masih merasakan terlalu awal untuk berdepan dengan realiti. Bagaimanapun, adalah lebih elok mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran mendatang. Sikap ego dan negatif haruslah dibuang jauh serta khidmat yang diberikan haruslah diberikan yang terbaik. Ini sebagai cerminan kepada legasi Maktab Perguruan serta penambahbaikan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia. Wawasan dan harapan negara untuk melihat guru menjadi pembina kepada idea negara bangsa haruslah disahut oleh guru pelatih.

SELAMAT HARI GURU

penulis ialah seorang guru pelatih, seorang ahli GPMS, seorang ahli ProWaris Malaysia, seorang ahli BOMC, seorang ahli pengakap KLM 10, seorang manusia pastinya...

Read more...

PETRA 09 - keputusan

>> Tuesday, May 12, 2009

Alhamdulillah,
PETRA 09 selamat berlangsung dengan jayanya. kami di PISMP semester 5 merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama membantu kami menjayakan karnival ini. terutama sekali buat junior-junior kami yang telah memberi sokongan 100% melalui penglibatan dan penyertaan. jasa kalian tetap dikenang.

pihak kami juga ingin memohon seribu kemaafan jika terdapat sebarang kelemahan dan kecacatan sepanjang penganjuran karnival permainan tradisional kali ini. kepada adik-adik junior, jadikan karnival yg telah kami anjurkan ini sebagai penanda aras untuk kalian lakukan yang lebih baik untuk tahun-tahun akan datang. jadikan sebarang ruang kelemahan penganjuran ini sebagai kekuatan untuk kalian dari segi penambahbaikan.

berikut adalah keputusan PETRA 09;

TATING LAWI
1. Uzair - PISMP sem 3
2. Hadi - PPISMP Matematik
3. Imran - PPISMP Matematik

GUSTI LENGAN
1. Rahman - TESL c1
2. Hilmi - PISMP sem 3
3. Faisal - PISMP sem3

CONGKAK (lelaki)
1. Syamim - PPISMP KS
2. Mohd Safuan - PISMP sem 1
3. Ahmad Syamil - PISMP sem 3

CONGKAK (perempuan)
1. Maznie - PISMP sem 1
2. Leela Akma - PPISMP KS
3. Marina - PPISMP Matematik

BATU SEREMBAN (lelaki)
1. Akmal - PISMP sem 3
2. Raduan - PISMP sem 3
3. Ridhuan - PPISMP Matematik

BATU SEREMBAN (perempuan)
1. Munirah - PPISMP Matematik
2. Athirah - PPISMP Matematik
3. Saidatul - PPISMP KS

GALAH PANJANG (lelaki)
1. Pasukan PISMP Tahun 1
2. Pasukan PISMP Tahun 2 (A)
3. Pasukan PPISMP Matematik

GALAH PANJANG (perempuan)
1. Pasukan TESL c1
2. Pasukan PISMP (B)
3. Pasukan PISMP (A)

MAKLUMAN UNTUK SEMUA PEMENANG 1, 2 & 3, HADIAH AKAN DISAMPAIKAN PADA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA YANG DIJADUALKAN BERLANGSUNG PADA 20 MEI 2009.

Read more...

Promosi PETRA 09

>> Wednesday, May 6, 2009





sebarang pertanyaan, boleh hubungi mana2 pelajar PISMP cohort 2, semester 5 2009

Read more...

Terima Kasih Ipoh

>> Wednesday, April 29, 2009

Pada 25 - 27 April 2009, warga PISMP cohort 2 (sem 5), (kami laa tu), mengadakan lawatan kerja ke Ipoh, Perak untuk subjek Pengurusan Sukan dan Pendidikan Jasmani dibawah bimbingan Dr. Azita Amrin dan Pengerusi projek ini ialah HAmzah Mohamad.Tujuan utama lawatan adalah untuk meninjau pembangunan sukan di Majlis Sukan Negeri Perak dan juga sekolah projek sukan mereka iaitu SMK Anderson, Ipoh. Sepanjang tempoh berada di sana, warga PISMP cohort 2 menginap di Asrama IPGM Kampus Ipoh. di sana juga warga pismp sem5 IPGM KBA mengadakan beberapa aktiviti silaturrahim dengan warga PISMP sem5 IPGM Ipoh, antaranya ialah perlawanan persahabatan futsal, bolatampar dan badminton.
berikut adalah sedikit laporan program yang dijalankan di Ipoh;

25/4/09
5.00 petang: Bertolak dari Kolej Pantai Puri, IPGM Kampus Bahasa Antarabangsa.
8.00 mlm : Tiba di kolej kediaman IPGM Kampus Ipoh.
: aktiviti bebas

26/4/09
9.00 pagi : Futsal persahabatan di Extreme Park, Tambun.
aktiviti ini bukanlah bermotifkan perlawanan tetapi sekadar aktiviti ramah mesra
bersama pelajar PISMP sem5 (BM/Matematik)
2.30 petang: Badminton persahabatan di Gimnasium IPGM Ipoh
5.30 petang: Bola tampar persahabatan dan riadah bersama warga IPGM Ipoh
8.00 malam: ronda Bandaraya Ipoh

27/4/09
8.30 pagi : Lawatan ke SMK Andersson, Ipoh
11.00 pagi : rancangan asal melawat MSN Ipoh tetapi terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir
pihak MSN Ipoh tidak dapat menerima lawatan kerana ada program lain.
12.00 tgh : Bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Singgah di Air Terjun Lata Kinjang.

Secara keseluruhannya, warga PISMP c2 amat berpuas hati dengan program ini. hal ini adalah kerana sambutan dan kerjasama oleh pihak IPGM kampus Ipoh terutamanya PISMP sem5 Ipoh sepanjang kami berada di sana amat memuaskan dan diluar jangkaan dengan keramahan mereka. Terima kasih PISMP sem5 Ipoh. ada masa dan kalau sudi, datanglah sini ye. InsyaAllah, kami akan berikan yang terbaik untuk kalian semua.

sedikit gambar kenang-kenangan di Ipoh; (x banyak, kalo ada nak bkongsi, sila hubungi moderator)

Read more...

SPPK

>> Wednesday, April 22, 2009

dah tahu pasal SPPK? bukan nya sekolah pendidikan khas tapi merupakan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK). Baca kenyataan KPPM, Dato' Alimuddin Mohd Dom di Utusan Malaysia, The Star.

Read more...

SELAMAT KEMBALI KE KULIAH

>> Sunday, April 19, 2009


Alhamdulillah....
tempoh bergelar guru di sekolah sudahpun berakhir.
kini kami bersiap sedia untuk kembali ke kuliah.
saya percaya sebahagian besar warga PISMP cohort 2 berat hati untuk meninggalkan sekolah kerana tempoh 4 minggu praktikum adalah satu masa yang singkat untuk mengutip pengalaman serta merasai realiti hidup sebagai pendidik. namun kehendak bpg harus diikuti.kami masih perlu ke kuliah..huhuhu...
tak apa lah, sem depan ada lagi praktikum.
selamat kembali buat kawan2.semoga segala pengalaman singkat sebagai guru digunakan sebaik mungkin untuk bekalan di masa hadapan sebagai pendidik yang berkualiti...

Read more...

Tahniah

>> Thursday, April 9, 2009

Tahniah..Tan Sri Muhyiddin Yasin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

Semoga Tan Sri dapat memartabatkan lagi, pendidikan di Malaysia.

Read more...

KAGUM NYA KELAS KAMI....

>> Saturday, April 4, 2009


berdiri : shima, sham, line, ib, diha, tasha, hamzah, mali,
tengah: siti, hanif, ja'a, dobok,
bawah: pok jak, mat jek,
tiada dlm gambar : pert (ponteng majlis penutup)

Kami kagum dan kagum juga mengagumi kami. untuk Karnival Kagum 2009, PISMP semester 5 menghantar peserta paling ramai. lihatlah gambar, 15 dari 20 orang warga kelas kami memeluhkan diri untuk mencapai kekaguman.

shima : badminton
sham : badminton
line : hoki
ib : olahraga-lempar cakera
tasha : olahraga-balapan
diha : hoki (kapten)
hamzah : renang
mali : hoki (kapten)
siti : hoki
hanif : hoki
ja'a : badminton
dobok : bolasepak
pok jak : olahraga-balapan
mat jek : olahraga-balapan & hoki
sapix pert : hoki

tasha menghadiahkan pingat gangsa untuk IPGM Kampus Bahasa Antarabangsa melalui acara 200 meter wanita..
yg lain2 tu xde rezeki. tunggu next kagum.hehe

SEMOGA TERUS KAGUM DIMASA AKAN DATANG DALAM MENGHABISKAN SAKI BAKI MASA YANG TINGGAL DI BUMI LEMBAH PANTAI INI

Read more...

Guru Efektif

>> Friday, April 3, 2009

Guru Berkesan

Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan
itu? Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:

  • Bersikap profesional.
  • Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
  • Kaya ilmu.
  • Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
  • Bermoral teguh.
  • Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
  • Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
  • Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
  • Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
  • Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
  • Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.
  • Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
  • Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
  • Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
  • Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
  • Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
  • Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

Ni ikut kata Datuk Shukor la...kenal kan? Kolonel KRS...orang kuat Pendidikan Teknik Vokay

Read more...

6 Sudah...

sah sudah !
hari ini kita rakyat malaysia mendapat Perdana Menteri baru.
sebentar tadi, Datuk Seri Najib Razak diisytiharkan Perdana Menteri Malaysia ke6 selepas mengangkat sumpah jawatan di hadapan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara. beliau menggantikan Tun Abdullah Badawi yang mengundurkan diri setelah 5 tahun 6 bulan memegang tampuk pemerintahan kerajaan malaysia.
syabas buat datuk seri najib, terima kasih buat tun abdullah.

SEMOGA MALAYSIA TERUS AMAN MAKMUR MAJU DAN SENTOSA.

Read more...

kembali

>> Monday, March 30, 2009

Encik Moderator suh update blog nih..

nak tulis apa ek

mulakan dengan laporan rasmi;

seramai 20 orang pelajar semester 5 Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Tahun 3 telah dihantar ke sekolah-sekolah sekitar Bangsar dan Brickfields untuk menjalani praktikum 1 sebagaimana yang disyaratkan oleh Bahagian Pendidikan Guru.

sekolah-sekolah yang sudi untuk menerima kami ialah:

1) SK Bangsar
2) SK La Salle 1, Brickfields
3) SK La Salle 2, Brickfields
4) SK Methodist 1, Brickfields
5) SK Methodist 2, Brickfields

seperti mana yang dapat dilihat, kebanyakan sekolah-sekolah ini adalah tergolong dalam sekolah mubaligh (missionary school) dan merupakan sekolah bantuan modal. sekolah bantuan modal menerima kurang bantuan dari KPM berbanding dengan sekolah bantuan penuh (sekolah kerajaan).

ini adalah satu peluang, untuk kami merasai sendiri pengalaman untuk mengajar di sekolah begini serta pengalaman ini berguna kelak. mengajar di sekolah begini juga bermakna berhadapan dengan kepelbagaian budaya kerana sesebuah sekolah itu terdiri daripada berbilang kaum. di sinilah wujudnya perasaan hormat menghormati serta penerapan nilai profesionalisme yang tinggi dalam mendidik anak murid dan melupakan perbezaan yang wujud.

selain itu juga, 4 sekolah ini merupakan sekolah satu jantina. ia juga memberikan pengalaman baru. di mana persekitaran dan budaya di sekolah begini juga terdapat sedikit perbezaan dari sekolah campur.

setakat ini, guru-guru banyak membantu dan memberi sokongan yang diperlukan. nama baik kursus serta IPG sentiasa kami utamakan. tidak juga wujud prejudis dalam kalangan mereka walaupun masih ramai yang sedang memohon untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. sebaliknya mereka memberi sokongan dan dorongan kepada kami untuk menjadi guru yang unggul. harapan dan impian agar praktikum ini dapat digunakan untuk mengaplikasikan serta memantapkan lagi apa yang telah dipelajari dan kemahiran mengajar kami.

sekian sahaja. masih ada tiga minggu lagi.


Laporan tak rasmi;

walaupun sedang praktikum, kami sedang bertungkus-lumus dengan tugasan dan kerja kursus.

Read more...

PISMP

>> Wednesday, March 11, 2009

result SPM da tak lama dah..

permohonan pun da bukak dah

jadi sape yg minat nak masuk PISMP tuh boleh baca kat blog nih

malas nak copy paste..tak lawa jadinya

Read more...

Lagu Kita

>> Tuesday, March 3, 2009



IPGM

institut pendidikan guru
kami sentiasa bersedia,
menjulang etika kerja
berkorban jiwa raga
menjunjung aspirasi
masa negara tercinta

berwibawa,berintegriti,
keunggulan peribadi,
berteraskan keimanan,
mendidik anak bangsa

kami bangga menjadi guru,
kerjaya dihormati
tidak jemu menimba ilmu
bakti setulus hati yg murni,

ipg malaysia berikrar,
membentuk guru berkualiti,
penyanyang,berakhlak mulia,
mendukung visi misi ipg

diambil dari http://tuntejapersona.blogspot.com/

nyanyi dengan kuat dan penuh semangat serta bersama-sama

ni mungkin la lagu IPGM utk semua kampus..tapi kat sini tak sampai lagi

mungkin ditiup angin lalu jatuh ke laut...jatuh ke laut menjadi pulau, jatuh ke darat menjadi sasau haha

Read more...

SBP

Sekolah berasrama penuh yang dahulunya diwujudkan bagi platform orang pedalaman dan susah namun cemerlang dalam pelajaran kini menjadi rebutan buat orang berada. Teman-teman guru pernah menyatakan kekesalan ini ketika saya berbual dengan mereka. Malah ada diantara mereka mempersoalkan ada di kalangan anak didik mereka yang jauh di pedalaman tidak mendapat peluang belajar di SBP walaupun memperolehi keputusan yang cemerlang.

Jika disingkap sejarah penubuhannya, SBP adalah bagi golongan pelajar yang berada di luar bandar dan cemerlang. Segala kemudahan dan tenaga pengajar yang disediakan adalah dianggap yang terbaik bagi memberikan status pembelajaran yang berkesan bagi golongan pelajar yang datang dari luar bandar. Usaha ini adalah sebagai pemangkin kepada kecemerlangan pelajar biarpun mereka datang dari luar bandar.

Sekarang, adakah pengambilannya benar-benar mengikut sasaran yang ditetapkan? Sebab ada juga keluhan warga pendidik yang menyatakan sistem pangambilan ke SBP mempunyai campur tangan lain terutama golongan yang berdarjat tinggi. Justeru, tidak hairanlah sekiranya yang masuk ke SBP itu terdiri daripada anak-anak orang berada. Sekiranya perkara ini dibiarkan, bagaimana nasib mereka yang sepatutnya ke SBP.

diambil dari cikgumalaysia.com

realiti sebuah kehidupan..walaupun kita melaungkan pendemokrasian pendidikan

tak pernah terjadi? haha ia terjadi tapi mungkin tak disedari

ramai yang terpilih tapi tak mampu mendaftar kerana dibebani dengan pelbagai jenis yuran dan kehendak sekolah

Read more...

Projek Terengganu Batal

>> Sunday, February 22, 2009

Rakan-rakan PISMP cohort2 sekalian. Projek Pendidikan Jasmani (Pengurusan Sukan) ke Terengganu yg dirancang awala tahun ini secara rasminya dibatalkan oleh Tuan Pengarah IPGM KBA, Dr. Mohd Sofi bin Ali.
Penolakan proposal lawatan kerja ini adalah disebabkan faktor keterbatasan kewangan disamping jarak yang memakan belanja tinggi.
sebagai ganti, Tuan Pengarah mengesyorkan lawatan kerja diubah ke tempat lain sama ada Perak, Negeri Sembilan dan Selangor.
walaubagaimanapun, tuan Pengarah tidak berapa menggalakkan lawatan ke negeri Perak atas alasan situasi politik yang tidak menentu.
takut dicop pengundi hantu kot.
hehhehheh....

Read more...

hari isnin

>> Sunday, February 15, 2009


Selamat memulakan minggu ini dengan sama-sama meraikan sambutan Hari Alam Sekitar peringkat IPGM KamBa yang akan diadakan pada esok hari di dalam perhimpunan bulanan.

Langkah Kampus ini wajarlah disokong kerana ia bertepatan dengan apa yang telah kita pelajari dalam kelas dan ini merupakan salah satu dari pembelajaran yang berlaku diluar kelas. Diharapkan program-program begini dapat memberi impak kepada bakal-bakal guru yang juga pada satu masa akan datang akan menjadi sebahagian dari pengubal dasar-dasar negara. Nilai positif yang diterima oleh guru pelatih pada masa sekarang diharap dapat dipindahkan kepada anak murid selaku generasi muda yang bakal mencorak negara dan perjalanan dunia.

Disinillah kita bermula, setelah mendalami ilmu mengenai alam sekitar, pembangunan lestari malah lebih mendalam hingga ke Agenda 21 dan deklarasi oleh UNESCO mengenai Pendidikan Pembangunan Lestari. Ia kini bermula dalam diri kita, memilih untuk turut serta atau memilih untuk tidak ambil peduli.


Read more...

KARNIVAL PENDIDIKAN JASMANI

>> Saturday, February 14, 2009

Bertarikh 14 Februari 2009, Warga PISMP akan menyertai Karnival Pendidikan Jasmani bertempat di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.
warga PISMP yang terlibat adalah dari kumpulan PISMP OUM, PISMP IPGM semester 5, dan PISMP IPGM semester 3.
Semoga kita semua mendapat manfaat daripada karnival ilmu ini.

Read more...

Anda Prihatin?

>> Monday, February 9, 2009




aku perasaan yang sejak dua menjak di Institut Perguruan lain mereka telah memulakan penjenamaan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) lebih agresif lagi progresif berbanding tahun-tahun lepas.

Isu ini pernah diutara-selatakan di group frenster pelajar IPGM..mengenai langkah-langkah yang telah diambil oleh IP masing-masing. IP masing-masing telah ditukar nama secara lahiriah kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia mengikut Kampus. Malah langkah ini telah mendapat restu dari pihak atasan apabila DS Hishamuddin Tun Hussien telah merasmikan majlis sambutan Jubli Emas IPBMM, yang pada hari itu telah rasmi bergelar IPGM Kampus Bahasa Melayu.

Langkah itu kemudian diikuti oleh kebanyakan IP di tanah bertuah ini. Pemergian wira pendidikan iaitu Allahyarham Dato' Razali Ismail yang banyak berjasa dalam menaik taraf institut pendidikan guru dan profesion keguruan telah dirakamkan dalam bentuk penganugerahan nama Allahyarham kepada IP Kuala Terengganu dan SMK Bandar, KT. Penukaran nama ini sebagai bentuk penghargaan selain diharap dapat menjadi contoh di masa depan. IPKT telah ditukar nama kepada IPGM Kampus Dato' Razali Ismail dalam satu majlis yang dihadiri oleh pembesar-pembesar negara.

Dan sejak akhir-akhir ini, rakan-rakan dari IPGM lain telah bertanyakan mengenai nama baru IPBA serta singkatan yang digunakan. Beberapa IPGM telah menggunakan singkatan seperti KAMSIS, KPM, dan KAMDAR (betul ni, tak tipu). Jawapan yang diberikan oleh aku mengikut 'mood' kadang-kadang jawab IPGM BA, kadang-kadang jawab KAMBA (kampus bahasa antarabangsa), terlintas juga nak menggunakan ILC atau pun (international language campus) tapi dilihat tidak santun dalam berbahasa kerana IPGM itu satu akronim yang lahir dalam BM maka tidak wajar digunakan ILC yang berdiri dalam bahasa Inggeris.

Beberapa tahun dahulu, di laman sesawang KPM..terdapat satu iklan mengenai pertandingan mencipta logo IPGM. Bagaimanapun selepas beberapa musim berlalu mungkin pertandingan itu terabai begitu sahaja atau tidak mendapat perhatian pereka-pereka grafik. Timbul pula persoalan, logo lama nak buat ape?

Diceritakan juga yang IPGM ini akan menggunakan lagu yang sama, adakah lagu kebanggaan kita semua akan terhapus juga atau bergerak seiring dengan lagu baru ini. Tapi bagi sesebuah institusi biasanya akan menggunakan satu buah lagu sahaja sebagai lambang kesatuan.

Sebuah kampus induk sedang dibina di Nilai Enstek, Negeri Sembilan. Dikhabarkan kampus ini akan menjadi pusat kepada IPG serta menjadi kebanggaan kepada IPG sebagaimana gahnya berdiri UiTM Shah Alam yang menjadi mercu kecemerlangan kampus UiTM lain.

Dan sehingga IPBA masih belum membuat kenyataan rasmi ini, marilah kita memikirkan sesaat dua nama yang bersesuaian. Manalah tahu jika ia diterima oleh pentadbiran, anda boleh menjadi sebahagian dari sejarah IPBA.

p/s: aku terpikir macam mana kagum nanti, mesti confuse..macam-macam nama IPG pulak
dan macam-macam chanting dan sorakan untuk IPG masing-masing. KamBA..KamBA haha

Read more...

PPSMI

>> Monday, January 26, 2009


oleh: khazim, utusan

Read more...

Masihkah Kau Ingat?

>> Saturday, January 24, 2009


Ingat lagi Rumah Kasih Harmoni?

rumah anak yatim dan fakir miskin di Paya Jaras, Sg Buloh yang kita buat projek-projek kewarganegaraan di sana.

masa bukak myspace kemudian ke blog 'click a child' terjumpa pulak gambar anak-anak RKH bersama-sama dengan sukarelawan 'click a child' dan 'we care' yang turut mengadakan program dihujung minggu bersama-sama dengan anak-anak RKH nih, tu yang teringat balik yang kita pernah lakukan perkara yang hampir sama disana. Bezanya, kita semua datang dengan uniform putih berseluar hitam..

tapi walaupun berbeza pendekatan, matlamat tetap sama iaitu membantu anak-anak disini agar mereka tidak terus ketinggalan dan seterusnya boleh menggapai kejayaan yang bersinar gemilang.

Click A Child merupakan sebuah program untuk membantu kanak-kanak yang memerlukan. Antara yang menyokong program ini ialah kumpulan Hujan dan beberapa lagi kumpulan indie di Malaysia.


seronok dorang nih
melompat lebih tinggi

Hak Cipta Gambar Oleh Click A Child

Artikel Click A Child di Paya Jaras
amenda lak topek ngajo bdk nih
2008

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

CENTRE OF EXCELLENT

  © Blogger template Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP