"Masalah adalah peluang untuk anda menyerlahkan kepada diri sendiri bagaimana kebolehan anda menyelesaikan masalah itu" -Allahyarham Datuk Razali Ismail, Wira IPGM-
Showing posts with label pismp. Show all posts
Showing posts with label pismp. Show all posts

entri yang panjang

>> Tuesday, October 4, 2011

Assalamualaikum.


*sapu sawang sket..dah berhabuk blog ni*



Apa khabar rakan-rakan sekalian?Semoga kalian semua sihat hendakNya..



Aku mmg dah bookmark blog PISMP 2 IPBA KUALA LUMPUR ni..pastu every week pon skali dua nak kena klik la jgk tgk apa perkembangan terbaru tp agak menyedihkan la jgk bila x dak sapa-sapa pon update cerita..huhu



Sibuk kat sekolah kan skarang?Nak set soalan exam la..nak tanda folio bdk la..PLBS la..SEGAK lagi..lepas bdk exam nanti nak kena bersabaq dgn benda alah SAPS pulak..itu belum kira kalau antara kita ni cikgu-cikgu Tahun 1 yg nak kena key in benda alah band-band tu dlm SPPBS..tapi,kita jangan lupa,Allah Maha Adil..Dia uji kita dgn beban kerja mcm ni sbb Dia tahu kemampuan kita..Dia tak akan bebankan kita dgn tanggungjawab yg kita tak blh nak pikul sbb itu janji Dia..



”Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.” (Al-Baqarah:286)



Kalau nak bercerita pasai kerja mmg tak larat nak cerita..kita belum pon setahun jd cikgu..panjaaaaannnnggg lagi perjalanan kita..tapi, kerja-kerja jugak..jgn sampai tak ada masa utk diri sendiri sudah la noo..jgn pulak tak update dgn cerita kwn-kwn..ada membe bertunang pon tak tau..ada membe nak kawen pon tak tau..ada membe pakai kereta baru pon tak tau..bukan nak ajak jaga tepi kain orang tapi nak habaq kata jangan jadi katak di bawah tempurung..hehe



Okeh,mungkin ini cerita basi sbb si empunya diri dan pasangan pon dah menyambut ulangbulan pertunangan mereka yang pertama baru-baru ni..namun begitu,masih belum terlambat utk pihak keluarga PISMP 2 mengucapkan tahniah di atas termeterainya ikatan pertunangan antara Noor Nadihah & jejaka pujaan hatinya, Mohd. Nazmi..semoga kalian dpt melalui alam pertunangan ini dgn penuh sabar :)

Source : FB Nadiha Salleh



Sekalung tahniah juga diucapkan kpd Iqhwan & isteri yg khabarnya bakal menimang cahaya mata tak lama lagi..wah,dah makin besaq la keluarga PISMP 2 pasni dgn bertambahnya anak buah yg kedua ni..Didoakan juga semoga Iqhwan & isteri dpt menjadi contoh yg baik kpd khalifah yg bakal dilahirkan..



Ada yg dah ada baby, ada yg bakal jd ayah, ada yg akan berumah tangga..apa pon status kita, kita adalah saudara..kita keluarga PISMP 2 :)



Kpd yg belum ada apa-apa(belum berpunya)..usah khuatir,usah gundah gulana.. rezeki,jodoh,ajal dan maut..semuanya rahsia Allah..jom sama-sama kita berdoa semoga Allah permudahkan urusan kita..



November..please come faster.Tak sabaq nak reunion..kat Labis kat Kajang (apsal aku plak lebih2,tuan punya bdn blom ckp apa-apa pon..haha)




Peace, no war!

Read more...

Selamat Hari Guru

>> Tuesday, May 17, 2011


Maaf la tak update semalam, duk tunggu pengumuman daripada Menteri Pelajaran. Ingatkan pagi rupanya petang.

Kira-kira setengah dekad yang lalu, aku, kamu, kau dan mereka telah membuat pilihan. Boleh jadi pilihan yang paling sukar, sehingga saat ini. Memilih untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang guru. Tanggungjawab dalam mendidik dan membentuk generasi masa depan.

Saban tahun, lagu tema Guru Malaysia dinyanyikan dengan penuh semangat, sampai berdiri bulu roma. Tahun ini bermulanya satu perjuangan baru. Mengotakan janji yg selama ini dilagukan.

Tunai Tetap Kami Tunaikan..Selamat Berkhidmat

Read more...

Aktiviti Hujung Minggu

>> Tuesday, May 3, 2011

Alhamdulillah, aktiviti yang dirancang pada cuti hujung minggu lepas telah selamat dijalankan. Aktiviti utama iaitu melawat En. Julaili yang baru sahaja keluar dari hospital, pesanan dan harapan turut disampaikan kepada kami selaku guru baru. Semoga beliau cepat sembuh.

Lepas tu, bersambung ke lawatan rumah Pn. Zuraidah. Perkongsian pengalaman antara guru baru dengan bekas pensyarah.

Pertemuan ini juga dapat merapatkan lagi hubungan disamping dapat berkongsi cerita. Cerita sekarang main juta-juta jer.

Di bawah nih ada link dari Portal Pendidikan Utusan, ada interview Anip ngan Ieb pada konvo yg lepas. Baru jumpa.

http://adap.com.my/info.php?id=398

Read more...

Konvo IPG Kali Pertama

>> Sunday, March 20, 2011


Mortar board sudah berterbangan,

Skrol kemas dalam gengaman,

Menara gading kini tinggal kenangan,

Sampai jumpa lagi, selamat berkhidmat memacu kecemerlangan.

Read more...

Perutusan Sempena Dah Posting

>> Tuesday, February 15, 2011

Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul, sempena hari besar ni dapat pulak internet kat sini. Rezeki la tu.

Salam ape kabor comrade in arms? teman-teman seperjalanan dalam perjuangan 5 taun setengah yang telah berjaya ditamatkan dengan penuh bergaya dan romantis, persis sebuah plot drama swasta. Penantian hampir 3 bulan dengan khabar manis dan masam menambahkan lagi rencah dalam plot ini.

7 hb Februari telah mencatatkan sejarah baru dalam hidup kita, bermulanya khidmat kita sebagai anggota perkhidmatan awam dan lebih penting lagi bermulanya menjadi Guru, bukan lagi ke sekolah sebagai Pelatih Guru.

Dari 20 orang, ada yang ditempatkan jauh dari kampung halaman, ada yang kembali mencari rezeki di tempat sendiri. Di mana sahaja kita berada, ceruk desa atau bandaraya di situ lah kita semua diperlukan mencurah bakti, sambil mungkin mengukir memori.

Cabaran baru sahaja bermula, perjalanan masih panjang dan perjuangan belum selesai. Marilah memohon agar di permudahkan segala urusan.

Jumpa di Istiadat Konvokesyen IPG Class of 2010.

p/s: Sape berminat nak tulis di sini, contact Pert (KP Kajian Tempatan skang..don't play2 aah) dia ada password.

Read more...

MQA dah lulus!!!

>> Wednesday, January 26, 2011


klik untuk pembesaran

Seperti telah dikhabarkan semalam dalam fb aku, MQA untuk semua program PISMP telah lulus. Ini sekadar siaran ulangan setelah di counter check dgn twitter Dr Wee Ka Siong. Alhamdulillah, good job everyone. Posting dalam masa terdekat, sama ada 7 Feb atau tidak tak boleh dipastikan selagi tak dapat panggilan dari JPN.

sape dah ada twitter folow la aku, cam biasa @kudabesi87

Read more...

Apa cer?

>> Tuesday, January 11, 2011

kita semua dalam penantian menunggu datangnya surat panggilan berkhidmat pada pertiwi tercinta. pastinya semua berharap agar urusan kita dipermudahkan olehNya. ketidaktentuan memanglah akan menghasilkan perasaan resah. tetapi apa boleh buat, dugaaan...
terlalu banyak juga cakap-cakap itu dan ini. mungkin berasas, mungkin juga sekadar khabar angin liar. dalam mengisi masa senggang ini, bok tengah cari kerja part time. pert pula sedang menjalani hari-hari sebagai seorang pekerja di restoran makanan segera terkenal milik JCorp (pemilik Johor FC). barulah ultras sejati, kerja pun kena ada kaitan dengan bola sepak. manakala, ja'are katanya mengajar tuisyen. memang berjiwa pendidik. anip pun sama, turut mengajar tuisyen.
sementara menunggu, bersabarlah kita baru melewati 11 hari dalam tahun 2011.

Read more...

sedikit coretan

>> Tuesday, October 12, 2010

Salam,


1) selamat pengantin baru kepada Azrizad dan pasanganya Nad. yang telah memeterai kasih dan janji dalam kesucian Syawal yang lalu. semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. sory lambat kemas kini, tiada kesenggangan dapat dirasakan.

2) tahniah kepada mereka yang telah terlibat (dan menang) dengan pelbagai aktiviti sukan dan permainan sejak dua menjak ini.

3) tahniah dan terima kasih atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan majlis hari raya Persatuan Kajian Sosial (Perkaso)

4) tahniah atas pembentangan kajian tindakan dan seminar yang dianjurkan. maaf kalau ada yang tidak berpuas hati terutama sekali sewaktu perasmian. aku mintak maaf bagi pihak ajk teknikal, benda-benda teknikal susah nak kira jugak. biasa mic elok, besok tak elok.

5) dah boleh start buat countdown nih, perjalanan selama 5 taun semakin hampir untuk berlabuh. bukan penamat, tapi permulaan satu perjalanan baru.

-out-

Read more...

Raya 2010 - Final Year PISMP 2

>> Saturday, September 25, 2010

Tarikh : 24 September 2010
Tempat : Kelas PISMP 2
Aktiviti : Makan Kuih Raya dan Bergambar Kenangan


- Raya 2010-

-Final Year PISMP 2-

- Jejaka- Jejaka PISMP2 -

- Bunga-Bunga PISMP 2 -

- Makan kuih raya -

- Warna baju paling ramai tahun ni -







Read more...

Salam Ramadhan

>> Thursday, August 12, 2010

Ramadhan sudah melewati hari kedua, menunggu Maghrib bagi masuk waktu berbuka puasa dan juga masuk 3 Ramadhan.

Menikmati Ramadhan yang dilimpahi keberkatan. Menambahkan amalan yang sepatutnya.

Selamat menjalani ibadah, Ramadhan yang ke-lima di maktab. Mungkin bagi sesetengah inilah kenangan yang terindah.

Tahun depan, suasana baru, orang baru, perangai baru.

Read more...

Lima Tahun

>> Sunday, July 4, 2010

Jam sudah melewati 0000 Hours +8 GMT, ini bermakna telah masuk hari baru mengikut kalendar Rumi.

Hari ini ialah 4 Julai 2010. Pada 4 Julai, saban tahun rakyat Uncle Sam akan bergembira bagi meraikan kejayaan mereka menuntut kemerdekaan dari King dan Queen of England.

Manakala pada 4 Julai 2005. Iaitu lima tahun lepas, seramai 18 orang pelajar lepasan sekolah telah memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan di IPBA. Jadi, selamat Hari Ulang Tahun PISMP Cohort 2 khususnya. Tak lupa juga kepada semua guru pelatih Ambilan Julai 2005.

Selamat berjuang di titisan-titisan yg terakhir, dan selamat menyuburkan cinta terhadap profesion keguruan.

Read more...

Nak posting dah ????

>> Tuesday, May 11, 2010

Kengkawan sekalian, pihak HEP akan mengadakan satu taklimat berkaitan dengan hal ehwal pelantikan skim perkhidmatan pendidikan.. Memandangkan kita adalah antara kumpulan yang bakal 'bersara' daripada status pelajar hujung tahun ni, maka secara otomatiknya kita dijemput serta diwajibkan untuk HADIR ke taklimat ini sepertimana berikut;

PERHIMPUNAN KHAS PELAJAR - TAKLIMAT BERKAITAN PELANTIKAN GURU SANDARAN TERLATIH DAN SKIM PERKHIDMATAN PENDIDIKAN AKAN DIADAKAN SEBAGAIMANA BERIKUT:

TARIKH : 13 MEI 2010 (KHAMIS)
MASA : 2.30 HINGGA 4.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN BESAR IPG KBA

PELAJAR YANG DIWAJIBKAN HADIR:- i) B ED TESL AMBILAN JULAI 2005ii) KPLI AMBILAN JANUARI 2010iii) PISMP AMBILAN JULAI 2005 (JANUARI 2007)

PENYELARAS DAN PENSYARAH TUTOR DIJEMPUT HADIR

Read more...

propaganda

>> Thursday, February 18, 2010

Adakah anda,

Sanggup hadapi cabaran, meredah gelora, mengharung perjalanan 5 tahun setengah?

Berdaya saing, dinamik serta miliki keperibadian unggul?

Jika ya, teruskan membaca:

Pilihan anda pada hari ini akan mencorakkan masa depan negara untuk jangka masa yang lebih panjang..Negara memerlukan tenaga-tenaga muda untuk mencorakkan perubahan dan melukis kegemilangan. Begitu juga dengan sistem pendidikan negara, ia sentiasa memerlukan modal insan yang mahir dan berkualiti bagi meneruskan kelangsungan pendidikan negara.


PISMP pula antara salah satu program bagi generasi guru baru (new breed of teacher) yang akan menyambung legasi perjuangan guru-guru untuk masa hadapan. Walaupun kelihatan baru, ia merupakan satu kesinambungan daripada kejayaan dalam melahirkan pendidik yang berterusan sejak tertubuhnya maktab perguruan yang pertama di negara ini. Legasi dan idealisme pendidikan guru sentiasa dijunjung dan dicorak seiring dengan tuntutan zaman.


calon-calon dimestikan sihat fizikal dan mental

pautan untuk memohon

tips untuk calon


"Don't ask what country have done to you, but ask what you have done to your country"

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

CENTRE OF EXCELLENT

  © Blogger template Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP