"Masalah adalah peluang untuk anda menyerlahkan kepada diri sendiri bagaimana kebolehan anda menyelesaikan masalah itu" -Allahyarham Datuk Razali Ismail, Wira IPGM-

Perutusan Sempena Dah Posting

>> Tuesday, February 15, 2011

Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul, sempena hari besar ni dapat pulak internet kat sini. Rezeki la tu.

Salam ape kabor comrade in arms? teman-teman seperjalanan dalam perjuangan 5 taun setengah yang telah berjaya ditamatkan dengan penuh bergaya dan romantis, persis sebuah plot drama swasta. Penantian hampir 3 bulan dengan khabar manis dan masam menambahkan lagi rencah dalam plot ini.

7 hb Februari telah mencatatkan sejarah baru dalam hidup kita, bermulanya khidmat kita sebagai anggota perkhidmatan awam dan lebih penting lagi bermulanya menjadi Guru, bukan lagi ke sekolah sebagai Pelatih Guru.

Dari 20 orang, ada yang ditempatkan jauh dari kampung halaman, ada yang kembali mencari rezeki di tempat sendiri. Di mana sahaja kita berada, ceruk desa atau bandaraya di situ lah kita semua diperlukan mencurah bakti, sambil mungkin mengukir memori.

Cabaran baru sahaja bermula, perjalanan masih panjang dan perjuangan belum selesai. Marilah memohon agar di permudahkan segala urusan.

Jumpa di Istiadat Konvokesyen IPG Class of 2010.

p/s: Sape berminat nak tulis di sini, contact Pert (KP Kajian Tempatan skang..don't play2 aah) dia ada password.

2 comments:

linedabesh February 18, 2011 at 10:24 PM  

seperti biasa..aku akan sentiasa menjadi pengkomen tegar kt blog ni..haha

p/s:aku rindu hmpa suma

kudabesi87 February 19, 2011 at 4:58 PM  

aku skolah tak de tenet, server rosak

brukband pun x de coverage tu yg payah nak update blog nih

About This Blog

Lorem Ipsum

CENTRE OF EXCELLENT

  © Blogger template Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP