"Masalah adalah peluang untuk anda menyerlahkan kepada diri sendiri bagaimana kebolehan anda menyelesaikan masalah itu" -Allahyarham Datuk Razali Ismail, Wira IPGM-

Selamat Bersara Cikgu

>> Friday, July 16, 2010


Pada pagi tadi telah berlangsung, satu sambutan sempena persaraan Tn Hj Kamar B. Zainuddin iaitu Ketua Jabatan Kajian Sosial yang juga Pengurusi Kumpulan Latihan Malaysia (KLM) Persekutuan Pengakap Malaysia.

Pertama sekali, kami mahu memohon maaf kepada Tn Hj Kamar kerana tidak dapat menghadiri majlis persaraan beliau.

Kedua, kami memohon maaf kepada Cikgu atas salah-silap yang dilakukan kami sepanjang mengenali cikgu. Dari semester pertama di IPBA sampailah semester 11 sekarang.

Ketiga, kami mengucapkan selamat bersara kepada Cikgu. Jasa cikgu menjadi kenangan kami dan pesanan cikgu jadi panduan kepada kami.

Terima Kasih, Cikgu

kat depan library Maktab Perguruan Ipoh Perak

Read more...

MQA, audit time

Ujian oh ujian...
Kali ini benar2 ujian. Ujian standard atau kualiti untuk menentukan sejauh manakah keupayaan Institut Pendidikan Guru (IPG) mampu mengendalikan urusan pengeluaran guru-guru berijazah untuk pasaran sekolah di Malaysia yang akan dilakukan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Dan ujian itu, akan dihadapi oleh kami 20 orang pelajar batch sulung PISMP IPG-KPM Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa pada 5 dan 6 Ogos 2010. Badan ini akan mengaudit keseluruhan sistem kurikulum serta penyampaian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan yang mengambil masa 5 tahun stengah kursus dalam kampus IPG.

Lawatan pasukan audit MQA ini nanti akan diketuai oleh Prosefor Dr Agus Yusof, dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Prof Agus

Diharapkan proses audit ini akan berjalan lancar dan sama-samalah kita doakan agar tidak sebarang halangan atau kekangan yang mungkin boleh membantutkan usaha kita untuk mendapat akreditasi ijazah kita nanti...

Read more...

Lima Tahun

>> Sunday, July 4, 2010

Jam sudah melewati 0000 Hours +8 GMT, ini bermakna telah masuk hari baru mengikut kalendar Rumi.

Hari ini ialah 4 Julai 2010. Pada 4 Julai, saban tahun rakyat Uncle Sam akan bergembira bagi meraikan kejayaan mereka menuntut kemerdekaan dari King dan Queen of England.

Manakala pada 4 Julai 2005. Iaitu lima tahun lepas, seramai 18 orang pelajar lepasan sekolah telah memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan di IPBA. Jadi, selamat Hari Ulang Tahun PISMP Cohort 2 khususnya. Tak lupa juga kepada semua guru pelatih Ambilan Julai 2005.

Selamat berjuang di titisan-titisan yg terakhir, dan selamat menyuburkan cinta terhadap profesion keguruan.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

CENTRE OF EXCELLENT

  © Blogger template Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP