"Masalah adalah peluang untuk anda menyerlahkan kepada diri sendiri bagaimana kebolehan anda menyelesaikan masalah itu" -Allahyarham Datuk Razali Ismail, Wira IPGM-

Ulang kaji kata pendek

>> Thursday, December 22, 2011

Ulang kaji kata pendek :

SKM - Sekolah Kurang Murid

GPS - Gred Purata Sekolah (Peperiksaan)

GPMP - Gred Purata Mata Pelajaran (Peperiksaan)

SKPM - Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (Pentadbiran)

EMIS - Education Management Information System (Pentadbiran)

HRMIS - Human Resources Management Information System (Pentadbiran)

NILAM - Nadi Ilmu Amalan Membaca (Perpustakaan)

LINUS - Literasi Numerasi (Murid)

Protim - ???

SKT - Sasaran Kerja Tahunan

KPPM - Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

 BPSH - Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

KGT - Kenaikan Gaji Tahunan

JU - Jurulatih Utama

PBS - Pentaksiran Berasaskan Sekolah

SAPS - Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

AG - Accountant General (Akauntan Negara)

SGM - Standard Guru Malaysia

PPP - Permata Pemotong Permata (Ella)

GB - Guru Baharu (PPGB), Guru Besar (amalan biasa)

SMM - Sistem Maklumat Murid, bukan Solidariti Mahasiswa tu...lain..

LKTP - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) contoh SK LKTP Jengka 25.

SBT - Sekolah Berprestasi Tinggi

PT - Pembantu Tadbir

CC - Chief Clerk

MP - Members of Parliament, Military Police

YH - Yang Hormat Dato' (Pahang)

PPM - Pembantu Pengurusan Murid (?)

KIP - Kuaters Institusi Pendidikan

RC - Report of Change (Kew 8) Penyata Perubahan Gaji

Pembantu teknik makmal komputer, apa panggilan?

Sehingga bertemu lagi, sayonara sayonara

Read more...

TAUFIK BERTEMU HIDAYAH

>> Saturday, December 17, 2011



Tahniah buat Taufik yang sudahpun bertemu dengan Hidayahnya.. Sweet gitu. Taufik dan Hidayah. Kuasa Allah menemukan mereka berdua. Semoga berbahagia hendaknya kalian berdua.

" Ya Allah
Satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah.
Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat “

Read more...

Tahun pertama mengajar..

>> Friday, November 18, 2011




Kriinnnggggggggggg..


Loceng yg berbunyi menandakan berakhirlah sudah kalendar persekolahan bg tahun 2011..Maka dgn itu,berakhir juga tempoh setahun pertama warga PISMP 2 bergelar pendidik..Walaupun secara matematiknya belum cukup tempoh setahun tp secara tidak matematiknya tahun pertama mengajar dah pun berlalu..


Sepanjang tempoh 10 bulan yg telah dilalui,bagaimana anda rumuskan pengalaman tahun pertama anda bergelar pendidik?


Menyeronokkan?


Memenatkan?


Apapun rumusan yg dibuat,sedarlah kita bahawa perjalanan kita masih lg panjang..Banyak lg sepak terajang dunia pendidikan yg bakal kita hadapi pd tahun-tahun yg mendatang..


Selamat bercuti diucapkan dan selamat mendirikan rumah tangga kpd sesiapa yg berkenaan..Warga PIMSP 2 sendiri akan menerima ahli keluarga baru kerana dlm tempoh yg kurang dr 24 jam ini,Khairul Idzhar akan melalui detik yg mendebarkan apabila berjabat tangan dgn wali kpd Noor Liana..Begitu juga dgn Shamsiah yg akan melengkapi rusuk kiri Ruhaizan pd 25 November nanti..Dan berita terkini yg agak sensasi,Taufik yg sudah bertemu dgn Hidayah nya bakal mengikat janji tautan dua hati pada 11 Disember..


Ahli keluarga PISMP 2 yg lain senantiasa mendoakan kebahagiaan kalian..


Peace, no war!

Tahun pertama belajar..


Read more...

Kemaskini Semasa

>> Thursday, October 27, 2011

Selamat Menyambut Pesta Cahaya, Deepavali kepada bekas pensyarah terutamanya Pn Saras & En Selva..Semoga berbahagia di hari perayaan ini.

Amali telah berangkat ke Mekah pada 24/10 dan mendarat di Lapangan Terbang Jeddah rasanya. 

Baiklah, selamat bercuti. sampai berjumpa lagi.

"Bahasa Jiwa Bangsa"


Read more...

Bulan Haji...telah tiba lagi

>> Saturday, October 8, 2011


Bulan haji, telah tiba lagi..menunaikan ibadah..panggilan baitullah

Selamat menunaikan ibadah haji kepada Pn Zuraidah dan En Tahir B Kamaruzzaman, semoga dipermudahkan urusan dalam menunaikan ibadah serta memperoleh haji yang mabrur, Insyaallah

Tidak lupa juga, kepada Mali yang dijangka bakal menunaikan haji dalam musim haji ini juga

Selamat menjadi tetamu Allah, di tanah suci..doa kami semua mengiringi perjalanan tuan puan sekalian.

Read more...

entri yang panjang

>> Tuesday, October 4, 2011

Assalamualaikum.


*sapu sawang sket..dah berhabuk blog ni*



Apa khabar rakan-rakan sekalian?Semoga kalian semua sihat hendakNya..



Aku mmg dah bookmark blog PISMP 2 IPBA KUALA LUMPUR ni..pastu every week pon skali dua nak kena klik la jgk tgk apa perkembangan terbaru tp agak menyedihkan la jgk bila x dak sapa-sapa pon update cerita..huhu



Sibuk kat sekolah kan skarang?Nak set soalan exam la..nak tanda folio bdk la..PLBS la..SEGAK lagi..lepas bdk exam nanti nak kena bersabaq dgn benda alah SAPS pulak..itu belum kira kalau antara kita ni cikgu-cikgu Tahun 1 yg nak kena key in benda alah band-band tu dlm SPPBS..tapi,kita jangan lupa,Allah Maha Adil..Dia uji kita dgn beban kerja mcm ni sbb Dia tahu kemampuan kita..Dia tak akan bebankan kita dgn tanggungjawab yg kita tak blh nak pikul sbb itu janji Dia..



”Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.” (Al-Baqarah:286)



Kalau nak bercerita pasai kerja mmg tak larat nak cerita..kita belum pon setahun jd cikgu..panjaaaaannnnggg lagi perjalanan kita..tapi, kerja-kerja jugak..jgn sampai tak ada masa utk diri sendiri sudah la noo..jgn pulak tak update dgn cerita kwn-kwn..ada membe bertunang pon tak tau..ada membe nak kawen pon tak tau..ada membe pakai kereta baru pon tak tau..bukan nak ajak jaga tepi kain orang tapi nak habaq kata jangan jadi katak di bawah tempurung..hehe



Okeh,mungkin ini cerita basi sbb si empunya diri dan pasangan pon dah menyambut ulangbulan pertunangan mereka yang pertama baru-baru ni..namun begitu,masih belum terlambat utk pihak keluarga PISMP 2 mengucapkan tahniah di atas termeterainya ikatan pertunangan antara Noor Nadihah & jejaka pujaan hatinya, Mohd. Nazmi..semoga kalian dpt melalui alam pertunangan ini dgn penuh sabar :)

Source : FB Nadiha Salleh



Sekalung tahniah juga diucapkan kpd Iqhwan & isteri yg khabarnya bakal menimang cahaya mata tak lama lagi..wah,dah makin besaq la keluarga PISMP 2 pasni dgn bertambahnya anak buah yg kedua ni..Didoakan juga semoga Iqhwan & isteri dpt menjadi contoh yg baik kpd khalifah yg bakal dilahirkan..



Ada yg dah ada baby, ada yg bakal jd ayah, ada yg akan berumah tangga..apa pon status kita, kita adalah saudara..kita keluarga PISMP 2 :)



Kpd yg belum ada apa-apa(belum berpunya)..usah khuatir,usah gundah gulana.. rezeki,jodoh,ajal dan maut..semuanya rahsia Allah..jom sama-sama kita berdoa semoga Allah permudahkan urusan kita..



November..please come faster.Tak sabaq nak reunion..kat Labis kat Kajang (apsal aku plak lebih2,tuan punya bdn blom ckp apa-apa pon..haha)




Peace, no war!

Read more...

Blog dah Hapdet

>> Friday, September 16, 2011

Korang perasan apa2 kelainan tak dalam blog ni? Aku perasan kelainan tp tak tau katne...


belek punye belek, rupenye gambo PISMPian kat belah kiri ni dah bertukar wajah. gambo budak2 dulu dah jadi mecet dah skrang nih.. hahahaha...

tq Siti Nur Zahira, pemilik MyVi Lagi Best yang sudi menhapdet gambo2 tuh...

Gambo sapix je, mentennnnn mude.. kihkihkih...

Read more...

Salam Perantauan

>> Wednesday, August 17, 2011


Selamat Menyambut Ramadhan dan Meraikan Aidilfitri kepada keluarga di seluruh semenanjung, sahabat-sahabat, cikgu-cikgu, para pensyarah dan mantan pensyarah di IPG KBA dan penaja kami Kementerian Pelajaran.

PISMP Cohort 2, Internazionale di Lingue di formazione per insegnanti dell'Istituto, Spiaggia Valle

Read more...

Menggamit Memori Ramadhan…Part II

>> Friday, July 22, 2011

by Mazlinda Adnan


    • Menggamit Memori Ramadhan…Part II
      (sila baca sambil dengaq lagu Man Bai & Raihan-Harapan Ramadhan)

      Rindu kan?
      Tp mostly post sebelum ni byk refer to boys pny kenangan..ok ada la jgk kenangan kita suma ramai2..So, aku rs terpanggil utk buat post ni utk membangkitkan lagi nostalgia Ramadhan kita suma,esp geng “gifted” (bdk pompuan)

      Ingat lg tak?
      Pkl 5.30 ja kita mst turun bwh..p café x pon jln sket p Makjah? Kalo nk p bazaar kena tggu time btoi2 rajin nk berjalan..tp semenjak ada kenderaan rasmi, langkah jd panjang sket..bazaar pon p yang Pantai Dalam sana..x pon Anis Corner..

      Ingat lg tak?
      Time sahur paling best..biasanya Siti / Shima yg akan p ketuk pintu bilik..pastu time sahur la mcm2 cerita akan keluaq..cerita brand baju raya zmn kanak2(Kiko,Kiki Lala,Rocky One), drama yg ada time kita kecik2 la..mcm2..even cerita yg sama ja dok ulang2 tp kita still jgk sembang kan?org len bertadarus tggu subuh, kita rancak sembang..itu belum lagi time ada tv..time sahur la cita best..cita apa ntah yg benjy jd jibet tu, pastu Nur Kasih la..

      Ingat lg tak?
      Time teraweh pon best..sbb nk tggu tgk moreh apa kan?time surau x da aircond mesti nk berebut plh sejadah “sejuk”..br best nk sujud.pastu x mau dok saf dpn sbb nnt tirai(yg pisahkan bhgn muslimin ngan muslimat) tu suka nk terangkat..lagi satu suka nk teka2 sapa imam ngan bilal..kalo imam baca laju mst smangat ja tp bila imam yg baca surah panjang2 tu tahap kekusyukkan dah jd rendah..

      Ingat lg tak?
      Masak megi sampai menggugat iman orang yg posa?rezeki sahur yg tak habis pastu blh simpan utk lunch?best kan sbb mst ada geng nak mkn sama2..hehe


      Ingat lg tak?
      Iftar kelas kita kat KFC Jalan Universiti ?sepatutnya hari tu kelaih kita iftar free kt IPBA kn?tp perancangan Allah tu lg teliti..1st time tu dpt kumpul semua 20orang..pastu, thn lepas kt Flamming Steamboat...ada tu yg byq RM23 tp makannya RM10 ja kan?haha..best sgt bila igt blk suma tu...kan best kalo kita dpt ulang balik..huhu

      Jadi, bersempena dgn Ramadhan yg bakal menjelang x lama lagi ni..marilah sama2 kita menyambutnya dengan hati yg terbuka. Ikhlaskan diri dlm semua perkara yg kita buat dan sama2lah kita melipatgandakan amalan kita.. Semoga Ramadhan kali ni akan memberikan sinar baru dlm hidup kita..ecewah!

      Peace, no war..

      AKU RINDU “MEREKA YG 19” ITU..

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

CENTRE OF EXCELLENT

  © Blogger template Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP