"Masalah adalah peluang untuk anda menyerlahkan kepada diri sendiri bagaimana kebolehan anda menyelesaikan masalah itu" -Allahyarham Datuk Razali Ismail, Wira IPGM-

Selamat Bersara Cikgu

>> Friday, July 16, 2010


Pada pagi tadi telah berlangsung, satu sambutan sempena persaraan Tn Hj Kamar B. Zainuddin iaitu Ketua Jabatan Kajian Sosial yang juga Pengurusi Kumpulan Latihan Malaysia (KLM) Persekutuan Pengakap Malaysia.

Pertama sekali, kami mahu memohon maaf kepada Tn Hj Kamar kerana tidak dapat menghadiri majlis persaraan beliau.

Kedua, kami memohon maaf kepada Cikgu atas salah-silap yang dilakukan kami sepanjang mengenali cikgu. Dari semester pertama di IPBA sampailah semester 11 sekarang.

Ketiga, kami mengucapkan selamat bersara kepada Cikgu. Jasa cikgu menjadi kenangan kami dan pesanan cikgu jadi panduan kepada kami.

Terima Kasih, Cikgu

kat depan library Maktab Perguruan Ipoh Perak

2 comments:

Anonymous July 16, 2010 at 10:33 PM  

sob sob,.....

sedih neyh,
insan yang paling saya hormati di ipba sudah menggantung kad kerja..

kudabesi July 17, 2010 at 11:59 PM  

takpe2..yg patah kan tumbuh, yang hilang berganti

lagipun, cikgu kan dah ajar, didik, latih kita smua..so ilmu2 dia skit sbanyak dah dperturunkan pd kita

About This Blog

Lorem Ipsum

CENTRE OF EXCELLENT

  © Blogger template Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP