Guru Efektif
>> Friday, April 3, 2009
Guru Berkesan
Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan
itu? Mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:
- Bersikap profesional.
- Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
- Kaya ilmu.
- Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
- Bermoral teguh.
- Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
- Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
- Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
- Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
- Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
- Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.
- Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
- Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
- Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
- Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
- Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
- Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.
Ni ikut kata Datuk Shukor la...kenal kan? Kolonel KRS...orang kuat Pendidikan Teknik Vokay
4 comments:
oh.. sungguh efektif encik kudabesi mengepos atikel guru efektif.
beliau sangat efektif atau,
beliau sengaja mahu menidak efektifkan post terdahulu yg pada hemat beliau berbau politik..
heheh
-Mode bersama-
en moderator
pembetulan 'Dato Shukor'bukan 'Datuk shukor'
bunyi sama tapi tak serupa
saya bagi tahu saje
jangan marah
saya orang luar
Dato' Seri Abdul Shukor Abdullah
terima kasih encik ex teknik future teacher.. (fuh panjang nama dia)..
hehe.. tq
Post a Comment