"Masalah adalah peluang untuk anda menyerlahkan kepada diri sendiri bagaimana kebolehan anda menyelesaikan masalah itu" -Allahyarham Datuk Razali Ismail, Wira IPGM-

Peribadi Guru Mengikut Imam Al-Ghazali

>> Wednesday, February 3, 2010

Terdapat beberapa syarat yang telah digariskan oleh Imam
Al Ghazali yang menjurus kepada keperibadian guru sebagai
penyampai ilmu pengetahuan kepada para pelajarnya sepertimana
yang dicatat oleh H.M As’ad Al Hafiz (Abdul Salam Yusoff, 2003).
Antara syarat-syaratnya ialah:

1.Sabar menerima pelbagai masalah pelajar dan menerimanya
dengan baik.
2.Sentiasa bersifat kasih sayang dan tidak pilih kasih.
3.Jika dia duduk hendaklah dengan bersopan dan tunduk
serta tidak riak.
4.Tidak takbur (sombong) kecuali terhadap orang zalim
iaitu dengan tujuan
mencegah tindakan zalim tersebut.
5.Bersifat tawaduk dalam perbincangan.
6.Sikap dan perbicaraan bersungguh-sungguh.
7.Menanam sifat bersahabat dalam dirinya terhadap
semua pelajarnya.
8.Bersabar dan tidak mengherdik pelajar yang bodoh.
9.Membimbing dan mendidik pelajar yang bodoh dengan
cara yang sebaik-baiknya.
10.Berani berkata ‘saya tidak tahu’ terhadap masalah
yang dia tidak faham.
11.Menampilkan hujah yang benar apabila  berada
dipihak yang salah dan bersedia
kembali kepada kebenaran.

Wallahu’alam.

2 comments:

Suhaimi Abd Wahid February 3, 2010 at 7:47 AM  

InsyaAllah kita mmpu jd speti apa yg digariskan oleh Imam Ghazali.. x dpt jd semua satu dua pon insyaAllah dah ckup bgus.. yg penting ikhlas :)

SangKunang February 7, 2010 at 10:48 AM  

jadilah cikgu yg sentiasa berhati ikhlas..

About This Blog

Lorem Ipsum

CENTRE OF EXCELLENT

  © Blogger template Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP